Memilih Perfume Sesuai Mengikut Jenis Bau Badan Berbeza

Share

Ramai orang terutamanya wanita beranggapan bahawa lelaki ini kurang cerewet dalam bab pemilihan minyak wangi.

Jika ada yang beranggapan begitu nampaknya mereka silap sama sekali. Lelaki pada zaman kini sangat mementingkan kesesuaian baua yang melekat pada tubuh mereka. Pelbagai faktor boleh menentukan bagaimana seorang lelaki itu memilih minyak wangi tertentu.

Ada yang disebabkan bau kegemaran dan ada juga yang ingin menyembunyikan bau badan yang kuat. Tapi anda sebagai lelaki juga harus ingat bahawa tidak semua pilihan anda itu bersesuaian dengan diri sendiri.

Sebelum membeli minyak wangi adalah lebih baik anda ikuti beberapa tip yang MASKULIN kongsikan di bawah.

FAHAMI JENIS BAU DAN KARAKTERNYA

FRESH ATAU MENYEGARKAN

Antara bauan yang sinonim dengan karakter segar ialah Giorgio Armani Acqua di Gio. Sesuai untuk anda yang tak melakukan aktiviti terlalu lasak dan lebih banyak habiskan mada dalam pejabat.

FLORAL

Ya, lelaki juga boleh guna minyak wangi berbau bungaan. Tapi tidak semua jenis bau bunga yang sesuai. Buat lelaki bau bunga lavender mampu memberikan personaliti seksi kepada pemakainya. Dior Homme antara contoh perfume bau seperti ini.

WOODY ATAU KAYU

Minyak wangi yang paling sinonim dengan karakter maskulin dan kelelakian. Mampu menyerlahkan sifat kejantanan paling maksima kerana ia lebih keras dan mampu memberikan gaya keyakinan kepada pemakainya.

PENGGUNAAN HARIAN

Setiap minyak wangi mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebagai contoh keberkesanannya di dalam kondisi atau persekitaran tertentu. Jika anda mahu elemen tarikan luar biasa di pejabat pilihlah bau woody. Manakala untuk lebih santai dan bersahaja, bauan fresh paling sesuai buat anda. Dan jika anda ingin tampil seksi pada janji temu pilihlah bauan floral.

PENGGUNAAN KE MAJLIS

Setiap majlis pastinya datang dengan tema berbeza. Sebagai seorang lelaki yang mementingkan karakteristik bauan pastinya anda ingin memilih minyak wangi sesuai dengan acara.

Majlis formal – bauan yang mempunyai sifat elegan dan eksklusif seperti Amouage, Creed atau Tom Ford

Majlis tak formal – sesuai dengan bauan woody atau fresh yang sesuai dengan karakter anda. Antara pilihan sesuai Polos Sport Extreme dan Bleu de Chanel.

Aktiviti luaran – pilihlah minyak wangi yang menyerlahkan bau ketika anda berpeluh.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim