Anda mungkin mendapati ramai pemain meludahkan air sewaktu pertandingan Piala Dunia. Mungkin mereka hanya melembapkan mulut yang terasa kering, tetapi kajian mendapati sebenarnya terdapat kebaikan lebih daripada itu jika anda melalukan air dalam mulut dan meludahkan kembali ketika bersukan.
‘Carb rinsing’ merujuk kepada tabiat berkumuh dengan larutan karbohidrat dalam mulut untuk memperdaya badan agar berfikir bahawa terdapat pengambilan tenaga. Dengan cara ini, anda dapat memberikan rangsangan kepada otak untuk terus berjaga-jaga. Walaupun bukanlah sesuatu amalan yang biasa dilakukan, tetapi teknik ini semakin meningkat dalam kalangan atlet.
Sepanjang memerhatikan pertandingan Piala Dunia anda pasti menjumpai beberapa pemain kelihatan melakukan perkara ini. Antaranya kapten England, Harry Kane yang acap kali dilihat mengambil air dan meludahnya keluar. Begitu juga pemain tengah Dele Alli, dan pemain Portugal, Cristiano Ronaldo.
Mereka bukan hanya meludah biasa, tetapi pemain membilas mulut mereka dengan air dan mengeluarkan aliran air dan bukannya meminumnya.
Mengapa tidak minum sahaja?
Minuman karbohidrat mengandungi polimer glukosa dan bertujuan untuk menambah simpanan tenaga semasa dan selepas senaman. Jika meminum minuman karbohidrat boleh menambah stamina pemain, mengapa tidak melakukan sedimikian sahaja berbanding meludah keluar kembali?
Ads
Ini disebabkan minum air terlalu banyak boleh menyebabkan kembung, sebaliknya jika anda melakukan carb rinsing, anda memperdayakan badan seolah-olah ada pengambilan karbohidrat dan membuatkan badan lebih berstamina tanpa mengalami masalah kembung perut.
Kesan ini terjadi apabila reseptor di dalam mulut mengesan karbohidrat dan menghantar isyarat ke otak, dengan mengatakan terdapat bahan tenaga yang akan masuk. Ini menjadikan otot bekerja lebih keras, tanpa kesan negatif daripada minuman karbohidrat seperti senak perut dan kekejangan.
Carb rinsing dalam kajian sains
Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2017 dalam European Journal of Sport Science mendapati bahawa carb rinsing meningkatkan prestasi dalam pelbagai aktiviti. Pasukan penyelidikan dari Coventry University menguji 12 lelaki yang sihat di usia 20-an mereka, dan mendapati selepas carb rinsing mereka dapat melompat lebih tinggi, melakukan lebih banyak tekan tubi, berlumba lari lebih laju dan lebih fokus.
Ads
Satu lagi kajian dari tahun 2015, yang diterbitkan dalam International Journal of Sport Nutrition and Exercise Metabolism, mendapati bahawa 12 atlet lelaki yang kompetitif mengalami kurang keletihan selepas carb rinsing.
Dalam satu kajian di Malaysia yang diterbitkan dalam jurnal Applied Physiology, Nutrition, and Metabolism yang membandingkan pelumba basikal yang melakukan carb rinsing sewaktu bulan puasa, mereka didapati mempunyai manfaat lebih dalam perlumbaan berbanding pemain berpuasa yang tidak melakukan carb rinsing.
Carb rinsing rahsia ketahanan pemain bola?
Walaupun carb rinsing didapati memberi kesan positif kepada atlet dalam sukan tertentu tetapi teknik ini didapati tidak memberi kesan dalam sukan yang memerlukan ketahanan diri yang lebih lama. Carb rinsing didapati lebih memberikan kesan dalam sukan yang laju dan berimpak tinggi seperti lari pecut berbanding aktiviti yang memerlukan ketahanan lama seperti maraton panjang.
Ads
Dalam satu kajian dari 2017, yang diterbitkan dalam Journal of Sports Sciences, 15 pelari wanita berlumba selama 60 minit, sekali dengan carb rinsing dan sekali tanpanya. Tiada kesan yang dilaporkan pada pencapaian mereka.
Oleh itu, carb rinsing dalam pemain bola sebenarnya hanya untuk membantu mereka kekal peka dan mengurangkan rasa penat. Apatah lagi setelah hampir 90 minit bermain, bukan mudah untuk kekal fokus dan berstamina.
OLEH : HELMA HASSAN
SUMBER : https://hellodoktor.com/
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menjelang Hari Raya Aidilfitri, semua benda nak baru. Kebiasaannya, ia akan menelan kos yang banyak. Memandangkan Hari Raya ni setahun sekali katanya, maka kita boleh lihat orang ramai sanggup overspend kerana nak semuanya perfect.
Hutang pun takpe, janji kita dapat sambut Hari Raya dengan gembiranya. Itu salah okay.
Jom ambil manfaat dari penrkongsian saudara Azizul Azli Ahmad, tak perlu membazir, recycle je barang atau perabot yang ada.Pasti nambak lain dan kreatif.
Menjelang raya, ada tiga (3) perbelanjaan besar setiap rumah. Pakaian baru, duit raya dan perabot baru.
Jika suami kita tak kaya, lakukan ini.
1. Tukar susun atur kedudukan kerusi rumah kita, ubah dari kedudukan asal.
2. Susun kembali sofa dengan kedudukan baru, ubah kedudukan tv dan letakkan sedikit bunga segar.
3. Cari satu titik tumpu didalam rumah dan berikan sedikit warna atau pasang kertas dinding. Pastikan dinding itu rata dan tiada bukaan tingkap disitu.
4. Jika ada sedikit modal, beli satu permaidani kecil gantikan diruang tamu. Modalnya kecil tetapi kesannya besar pada ruang.
5. Bersih dan cuci langsir yang lama, jika dapat tema langsir ada persamaan sedikit dengan warna permaidani kecil tadi.
6. Bantal kecil letak diatas sofa boleh beri tenaga baru pada ruang.
7. Lampu hiasan juga boleh memberi mood ruang yang baik sempena raya ini.
Jangan tukar perabot baru selagi lerabot lama masih berfungsi dengan baik.
Kongsikan jika bermanfaat
Sumber : Azizul Azli Ahmad
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apa yang membuatkan gaya fesyen kamu serba lengkap? Sudah pastilah pilihan aksesori yang sepadan dengan keseluruhan gaya kamu yang pastinya menjadikan gaya kamu lebih perfect! Ini senarai aksesori terbaik yang wajib kamu miliki sepanjang bulan ini!
BACK TO THE FUTURE!
Rekaan sunglass yang serba edgy ini menjadi trend terbaru dalam gaya lelaki hari ini. Kelihatan sedikit seperti The Matrix, rekaan ini lebih memfokuskan kepada elemen moden dan futuristic. Punya nilai keistimewaan sci-fi tersendiri, ia mampu mengubah stail anda lebih padu!
BUCKET HATS
Kamu tidak bermimpi! Topi jenis bukcet hat ini kembali lagi tetapi dengan sedikit sentuhan moden dalam sentuhan warna dan juga corak. Penambahan aksesori pada the bucket hat ini menjadikannya bukan sekadar topi biasa. Malah, menjadikan gaya kamu lebih hipster.
THE FANNY PACK
Jenama mewah seperti Louis Vuitton, Prada dan Lanvin menjadikan aksesori ini lebih agresif di pentas S/S 18. Walaupun pernah dilupakan seketika saat 90-an dahulu, namun ia menjadi salah satu aksesori utama dalam pentas fesyen kali ini. Lebih menarik, mudah dan moden.
Rona Beza: Dunia fesyen lelaki kali ini memaparkan sudut pandangan berbeza mengenai penggayaan formal. Mengapa harus terus menjadikan warna hitam itu sebagai warna formal? Kini semuanya bertukar arus dengan menjadikan rona terang sebagai elemen tambahan dalam rekaan bentuk formal. Padankan dengan rona yang lebih gelap untuk gaya yang elegan. Lebih unik dan versatil!
Seni Dan Grafik: Mana bisa kita ketepikan seni dan grafik dalam dunia fesyen. Penambahan elemen seni menjadikan sesuatu rekaan itu lebih mahal dan tampak mewah. Lihat saja rekaan dari jenama besar, Alexander Mcqueen dalam mempertaruhkan motif bunga dalam rekaan koleksinya. Apa yang pasti, setiap seni dan grafik yang ada pada setiap helaian rekaan memberi lebih volum dan dimensi penggayaan fesyen anda. Sudah tiba masanya untuk kita menjadikan formal itu sesuatu yang lebih interesting dan exciting. Bosanlah kiranya hanya bersandarkan pada fabrik baldu hitam saja kan?
New Silhouette: Rekaan yang lebih baggy juga oversized?Why not? Biarpun masih berpaksikan kepada rekaan bentuk formal, apa kata kali ini anda mencuba sesuatu yang lebih out of formal? Sebagai contoh trench-coat yang sedikit oversized bersama seluar yang lebih baggy? Mungkin agak pelik namun anda akan tampak lebih urban dan masih mengekalkan elemen kekemasan dalam penggayaan anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.