Car photo created by aleksandarlittlewolf - www.freepik.com

Selepas memiliki kereta seharusnya kita sebagai pemandu dan pemilik tahu serba sedikit tentang penjagaannya. Paling tidak pun perlu tahu serba sedikit tentang bila perlunya untuk kita bawa kereta ke bengkel atau pusat servis.

Perlu ingat bahawa kereta adalah berbentuk pelaburan. Walaupun nilainya susut apabila bertambah usia bnamun tidak bermakna anda harus mengambil ringan akan penjagaannya. Apatah lagi jika anda ingin memastikan nilainya tidaklah terlalu rendah dek kerena penjagaan yang teruk.

Di antara servis yang paling asas perlu anda tahu ialah menukar minyak hitam atau pelincir bila sudah tiba masanya. Jangan pula enjin kereta jadi sampaI berkerak akibat tidak tukar minyak hitam dalam tempoh masa yang lama.

Car photo created by standret – www.freepik.com

Andai kata anda membeli kereta baru, semua ini termasuk dalam pakej servis yang ditawarkan untuk kereta anda khususnya ketika masih lagi dalam tempoh jaminan pengeluar. Tapi selepas tamatnya waranti anda perlu mencari bengkel bersesuaian dan berpatutan.

Di pasaran kini terdapat pelbagai jenama dan jenis minyak peincir ditawarkan untuk kegunaan yang berbeza-beza. Sebelum memilih dan membeli minyak pelincir ada beberapa perkara perlu anda tahu khususnya minyak pelincir yang ada bahan tambahan (additives), tahap kelikatan (viscosity) dan beberapa kod klasifikasi.

Additives

Bahan tambahan ini membantu menjejukkan enjin, membersih dan juga memastikan enjin bebas hakisan. Banyak jenama pengeluar menambah pelbagai jenis additives ataupun bahan tambahan yang menyumbang kepada 25 peratus kos minyak pelincir tersebut.

IKLAN

Tahap kelikatan

Klasifikasi minyak pelincir ditentukan berdasarkan tahap kelikatan. Ia bermakna kemampuan minyak tersebut mengalir di bahagian dalam enjin anda. Ada dua jenis minyak pelincir di pasaran iaitu kelikatan tunggal (single-viscosity) dan kelikatan pelbagai (multi-viscosity).

Semakin kecil angka kelikatan, jadi semakin nipis sesuatu minyak dan semakin mudah ia mengalir. Ambik contoh minyak pelincir 10W-40. Kedua-dua nombor tersebut membawa maksud ia adalah dari jenis kelikatan pelbagai.

10W merupakan nombor indeks menunjukkan bagaimana minyak ini mengalir dalam suhu sejuk (W merujuk kepada winter atau musim dingin).

Manakala, 40 pula merujuk kepada bagaimana minyak ini mengalir dalam keadaan suhu panas. Bagi memastikan tahap kelikatan yang paling sesuai untuk kereta anda, pastikan anda merujuk kepada buku manual pengguna kereta anda. Rujuk kepada carta kelikatan minyak pelincir.

IKLAN

Kod klasifikasi

Perhatikan simbol dengan lambang bintang pada tong minyak pelincir. Ia membawa bermaksud minyak tersebut telah memenuhi standard perlindungan enjin semasa dan tahap ekonomi yang diperlukan untuk kelulusan International Lubricant Standardization and Approval Committee (ILSAC). Ia merupakan sebuah usahasama bersepadu antara pengeluar kenderaan A.S dan Jepun.

Minyak pelincir sintetik

Minyak pelincir sintetik dipercayai mampu memanjangkan lagi tempoh penukaran minyak pelincir, mengurangkan geseran dan mampu beroperasi dengan lebih baik pada suhu tinggi. Dan berdasarkan kajian yang dijalankan membuktikan dakwaan tersebut adalah benar terbukti minyak ini berfungsi dengan lebih cekap berbanding minyak pelincir mineral biasa.

Sebelum mengambil keputusan untuk membeli dan menggunakan minyak pelincir terdapat beberapa faktor perlu anda pertimbangkan.

Car photo created by standret – www.freepik.com

JENIS ATAU JENAMA MINYAK DIGUNAKAN SEKARANG

Jika kenderaan anda berfungsi dengan baik, tiada keperluan untuk anda untuk bertukar kepada jenama lain.

IKLAN

JENIS DICADANGKAN PENGELUAR KERETA

Katakan kereta masih dalam tempoh waranti, menggunakan minyak selain daripada yang dicadangkan pengeluar adalah tidak digalakkan kerana ditakuti menjejaskan waranti.

USIA KERETA

Jika kereta anda cuma menggunakan minyak pelincir single-viscosity sejak daripada awal dikeluarkan dari kilang, ada kemungkinan terdapat mendakan di dalam bahagian enjin anda kerana minyak pelincir seumpama ini tidak mempunyai detergent ataupun bahan yang digunakan untuk menolak keluar sisa-sisa minyak pelincir terdahulu.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anada dalam penjagaan kereta. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik di bawah.

Sumber: Mekanika.com