Awal pagi semalam berlangsung perlawanan yang cukup dinantikan oleh ramai peminat bola sepak dunia. Perlawanan peringkat pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah semalam menyaksikan pasukan tuan rumah yang dimiliki oleh Qatar Sports Investment iaitu Paris Saint-Germain (PSG) menentang Manchester United.
Rashford menyempurnakan sepakan penalti sekali gus membawa Man United mara ke suku akhir.
Dalam perlawanan tersebut Manchester United berdepan misi yang cukup berat kerana mereka telah tewas 2-0 dalam perlawanan pertama sebelum ini di Old Trafford. Namun dengan kesungguhan barisan pemain mereka di bawah tunjuk ajar pengurus yang juga pemain legendanya Ole Gunnar Solskjær, Manchester United merealisasikan apa yang dikatakan mustahil.
Mereka menang dengan jaringan 3-1 di tempat lawan sekali gus mara ke peringkat suku akhir dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.
Perlawanan dramatik semalam menjadi tumpuan kerana Manchester United dianugerahkan penalti pada minit-minit akhir perlawanan menerusi sistem VAR. Sistem pengadilan yang penuh kontroversi turut digunakan pada Piala Dunia yang lalu itu menyaksikan bola terkena tangan pemain PSG.
Tidak semua pihak yang gembira dengan keputusan ini termasuklah bintang PSG yang juga pemain termahal di duniam Neymar.
Ads
Bintang PSG ini ternyata kecewa dengan keputusan perlawanan itu.
Neymar yang tidak beraksi kerana masih belum pulih dari kecederaan ternyata cukup kecewa dengan keputusan penalti di minit akhir yang telah menyingkirkan pasukannya.
Pengadil perlawanan, Damir Skomina merujuk VAR sebelum membuat keputusan sepakan penalti.
Ads
Menerusi perkongsian di Instastory, Neymar berkata, “Ini amat memalukan. Dan mereka masih membiarkan 4 lelaki yang tidak faham bola sepak untuk melihat rakaman video, ini sepatutnya tidak berlaku. Bagaimana dia mengeluarkan tangannya apabila dia berada di belakang!”
Sabar jelah Neymar. Terima saja keputusan yang telah diberikan. Mungkin tahun ini bukan tahun PSG. Apa-apa pun tahniah Manchester United yang berjaya mara ke peringkat suku akhir. Seronok tengok mereka meraikan kemenangan semalam seperti menang piala.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kumpulan penjagaan penglihatan terkenal Focus Point hari ini melancarkan kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pada Hari Penglihatan Sedunia 2017 – “Make Vision Count” yang holistik bertujuan untuk menggalakkan penjagaan mata dan penglihatan memandangkan kes kecacatan penglihatan dan masalah mata semakin meningkat di negara ini.
Hari Penglihatan Sedunia (WSD) ialah inisiatif global untuk meningkatkan kesedaran terhadap kebutaan dan kecacatan penglihatan yang boleh dicegah. Kira-kira 285 juta orang di seluruh dunia hidup dengan tahap penglihatan rendah dan kebutaan. Sebanyak 4 daripada 5, yang bermakna 80% daripada kes buta atau kecacatan penglihatan di dunia sebenarnya boleh dicegah, sama ada dengan pengesanan masalah mata lebih awal atau menyembuhkannya dengan rawatan atau pembedahan, atau boleh diselesaikan hanya dengan sepasang cermin mata menurut preskripsi.
dianggarkan 15,000 orang di seluruh negara mempunyai tahap penglihatan rendah berdasarkan perangkaan yang diperolehi daripada hospital kerajaan. Antara faktor yang menyebabkan masalah tahap penglihatan rendah ialah penyakit seperti glaukoma, diabetes (kencing manis), keuzuran berkaitan usia, katarak, penyakit retina dan kesilapan refraktif tidak berbetul.
Menurut Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Focus Point Holdings Berhad, Dato’ Liaw Choon Liang, WSD merupakan satu acara yang sangat bermakna bagi Focus Point kerana ia selari dengan nilai-nilai teras dan model perniagaan syarikat untuk membolehkan manusia melihat dengan lebih baik. “Tahun ini ialah tahun ke-6 berturut-turut acara WSD dianjurkan. Kami teruja dan bangga untuk menjadi sebahagian daripada usaha global ini.
“Acara ini juga selaras dengan falsafah syarikat kami yang berusaha menabur bakti kepada masyarakat,” kata Dato’ Liaw.
Tema Hari Penglihatan Sedunia tahun ini – “Make Vision Count” membawa pengertian bahawa kita boleh menangani kebutaan atau kecacatan penglihatan yang boleh dicegah dengan memberikan pendidikan yang sewajarnya dan pengetahuan yang berguna kepada orang ramai – kerana “Pengetahuan ibarat Kuasa.”
Semua orang perlu memainkan peranan untuk menjamin keberkesanan penjagaan mata. Ini termasuk mereka yang ada kaitan atau terbabit dalam penjagaan mata: ahli oftalmologi, ahli optometri, jururawat oftalmik, penderma, pesakit, penjaga, dan juga ahli keluarga.
Satu daripada kebimbangan global ialah peningkatkan miopia (rabun jauh) yang menjejaskan ramai kanak-kanak dalam usia persekolahan dan semakin menjadi isu kesihatan utama pada zaman sekarang. Pada tahun 2010, lebih 28% daripada penduduk dunia dibelenggui masalah Miopia. Bilangan ini dijangka meningkat kepada 34% menjelang tahun 2020 dan hampir 50% menjelang 2050.
Oleh sebab miopia bermula awal, kanak-kanak dalam usia persekolahan berdepan dengan risiko. Keupayaan kanak-kanak untuk belajar boleh terganggu teruk jika mereka tidak mempunyai penglihatan yang jelas. Ramai kanak-kanak yang bermasalah mata tidak sedar bahawa penglihatan mereka tidak normal. Satu-satunya cara untuk mengetahui ialah dengan menjalani ujian penglihatan atau pemeriksaan mata secara betul semasa kecil.
Peningkatan miopia sewajarnya membimbangkan kita semua kerana miopia tahap tinggi meningkatkan risiko keadaan yang mengancam penglihatan seperti ketanggalan Retina, Degenerasi Makular Miopik, Katarak dan Glaukoma apabila dewasa.
Academy of Art & Design telah dijemput untuk membantu menghidupkan tema “Make Vision Count” dengan mencipta ukiran mata 3D untuk menggambarkan realiti penjagaan mata.
Serentak dengan ini, Focus Point juga menganjurkan majlis penyampaian sumbangan untuk membantu dua organisasi yang memperjuangkan penjagaan mata di Malaysia. Focus Point mendermakan 1,000 pasang bingkai cermin mata kepada Kelab Lions KL Bukit Kiara dan menyampaikan sumbangan wang tunai RM5,000 kepada Persatuan Orang Buta Malaysia.
Untuk orang ramai, Focus Point mengadakan pemeriksaan mata diagnostik secara percuma. Dr. Chin Pik Kee daripada Sunway Medical Centre dan Dr. Helen Tan Chen Chen daripada Centre of Sight juga berkongsi kefahaman tentang penjagaan mata pada Ahad akan datang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Melatih otak dengan cara di bawah dapat mengoptimumkan fungsi otak semaksimum mungkin dan juga melindungi dari gejala demensia. Ayuh amalkan!
1. Membaca
Meluangkan masa untuk membaca dapat membantu memberi rangsangan kepada otak. Apabila sel-sel otak iaitu neurons dapat berfungsi dengan baik maka akan wujud sambungan synapse dan jalur maklumat kepada otak. Ia juga sangat membantu untuk meningkatkan daya ingatan.
2. Menikmati muzik
Dengan cara mengaktifkan pancaindera melalui mendengar muzik dan belajar bermain instrumen muzik banyak membantu meningkatkan memori kepada sel-sel otak.
