Memilih T-Shirt Sesuai Mengikut Bentuk Badan, Barulah Penampilan Bertambah Kacak

Share

Rasa amat mustahil untuk seorang lelaki pada zaman moden seperti sekarang tidak memiliki walaupun sehelai t-shirt. Ia boleh dikatakan sebagai pakaian yang paling asas dan bersifat cukup universal. Siapa sahaja tidak kiralah lelaki atau wanita pelbagai peringkat umur menggunakan t-shirt sebagai pakaian untuk beragaya atau bersantai. Namun tidak semua jenis t-shirt sesuai dengan anda. Jadi tip memilih t-shirt sesuai amatlah penting.

Antara faktor yang paling penting dalam memilih t-shirt yang sesuai adalah mengikut bentuk badan. Tidak kiralah sama ada mempunyai bentuk badan ideal atau lebih besar sedikit, memilih pakaian sesuai sangat penting bagi memastikan keselesaan serta penampilan yang lebih menarik.

Pertama sekali anda harus kenali bentuk badan diri sendiri. Terdapat empat kategori badan lelaki yang dapat kita bezakan iaitu segi tiga, segi tiga terbalik, segi empat dan trapezoid. Dengan mengetahui bentuk badan anda dapat membeli-belah pakaian dengan mudah dan senang.

Ikuti tip memilih t-shirt mengikut bentuk badan di bawah.

SEGI TIGA

Kita mulakan tip ini dengan bentuk badan segi tiga. Ini bermakna sesiapa dalam kategori ini mempunyai bahagian punggung dan abdomen lebih lebar bebanding bahagian dada ke atas.

Bagi kumpulan ini pilihlah t-shirt atau baju seperti polo, crew neck dan juga t-shirt yang loose fit. Bagi corak pula, jalur melintang boleh membuatkan bahagian atas badan anda nampak lebih lebar dan sasa. Elakkan baju yang mempunyai leher ‘V’, ketat dan juga mendakap badan.

BACA: Trik Pilih Jaket Sesuai Agar Badan Tak Nampak Besar

SEGI TIGA TERBALIK

Bayangkan ahli bina badan yang mempunyai bahu yang sado dan lebar, Tetapi bahagian perut dan kakinya lebih kecil. Itulah mereka yang tergolong dalam kategori ini. Tidak dinafikan ini di antara bentuk badan diidamka oleh ramai kaki gym. Baju dan t-shirt yang sesuai untuk anda pastinya yang mempunyai potongan eher lebih rendah.

Baju berkolar bentuk ‘V’, fit, slim fitted potato dan bercorak di bahagian perut amat sesuai untuk anda. Bagi warna pula pilihlah warna lebih gelap seperti hitam, navy dan kelabu gelap. Sementara itu anda perlu elak pakaian berjalur melintang, baju berkolar turtle neck dan terlalu longgar.

SEGI EMPAT

Bentuk badan seperti ini biasanya mereka yang mempunyai keseimbangan baik. Kebiasaannya tinggi dan kurus tampial dengan gaya lebih santai. Bahagian bahu, dada dan perut kelihatan seakan sama.

Jadi anda perlu pilih t-shirt dan polo yang lebih ‘bulky’ di bahagian bahu. Bagi fitting pula pilihlah jenis yang ‘relax fit’ yang tidak terlalu ketat mahu pun longgar. Salah satu cara terbaik buat gaya menarik ialah melakukan layering. Elakkan yang terlalu skinny dan ketat.

TRAPEZOID

Inilah bentuk badan yang paling ideal dan diidamkan ramai lelaki. Jika wanita mahukan bentuk badan hourglass, bagi lelaki inilah lawannya. Bentuk badan trapezoid dikarakteristikkan sebagai mempunyai bahu dan dada yang bidang. Ukuran perut dan kaki juga tidaklah terlalu kecil dan nampak cukup sempurna.

Untung bagi anda yang mempunyai bentuk badan seperti ini. Hampir semua jenis baju dan t-shirt sesuai digayakan oleh anda.

Semoga tip memilih t-shirt mengikut jenis bentuk badan ini mampu membantu anda tampil dengan gaya lebih menarik dan hebat!

Ikuti YouTube MASKULIN untuk video tip fesyen dan workout menarik seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim