Adakah perlu kita berlari setiap hari untuk lebih sihat? Terdapat kajian menunjukkan bahawa seseorang yang berlari di antara 5 hingga 10 minit setiap hari dengan kelajuan yang sederhana mampu menjauhkan anda dengan pelbagai ancaman penyakit.
Apakah yang anda akan dapat bila berlari di antara 5 hingga 10 minit setiap hari dengan pacing 7 kilometer per jam?
- merendahkan risiko kematian akibat serangan sakit jantung atau strok
- mengurangkan risiko berdepan penyakit berkait kardiovaskular
- mampu kurangkan risiko kanser
- menjauhkan anda daripada penyakit neurologikal seperti Alheimer dan Parkinson
Sekumpulan saintis dari Belanda memberi rekomen kepada setiap individu untuk berlari selama 2.5 jam setiap minggu atau dengan jumlah 30 minit larian selama 5 hari dalam seminggu.
Selain itu kelebihan lain yang anda perolehi bila sentiasa berlari ialah;
- tidur yang lebih nyenyak
- meningkatkan mood
- konsentrasi lebih baik
- selera makan juga bertambah.
BERLARI SETIAP HARI
Jika anda ingin berlari pada setiap hari ada beberapa faktor pelu diberi perhatian. Ini adalah untuk mengelak berlakunya kecederaan terutamanya di bahagian kaki.
Untuk mengelakkan kecederaan anda boleh ikuti langkah berikut;
- pastikan anda memakai kasut larian yang betul dan saiz yang tepat
- jangan paksa kaki untuk berlari dalam kasut kurang sesuai
- tingkatkan jarak larian secara berperingkat
- campur aktviti larian dengan senaman lain seperti berbasikal atau berenang
- panaskan bada sebelum mula berlari
- lari dalam postur badan yang betul
https://www.youtube.com/watch?v=0_6WNfiCFbE
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Anda Perlu Warm Up Sebelum Jogging, Salah Satunya Rangsang Sistem Saraf

Kepada mereka yang sudah lama aktif melakukan aktiviti larian pasti sudah masak atau faham akan kepentingan melakukanw arm up atau memanaskan badan sebelum mula berlari.
Tapi malangnya masih ramai yang memandang remeh akan kepentingan melakukan warm up. Ini terutamanya berlaku kepada mereka yang baru ingin aktif dalam aktviti larian.
Perkara ini juga sering dilakukan oleh seasonal runner kerana memikirkan badan mereka sudah ‘kalis’ dan tersedia untuk berlari. Sedangkan setiap orang perlu memanaskan badan terlebih dahulu tanpa mengira tahap kecergasan atau stamina.
Tapi sebelum itu sejauh mana anda faham tentang warm up?
Warm Up atau memanaskan badan adalah satu aktiviti di mana kita menyediakan diri sebelum melakukan aktiviti fizikal atau senaman. Memanaskan badan akan menjadikan tubuh badan lebih bersedia agar aktiviti yang dilakukan nnt dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Warm up merangsang penambahan oksigen dalam tubuh dan mengaktifkan pengeluaran hormon yang akan membantu dalam proses penyaluran tenaga ke bahagian otot.
Peningkatan aktiviti secara berperingkat juga secara umumnya akan meningkatkan suhu badan dan membuka liang roma untuk proses perpeluhan di mana penyejukan anggota badan diaktifkan.
BACA: Selain Dapat T-shirt & Medal, Boleh Menang Duit & Jam. Caranya, Lari 50KM Dalam Masa 40 Hari!
Okay sekarang anda sudah tahu apa itu warm up. Mungkin anda tertanya-tanya mengapa perlu kita lakukan warm up sebelum mulakan larian. Apakah kepentingannya? Ikuti 7 kepentingan warm up di bawah.
Tingkatkan kadar degupan jantung atau nadi (bpm)
- Secara umumnya penambahan intensiti dalam aktiviti memerlukan tenaga, sehubungan itu jantung memainkan peranan untuk menyalurkan oksigen dan nutrisi ke seluruh tubuh badan.
- Saiz salur darah mengembang bagi memudahkan proses penyaluran darah yang lebih efisien
- Peningkatan pengaliran darah ke bahagian otot meningkatkan penghantaran bekalan tenaga ke seluruh badan.
- Menyediakan sistem kardiovaskular untuk bersedia menghadapi aktiviti yang lebih berat yang akan memberi impak kepada jantung
Tingkatkan pengeluaran hormon
- Peningkatan kadar rembesan hormon endorfin, serotonin, dopamin dan hormon-hormon lain yang membantu meningkatkan kadar kepekaan, mengurangkan stres dan meningkat kadar metabolisma
- Peningkatan kadar cecair Synovial di bahagian sendi bagi memberi pelinciran sendi untuk mengurangkan geseran serta melancarkan pergerakan
Mengurangkan kadar risiko kecederaan
- Peningkatan suhu otot secara tidak langsung menambah keanjalan otot
- Peningkatan kadar oksigen dan hormon di bahagian otot membantu melancarkan pergerakan dan mengurangkan risiko kekejangan
- Rembesan hormon meningkatkan kawalan motor dalam pergerakan otot
Aktifkan mekanisma pelepasan haba badan
- Liang roma akan terbuka bagi memudahkan proses penyejukan badan
- Peningkatan suhu otot merangsang proses penyejukan otot
Merangsang Sistem Saraf Pusat
- Merangsang transmisi dan penyaluran neuron (maklumat) saraf antara otak dan sel motor otot (peningkatan kadar oksigen di bahagian otak merangsang sel –sel otak untuk berhubung dengan lebih baik)
- Meningkatkan kadar rembesan hormon endorfin, serotonin, dopamin dan adrenalin.(Happy Hormon/hormon baik)
- Merangsang pemikiran untuk lebih peka kepada aktiviti, meningkatkan sistem kawalan motor otot dan meningkatkan kawalan koordinasi dalam menjalankan aktiviti fizikal
Rangsang peningkatan pergerakan otot
- Pergerakan otot menjadi lebih efisien dan lebih teratur
- Mengurangkan risiko kekejangan otot di mana sistem; telah dibekalkan dengan oksigen dan elektrolit dari penyaluran darah yang efisien
- Proses penceraian antara hemoglobin (sel yang mengikat oksigen) dengan oksigen berlaku dengan lebih jitu
- Proses pengumpulan asid laktik dapat dilengahkan
Meningkatkan prestasi larian
- Otot yang diregang dan dipanaskan sebelum larian menjadikan ia lebih mudah bergerak. Sendi juga boleh berfungsi dengan lebih baik
- Aktiviti ini akan menjadikan senaman kita lebih berkesan
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tidur Juga Satu Senaman! Cukup Tidur Anda Akan Lebih Sihat

Mengantuk dan tidak cukup tidur menjadi wabak global yang mengancam kesihatan serta kualiti hidup masyarakat ketika ini. Bagaimanapun, ramai daripada kita tidak sedar waktu tidur tidak berkualiti boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti angin ahmar, kegagalan jantung, diabetes dan buah pinggang. Gangguan lain termasuk kegagalan jantung, asma dan apnea tidur atau gangguan pernafasan sewaktu tidur. Sebenarnya ia boleh diatasi dan dicegah.
Gangguan tidur adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dan dirawat di setiap negara di dunia bermula dengan kesedaran orang awam terhadap kepentingan waktu tidur yang cukup.
Ada hampir 100 jenis gangguan tidur tetapi ia sebenarnya boleh diatasi dengan bantuan pakar. Individu yang mendapat tidur sepanjang malam tanpa sebarang gangguan mengalami kadar yang lebih rendah mendapat tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan penyakit kronik lain. Meskipun ia boleh dirawat, kurang satu pertiga daripada pesakit yang berjumpa pakar bagi mendapatkan rawatan. Ia menjadi ‘wabak’ yang mengancam kesihatan serta kualiti hidup kira-kira 45 peratus penduduk dunia. Kajian menunjukkan bahawa kita menghabiskan sehingga satu pertiga daripada kehidupan untuk tidur.
