Gaya Hidup

Memanglah Sakit Kena Cubit, Tetapi Di Hati Rasa Sayang & Bahagia Sangat!

Share

Lelaki suka dicubit wanita? Kedengarannya mungkin seperti sedikit pelik namun itu adalah hakikat yang digemari oleh kebanyakan lelaki.

Bukannya kejam sebaliknya cubitan itu mampu mewujudkan suasana yang penuh bahagia dan perasaan sayang juga dapat dipupuk.

Selain itu, cubitan wanita juga mampu memanjangkan usia sesebuah hubungan kerana 10 sebab berikut :

1. Merembeskan hormon cinta

Hampir 90 peratus lelaki tidak akan mengelak cubitan manja daripada wanita kerana cubitan sebegitu meningkatkan perasaan kasih. Berbeza dengan wanita, kalau lelaki yang cubit bisanya lain macam.

2. Meningkatkan kesefahaman

Tidak dinafikan cubitan wanita boleh meningkatkan kesefahaman di antara dua pasangan yang sedang bercinta. Melaluinya juga, lelaki dapat mengukur sejauh manakah kekuatan wanita apabila mencubit.

3. Melatih kesabaran

Apabila wanita mencubit lelaki, lelaki akan membiarkannya sahaja. Selain melayan sikap wanita yang comel, ia juga melatih lelaki untuk jadi lebih sabar.

4. Menampakkan kecomelan wanita

Wanita akan mencubit apabila dia merasakan geram. Jadi lelaki akan merasakan betapa cute wajah si dia pada ketika itu. Maka, nak cubit pun.. cubitlah!

5. Melegakan hati pasangan

Geram. Itulah adalah perkara yang sentiasa terbuku di hati dan apabila wanita dapat mencubit lelaki kesayangannya, satu perasaan lega dapat dirembeskan.

 

 

Published by
Akyem Samad