3. Lakukan senaman
Sel-sel tubuh yang diaktifkan melalui senaman akan menghantar zat-zat molekul yang mencetus saraf-saraf baru dalam jaringan otak sehingga membuatkan seseorang memiliki kemampuan perkembangan kreativiti yang lebih baik
4. Belajar Bahasa Asing
Mempelajari kemahiran bahasa atau penggunaan beberapa bahasa dapat meningkatkan saliran darah ke bahagian otak dan kesihatan koneksi saraf juga akan lebih baik. Salah satu cara adalah rajin membaca Al-Quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari boleh membantu otak menjadi lebih peka dan kuat melalui rangsangan otak
5. Ubah Rutin
Dengan mencipta rutin baru juga dapat membantu mengaktifkan fungsi otak yang sebelum ni tak aktif. Amalan mencatit dalam buku nota kecil setiap hari dalam bentuk ringkas dapat meningkatkan daya ingatan dan elak masalah sering lupa
6. Mencari Hobi Baru
Latih otak untuk lakukan hobi yang mungkin sebelum ni kita tak berkesempatan untuk lakukan. Jadi lakukan sekarang! Cari hobi yang menarik untuk menjaga otak kekal aktif
7. Mengamal cara hidup sihat
Ini penting untuk menjaga kesihatan otak. Salah satunya amalan tidur yang cukup kerana tidur menguatkan sambungan saraf synapses kita. Kajian pernah dilakukan keatas kanak-kanak yang tidur siang ketajaman otak mereka meningkat berbanding kanak-kanak yang kurang tidur siang. Power nap seperti tidur sekejap sebelum waktu zohor juga dapat meningkatkan daya kekuatan otak kita.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sehingga ke hari ini, Indonesia mencatatkan jumlah kematian yang tertinggi di Asia Tenggara akibat wabak Covid-19 dengan jumlah korban 1,391 orang. Manakala kes yang didapati positif pula telah meningkat hingga kepada 22,750 kes.
Suatu ketika dahulu negara tersebut seakan-akan bebas dengan wabak ini tatkala negara lain sedang bergelut untuk menghadapi apa jua kemungkinan. Namun kini ia menjadi antara negara yang paling teruk terjejas di Asia Tenggara.
Dalam pada masa itu, seramai 25 orang doktor telah meninggal dunia ketika menjalankan tugas akibat dijangkiti wabak Covid-19. Perkara tersebut diuar-uarkan oleh Ketua Umum Ikatan Doktor Indonesia (IDI), Daeng M. Faqih.
Hashtag #Indonesia? Terserah! dipercayai dimulakan petugas kesihatan pada 15 Mei lepas, yang kemudiannya didokong warganet. Selepas itu ia menjadi tular dipelbagai platform media sosial sehingga kini.
Rata-rata warganet mengecam sikap kebanyakan masyarakat tempatan yang masih tidak mempedulikan arahan pematuhan pembatasan sosial berskala besar (PSBB) yang dikuatkuasakan sejak 15 Mac lepas bagi menangani penularan virus itu.
Di antara yang lantang bersuara ialah penyanyi legenda, Iwan Fals. Menerusi akaun Instagramnya beliau turut mengungkap “Tetap harus semangat, kita enggak boleh nyerah dengan keadaan. Oke terserah, tetapi bukan berarti pasrah kan, bukan berarti menyerah”.
Para pemerhati laman media sosial melihat #Indonesia? Terserah!!”, selain sindiran kepada masyarakat yang ingkar arahan PSBB , ia juga kritikan kepada pihak berkuasa Indonesia, yang tidak maksimumkan penguatkuasaan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam PSBB.
Presiden Indonesia, Joko Widodo, dalam satu kenyataan media, yang dikeluarkan Sekretariat Presiden hari ini, berkata pihak polis dan tentera telah diarahkan “mendisiplinkan masyarakat terkait protokol kesihatan” ketika berada di tempat awam.
“Anggota TNI (Tentera Nasional Indonesia) dan Polri (Polis Republik Indonesia) akan disebar ke sejumlah titik keramaian untuk sentiasa mengingatkan masyarakat dalam menerapkan kedisiplinan protokol tersebut,” kata Jokowi.
Gabernor Jakarta, Anies Baswedan, dalam satu kenyataan, berkata majoriti warga kota Jakarta sebenarnya mematuhi PSBB yang berkuat kuasa sehingga 4 Jun depan dan berkemungkinan PSBB dilonggarkan sekiranya kes positif virus itu menunjukkan trend penurunan.
Sumber: BERNAMA
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.