exhausted businessman stuck in traffic

Siapa yang pernah memandu perjalanan jauh terutamanya pada waktu tengahari dan malam pastinya pernah lalui situasi ini.

Anda harus ingat rasa mengantuk yang boleh menyebabkan berlakunya microsleep merupakan ancaman kemalangan jalan raya yang boleh mendatangkan maut.

Oleh itu anda perlu sentiasa peka dan ambil langkaj berjaga-jaga agar tak kecundang di tengah jalan.

Tip Elak Rasa Mengantuk Semasa Memandu Perjalanan Jauh

Kali ini MASKULIN ingin kongsi bagaimana anda boleh elak rasa mengantuk semasa memandu untuk pulang beraya nanti.

1. Rancang perjalanan anda

Pilih waktu yg sedikit sejuk seperti selepas subuh. Suasana pagi yang sejuk dan daun menghijau disepanjang perjalanan baik untuk kesegaran mata. Matahari yang terik menyebabkan mata menjadi letih dan menjadikan kita lebih cepat mengantuk.

Ads

2. Rehat secukupnya sebelum memandu 

Jangan terburu-buru untuk pulang ke kampung. Ambil cuti lebih awal untuk merehatkan diri sebelum memulakan perjalanan agar badan terasa segar.

3. Mengambil minuman isotonik atau kafein 

Tip Elak Rasa Mengantuk Semasa Memandu Perjalanan Jauh

Jika anda memandu pada waktu malam bolehlah minum kopi atau air yang mengandungi kafein. Air isotonic juga baik kerana ia mampu mengembalikan electrolyte dalam badan. Kafein pula akan membantu menghilangkan rasa mengantuk. Namun begitu, kedua-dua minuman ini tidak bagus untuk diamalkan selalu.

Ads

BACA: Lena 5 Saat, Nyawa Melayang! Bahana Microsleep Punca Kemalangan Maut

4.  Ajak teman bersembang

Tip Elak Rasa Mengantuk Semasa Memandu Perjalanan Jauh

Dengan bersembang menjadikan otak kita sentiasa aktif. Otak yang pasif mengundang rasa mengantuk. Sekiranya tiada teman untuk bersembang, buka radio dan anda dibenarkan menyumbangkan mana-mana lagu tanpa segan silu.

Ads

5. Makan pisang dan kurma

PISANG dan KURMA? Pisang merupakan makanan yang tinggi  kandungan potassium di mana ia mampu memberi tenaga dan kurma seperti yang kita sedia maklum, ia merupan sumber tenaga segera yang sangat bagus untuk tubuh kita. Sekiranya bertolak selepas subuh, elok benar mengambil pisang dan kurma semasa sahur.

6. Lakukan Sebarang Pergerakan Atau Aktiviti 

Anda boleh cubit pipi, peha, pinggang anda jika mengantuk. Anda juga boleh melakukan tapping atas ubun-ubun antara aktiviti yang mampu menyegarkan kembali. Selain itu, pernah juga saya dengar aktiviti KOREK HIDUNG mampu menghilangkan rasa mengantuk.So, jika Nampak orang memandu sambil korek hidung, positif sahaja ye. Tapi jangan lakukan di siang hari semasa ramadhan  pula.

7. Basuh Muka Dengan Air Sejuk

Tip Elak Rasa Mengantuk Semasa Memandu Perjalanan Jauh

Sediakan sebotol air sejuk untuk dijadikan sebagai penyegar untuk cuci muka. Seperti yang biasa saya lakukan, sebotol air mineral dibekukan menjadi peneman. Sekiranya mengantuk, genggam botol ais dapat membangunkan saraf-saraf. Kalau mengantuk juga, basuh muka dengan air sejuk. Bagi yang beragama Islam, berwuduk antara tips terbaik.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI