Melakukan Larian Pada Setiap Hari, Beri Kelebihan Atau Hanya Bebankan Diri Sendiri Sahaja

Share

Adakah perlu kita berlari setiap hari untuk lebih sihat? Terdapat kajian menunjukkan bahawa seseorang yang berlari di antara 5 hingga 10 minit setiap hari dengan kelajuan yang sederhana mampu menjauhkan anda dengan pelbagai ancaman penyakit.

Apakah yang anda akan dapat bila berlari di antara 5 hingga 10 minit setiap hari dengan pacing 7 kilometer per jam?

  • merendahkan risiko kematian akibat serangan sakit jantung atau strok
  • mengurangkan risiko berdepan penyakit berkait kardiovaskular
  • mampu kurangkan risiko kanser
  • menjauhkan anda daripada penyakit neurologikal seperti Alheimer dan Parkinson

Sekumpulan saintis dari Belanda memberi rekomen kepada setiap individu untuk berlari selama 2.5 jam setiap minggu atau dengan jumlah 30 minit larian selama 5 hari dalam seminggu.

Selain itu kelebihan lain yang anda perolehi bila sentiasa berlari ialah;

  • tidur yang lebih nyenyak
  • meningkatkan mood
  • konsentrasi lebih baik
  • selera makan juga bertambah.

BERLARI SETIAP HARI

Jika anda ingin berlari pada setiap hari ada beberapa faktor pelu diberi perhatian. Ini adalah untuk mengelak berlakunya kecederaan terutamanya di bahagian kaki.

Untuk mengelakkan kecederaan anda boleh ikuti langkah berikut;

  • pastikan anda memakai kasut larian yang betul dan saiz yang tepat
  • jangan paksa kaki untuk berlari dalam kasut kurang sesuai
  • tingkatkan jarak larian secara berperingkat
  • campur aktviti larian dengan senaman lain seperti berbasikal atau berenang
  • panaskan bada sebelum mula berlari
  • lari dalam postur badan yang betul

Published by
Farizul Izwany Ibrahim