Tidur adalah keperluan asas manusia, sama seperti makan dan minum, dan adalah penting untuk kesihatan secara keseluruhan. Tidur juga seperti senaman dan pemakanan yang penting untuk mengawal metabolisme pada kanak-kanak. Ada bukti yang menunjukkan kaitan antara tempoh tidur dan obesiti kanak-kanak. Hasil kajian ini lebih ketara kepada perempuan. Pernafasan kerap sewaktu tidur adalah penting untuk mengekalkan kesihatan.
Kurang tidur atau tidur yang tidak berkualiti mempunyai kesan negatif yang besar ke atas kesihatan kita dalam jangka masa panjang dan pendek. Antara kesan tidak cukup tidur ialah kesan negatif terhadap tumpuan, ingatan dan pembelajaran. Kesan jangka panjang pula seperti masalah kesihatan yang ketara misalnya obesiti, kencing manis, sistem imun yang lemah juga kanser.
KUAT BERDENGKUR!
Dengkuran boleh menjadi masalah sosial terutama apabila membabitkan pasangan yang terjejas kerana bunyi bising daripada dengkuran itu menyebabkan waktu tidur mereka diganggu sehingga tidak cukup tidur dan mengantuk ketika bekerja. Daripada sudut perubatan, tidur yang terganggu akibat dengkuran juga menyebabkan seseorang tidak cukup rehat, malah ia sebahagian daripada spektrum penyakit berhenti nafas sewaktu tidur akibat salur pernafasan terhalang (OSA) yang menyebabkan masalah kesihatan lebih buruk dalam jangka panjang.
Kesan kesihatan buruk yang biasa dikaitkan dengan masalah dengkuran dan gangguan pernafasan ketika tidur adalah rutin terjejas pada sebelah siang dan penyakit kardiovaskular. Akibat kurang tidur, seseorang jadi mengantuk sepanjang siang dan tertidur tanpa sengaja ketika melakukan aktiviti rutin seperti memandu, menonton televisyen atau bekerja.
Masalah lain kurang tidur seperti tidak segar sebaik bangun tidur, memori merosot dan kurang penumpuan, sakit kepala pada waktu pagi, mood berubah, sistem imun terjejas, demam dan halusinasi. Jika anda diberitahu selalu berdengkur dengan sangat kuat ketika tidur hingga mengganggu orang lain, segeralah berjumpa doktor atau pakar bagi menjalani pemeriksaan.
Ujian dijalankan akan mengenal pasti masalah sebenar dihadapi sama ada dengkuran itu adalah simptom penyakit terhenti bernafas sewaktu tidur (apnea) yang sederhana atau serius. Ini kerana, tidak semua orang yang berdengkur menghadapi masalah apnea, sebaliknya semua orang yang mengalami apnea akan berdengkur. Ujian Skala Tidur Epworth juga boleh dilakukan sendiri bagi mengenal pasti tahap mengantuk pada waktu siang akibat tidak cukup tidur. Dalam skala ini, markah kosong hingga tiga diberi bagi setiap peluang untuk anda tertidur ketika melakukan aktiviti rutin seperti sedang duduk dan membaca, menonton televisyen, bermesyuarat, memandu kereta dan ketika berhenti di lampu isyarat.
Jika markah terkumpul kurang daripada 10, bermakna anda mendapat tidur yang cukup dan andainya markah anda lebih daripada 10, perlu berjumpa doktor atau pakar bagi menjalankan diagnosis seterusnya seperti ujian tidur (polysomnography). Penggunaan alat bantuan oral berbentuk pendakap gigi plastik juga boleh membantu mengatasi masalah dengkuran dan OSA tahap ringan serta sederhana dengan mengelakkan tisu lembut atau otot tekak jatuh ke dalam tekak dan mengganggu corak pernafasan normal.
Penahan ortodontik ini membantu membetulkan kedudukan rahang bawah, lidah, lelangit lembut dan tulang berbentuk U di leher yang menyokong lidah pada tempat yang sepatutnya. Matlamat alat bantuan oral ini adalah untuk menolak rahang bawah ke depan apabila pendakap gigi di bahagian bawah direka mempunyai penyangkut dan disangkut pada pendakap gigi bahagian atas. Dengan ini, alat bantuan oral itu akan menahan otot tekak jatuh ke belakang seterusnya mengekalkan laluan udara terbuka dengan kestabilan lidah dan rahang.
.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tip Persediaan Terbaik Sebelum Melakukan Larian Marathon

Tanyalah kepada mana-mana individu yang aktif berlari. Sesungguhnya melakukan larian marathon sejauh kira-kira 42 kilometer merupakan impian buat mereka.
Namun meluahkan kata-kata lebih senang daripada melakukannya. Ya, percayalah bukan mudah untuk melakukan larian pada jarak sejauh itu.
Buat anda yang sudah bersedia pasti ingin mendapatkan larian yang lebih baik dan berkualiti. Dan yang paling penting boleh menamatkan larian tanpa kecederaan serius.
Selepas melakukan latihan yang panjang, berkemunkinan besar anda akan berasa berdebar-debar dan sangat teruja menjelang larian.
Terdapat beberapa tip penting untuk anda capai larian yang baik. Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.
SENTIASA HIDRAT
Mengekalkan kadar hidrasai dalam badan bukan bermula pada awal pagi sebelum larian. Anda sebenarnya boleh mulakan proses hidrasi kira-kira 48 jam sebelum acara bermula.
Oleh itu anda juga harus bijak memastikan badan sentiasa terhidrasi sebelum larian. Sebagai contoh anda boleh minum kira-kira 200ml air dua jam sebelum berlari.
JAGA MAKAN
Ambillah makanan sekurang-kurangnya 300 kalori beberapa jam sebelum larian. Untuk beberpaa minggu sebelu itu anda boleh cuba beberapa jenis makanan yang boleh memberi tenaga dan bertahan lama.
Jika badan anda memerlukan banyak tenaga, makanlah sedikit snek tenaga 30 minit sebelum flag off.
PAKAIAN SESUAI
Berlari pada jarak 42 kilometer bukanlah sekejap. Badan anda juga akan berpeluh dengan banyak. Dan sepanjang larian juga banyak berlaru pergeseran di antara celah anggota badan dan juga pakaian.
Jangan pakai berlebihan kerana ia boleh tingkatkan dehidrasi. Ingat jangan pakaian stoking, kasut, aksesori dan pakaian baru sebelum larian. Pakailah pakaian yang anda sudah biasa pakai.
PERIKSA LALUAN
Beberapa hari sebelu larian sebaiknya anda periksalah dahulu route larian. Anda perlu tahu bahawa setiap laluan memberikan cabaran berbeza di mana sesetengahnya mempunyai kecuraman berbeza.
Anda juga boleh merancang larian dengan lebih baik bila sudah biasa dengan kondisi laluan.
MEMANASKAN BADAN
Sebelum flg off, pastikan anda memanaskan badan sekurang-kurangnya 15 minit. Ia diikuti dengan sesi regangan selama 15 minit.
Jika anda melakukannya dengan baik badan anda akan lebih bersedia untuk melakukan larian dengan kondisi badan yang sudah alert.
BERTENANG DAN BERNAFAS DENGAN BAIK
Usah terlalu meletakkan tekanan pada diri sendiri. Anda perlu tanang dan kawald egupan jantung agar tidak terlalu berdebar-debar.
Perkara terakhir anda ingin lakukan ialah terlalu tergesa-gesa hingga menyebabkan nafas menjadi tercungap-cungap.
JAGA PACING
Kebanyakan orang terutamannya beginner untuk marathon akan berasa sangat teruja. Dan keterujaan itu sebenarnua datang daripada aliran adernalin yang pantas. Seperti MASKULIN katakan tadi, apa yang penting ialah melakukan larian yang sesuaid engan pacing sendiri dan tidak terlalu menekan.
Letakkan sasaran untuk setiap jarak, sebagai contoh 10 kilometer. Kemudian sambung sasaran seterusnya bagi mengekalkan motivasi diri.
Selamat mencuba!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI