Memilih Seluar Jean Mengikut Bentuk Badan, Barulah Penampilan Nampak Lebih Kacak & Mantap

Share

Seluar jean merupakan sejenis pakaian yang bolehlah dianggap sebagai wajib ada dalam koleksi lelaki. Paling tidak seorang lelaki harus ada dalam dua pasang seluar jean dalam almari mereka.

Versataliti serta faktor tahan lasak menjadikan seluar jeans sebagai antara pilihan utama setiap kali lelaki ingin tampil bergaya. Namun dalam pemilihan seluar jean haruslah dilakukan agar sesuai untuk anda. Maksud MASKULIN, biarlah ia sesuai dengan jenis bentuk badan anda. Barulah dapat menyerlahkan gaya dan tidak nampak janggal bole memakainya.

Berikut tiga karakter perlu anda tahu!

BUAT LELAKI KURUS DAN SLIM

Lelaki yang langsing dari atas ke bawah disebut sebagai ectomorphic. Badan seperti ini sukar untuk mencari pakaian kerana ia mempunyai dada rata, bahu kecil dan otot-otot tanpa lemak. Jenis badan ini mempunyai metabolisme yang cepat dan berat badan sukar naik.

Orang seperti ini harus memakai jeans yang rendah bahagian pinggang agar dapat memenuhi ruang pada pinggang anda. Elakkan jeans yang terlalu longgar dan besar. Jangan memakai skinny jeans kerana akan menampakkan anda seperti lidi, sebaiknya straight cut sesuai dengan anda kerana ia tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar.

Guy with laptop photo created by LipikStockMedia – www.freepik.com

BUAT LELAKI YANG LEBIH ‘SADO’ & BEROTOT

Anda yang gemar ke gim pasti mempunyai otot yang besar di bahagian paha dan betis. Memakai straight cut jeans menjadikan jeans anda seperti skinny jeans. Badan berotot seperti anda sesuai memakai jeans regular fit agar badan yang telah anda usahakan itu nampak menarik. Elakkan jenis boot cut yang akan menjadikan badan anda nampak besar dan buruk.

BUAT LELAKI BERBADAN BESAR

Jika anda mempunyai bentuk badan yang besar terutama di bahagian perut, paha dan betis, kenakan jenis high rise yang lebar pada bahagian betis. Ia lebih selesa dan tampak menarik apabila anda berjalan. Loose fitting jeans adalah jeans paling terbaik untuk anda. Elak mengenakan skinny jeans kerana ia akan tampak buruk dan besar.

Berikut merupakan ‘fun fact’ tentang seluar jean!

  • Benang oren yang digunakan jenama terkenal Levi Strauss & co. bagi jahitan seluar jeans adalah ‘trademarked’ istimewa mereka. Ia digunakan sebagai satu ciri wujudnya dan sepadan dengan warna tembaga rivet.
  • Nama asal panggilan seluar jeans/denim adalah ‘waist overalls’.
  • Denim dicipta untuk pakaian si pelombong emas pada kurun ke 18 tetapi telah menjadi trend sehingga ke hari ini.
  • Kegunaan poket kecil yang terdapat pada jeans/denim adalah untuk si pelombong menyimpan emas-emas yang dijumpai sewaktu melombong.
  • Jeans biru terhasil secara rasmi pada 20 May 1873 apabila Jacob Davis dan Levi Strauss and co. mencipta paten celana tersebut.
  • Denim jua diperbuat dari kapas dan pakar mendapati kapas paling awal ditemui 5000 tahun dahulu di daerah Pakistan Barat.

Kalau anda nak jeans murah, boleh dapatkannya di sini https://invle.co/clcb6o7

Published by
Farizul Izwany Ibrahim