Gaya Hidup

Memang ‘Cool’ Kalau Pakai Kasut Vans X Harry Potter Custom Ni, Awek Pun Boleh Jeling!

Share

Selepas mengumumkan jalinan kerjasama antara Warner Bros dengan Vans pada bulan April 2019. Potterhead serta peminat Kasut Vans seluruh dunia bagaikan tidak sabar menantikan tema kasut bercirikan 4 rumah di Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry dalam trilogi filem Harry Potter iaitu  Gryffindoor, Ravenclaw, Hufflepuff dan Slytherin.

Rekaan kasut pertama dirilis pada bulan Mei lepas dengan 4 rekaan iaitu Sk8-Hi untuk Gryffindor manakala Era untuk Slytherin diikuti Authentic untuk Ravenclaw dan Classic Slip-On untuk Hufflepuff.

Terkini Vans kembali dengan koleksi kasut yang boleh direka sendiri. Anda bebas memilih serta mereka sendiri kasut anda rekaan dengan yang disediakan. Masa yang sama, terdapat dua corak yang diilhamkan daripada Harry Potter yang anda boleh pilih melalui dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Untuk maklumat anda, koleksi ‘reka sendiri’ ini telah tersedia di laman web Vans dengan pelbagai pilihan supaya anda bebas mereka kasut anda sendiri.

BACA: 7 Trik Jaga Sneakers Putih Berjenama Agar Kekal Cantik Macam Baru Unbox!

Selain itu, terdapat 4 sebab utama ia lebih menarik kerana:

1. Melengkapkan gaya seorang Potterhead

2. Menyerlahkan lagi rasa Potterhead Dalam diri

 

 

3. Direka khas untuk pemain skateboard serta Potterhead

4. Memberi nikmat berkarya kepada semua peminat

BACA: 4 Trik Beli Kasut Sukan Elak Kaki Sakit & Mudah Cedera!

Berikut adalah antara contoh rekaan yang disediakan:

 

IKLAN