Memilih Kemeja Sesuai Agar Tidak Kelihatan Lebih Tua Dari Usia Sebenar & Nampak Lebih Segak

Share

Ramai orang beranggapan bahawa hanya t-shirt sahaja jenis baju yang versatil dan boleh dipadankan dengan mana-mana gaya.

Sebenarnya mereka silap. Antara pakaian yang cukup versatil ialah kemeja. Walaupun ia agak sinonim dengan pemakaian yang lebih formal namun sebenarnya terdapat pelbagai jenis kemeja dengan segala macam corak serta fabrik boleh memberikan gaya tersendiri.

Namun jika silap memilih kemeja maka anda boleh kelihatan terlalu serius. Atau lebih teruk nampak ketinggalan zaman atau lebih tua dari usia sebenar.

Jadi bagaimana untuk elak perkara ini daripada berlaku? Ikuti beberapa tip MASKULIN kongsi di bawah.

FAKTOR WARNA

Visual adalah segalanya. Disebabkan itulah dalam memilih pakaian, warna merupakan ciri-ciri pertama akan menjadi pilihan kita. Selain memberikan peranan cerminan personaliti, warna juga memberikan penampilan sesuai untuk anda. Antara warna yang menjadi trend terkini ialah warna-warna pastel. Warna pastel nampak lebih moden dan sesuai digayakan dengan pelbagai jenis gaya.

FAKTOR CORAK

Sesekali cubalah menggayakan kemeja dengan corak. Salah satu corak yang popular ialah kemeja bercorak petak atau dikenali dengan nama flanel. Ia boleh memberikan anda gaya seorang yang rugged dan seperti rockstar.

JENIS KOLAR

Bagi anda yang ingin mencari kelainan boleh cuba menggayakan kemeja dengan kolar yang lebih unik. Sebagai contoh jika anda seorang yang berwajah kecil dan cengkung perlu elak memakai baju berkolar besar. Manakala bagi anda berwajah besar elakkan memakai kolar yang kecil.

PILIHAN SAIZ

Memakai kemeja pada saiz yang betul juga sangat penting. Jika anda berbadan sado elakkan memakai kemeja dengan cutting terlalu slim fit. Sebaliknya carilah kemeja yang loose fit agar bahagian dada tidak terlalu ketat. Manakala bagi mereka yang kurus pula elakkan memakai kemeja yang terlalu longgar. Ia akan buat anda nampak lebih kurus!

JENIS FABRIK

Pilihan fabrik pada kemeja boleh memberikan idea gaya yang berbeza. Untuk keselesaan pilihlan kemeja dari kain jenis kapas kerana ia kurang kedutan. Manakala untuk nampak lebih formal pilihlah kemeja dari fabrik kain satin.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim