Memang Semua Iklan Nampak Menarik, Tapi Ada Di Antaranya Yang Mencetuskan Kontroversi. Jom Baca!

Share

Berapa banyak kempen pengiklanan di seluruh dunia?Sama ada di dalam industri fesyen, automobil mahupun makanan, masing-masing berlumba-lumba untuk menghasilkan kempen yang mampu menarik minat orang ramai. Namun, ada juga kempen yang mencetuskan kontroversi di seluruh dunia melalui gambar mahupun isi yang terkandung di dalam sesebuah iklan itu.

ALL NIPPON AIRLINES (ANA) RASICT COMMERCIAL

Video selama 30 saat ini menjadi kontroversi hebat di antara negara Barat juga negara  Asia (Jepun). Perubahan lelaki pendek memakai blond wig juga hidung palsu  selepas ayat “Let’s change the image of Japanese people”, menjadi perbualan orang ramai sehingga mencetuskan isu kontroversi dalam penghasilan video kempen oleh syarikat penerbangan ini.

AMERICAN APPAREL

Bukan pertama kali jenama pakaian ini mencetuskan kontroversi dalam industri fesyen, juga di kalangan orang awam. Penggunaan imej yang seksi juga dan sensual menjadi buah mulut orang ramai terhadap imej iklan ini. Bukan hanya di saman malah tahap penjualan jenama ini merosot impak dari imej pengiklanan yang agak liar itu.

DUNKIN’ DONUTS’

Kempen Dunkin’ Donuts’ Thailand ini mencipta isu bila mana menggunakan imej seorang gadis dengan menggunakan make-up berwarna hitam. Gara-gara itu, iklan ini mendapat tohmahan dari masyarakat sedunia apabila ia seolah-olah berbaur perkauman yang melambangkan black people. Ia bagai mengingatkan kepada abad ke 19th/20th di mana ia menjadi stereotaip bagi orang-orang berkulit hitam yang menjadi offensive symbols of a racist era.

Published by
webadmin