Ads
Home Sukan Memang Mudah & Cepat, Tapi 7 Sebab Ini Anda Kena Elak Bersahur...

Memang Mudah & Cepat, Tapi 7 Sebab Ini Anda Kena Elak Bersahur Dengan Mee Segera!

Ads

Ada segelintir orang menjadikan mee segera sebagai menu sahur kerana ia mudah, murah dan cepat untuk disediakan. Tak kurang juga menjadikan mee segera sebagai menu sahur kononnya boleh mengurangkan berat badan ke tahap ideal.

Namun ramai yang tidak mengetahui kesan buruk pengambilan mee segera terhadap tubuh badan jika diambil secara kerap. Ini kerana makanan yang diawet termasuk mee segera mempunyai kandungan sodium yang tinggi.

Jika sodium diambil berlebihan daripada keperluan seharian tubuh boleh menyebabkan pengekalan air dalam badan seterusnya membawa kepada berat badan berlebihan.

Lebih teruk lagi, pengambilan sodium yang tinggi ini juga akan menyebabkan anda mudah diserang sakit jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan pelbagai penyakit lain. Jadi pastikan anda makan makanan yang berkhasiat sepanjang sebulan bersahur.

Awas! Ini antara bahaya yang bakal ada hadapi jika berterusan bersahur dengan menu mee segera.

Ads

Memang Mudah & Cepat, Tapi 7 Sebab Ini Anda Kena Elak Bersahur Dengan Mee Segera!

1. BERAT BADAN MUDAH NAIK

Umum mengetahui bahawa untuk mengurangkan berat badan, seseorang haruslah minum air yang secukupnya. Mee segera yang mempunyai lemak tepu (saturated fat) tinggi akan menyebabkan badan anda mengalami kekurangan air sekali gus menjadi penyumbang yang besar kepada masalah berat badan berlebihan.

2. METABOLISME BADAN BERKURANGAN

Sesetengah orang masih gagal mengurangkan berat badan biarpun mereka telah mengurangkan pengambilan kalori seharian dan mengamalkan senaman secara kerap. Antara penyebabnya, miiki tahap metabolisme yang rendah. Disebabkan bahan perasa dan pengawet dalam pemprosesan mee segera, maka pengambilan mee segera yang berlebihan akan merendahkan tahap metabolisme untuk anda mengurangkan berat badan.

Ads

3. GANGGU PENGHADAMAN

Penghadaman amat penting dalam pengurangan berat badan. Pakar menasihatkan agar kurang pengambilan makanan ringan di waktu malam untuk mempercepatkan proses penghadaman seperti biskut dan buah-buahan. Pengambilan mee segera secara kerap akan menyebabkan ketidakhadaman sekali gus mengganggu usaha anda untuk mencapai berat badan yang diidamkan.

4. PENYAKIT KANSER

Kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas boleh menjadi bahaya sekiranya mee segera itu dimakan terus dari mangkuk.

5. SAKIT JANTUNG, STROK & DARAH TINGGI 

Mee segera mempunyai kandungan penuh dengan jumlah yang tinggi natrium. Penggunaan berlebihan natrium membawa kepada penyakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi.

Ads

6. SAKIT KEPALA

Monosodium Glutamate digunakan untuk meningkatkan rasa dalam mee segera. Orang yang alah kepada MSG dan mengambil mee segera sebagai sebahagian daripada diet akan mudah mengalami sakit kepala.

7. GANGGU FUNGSI BUAH PINGGANG

Kandungan dalam bahan perencah mee segera juga mengandungi kadar Monosodium Glutamat dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutamanya terhadap fungsi buah pinggang.

BACA: Pakar Pemakanan Ajar Cara Betul Masak Mi Segera Untuk Kurangkan Kesan Lilin & MSG!

Jadi ambillah makanan yang berkhasiat sepanjang bersahur. Jangan kerana nak cepat tidur atau nak cepat-cepat bersahur, anda jejaskan kesihatan tubuh badan dengan pengambilan mee segera.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI