Orang yang berjaya mula dengan visi yang jelas tentang apa yang mereka ingin capai. Begitu juga dengan pelakon popular, Meerqeen yang tampil berkongsi rahsia kejayaannya dan amalan yang dilakukan untuk memperoleh sesuatu di dalam hidup.
Menerusi perkongsian di TikTok milik pengguna bernama Emma, pelakon naskhah Cinta Untuk Sekali Lagi itu mendedahkan dirinya menerapkan amalan memasang matlamat sebagai motivasi diri.
“Saya tak pernah rasa saya dah berjaya tapi rahsia saya dalam perjalanan hidup saya adalah tidak pernah berputus asa. Kena selalu pasang ‘goals’ dalam hidup untuk kita bergerak setiap hari.
“Jadi maksudnya, bila ada ‘goals’ awak akan motivasikan diri sendiri. Benda itu yang saya terapkan sejak sekolah lagi. Saya akan dapatkan apa yang saya mahukan dan apa yang saya ada sekarang.
Ads
“Benda itu jadikan pembakar semangat saya hari-hari. Awak kena ada ‘goals’ lepas itu kena bekerja keras. Kalau kita rasa penat, kita kena fikir orang lain kerja lagi penat daripada kita,” katanya.
Dalam pada itu, bekas pesertsa Hero Remaja itu juga memberitahu dia mempunyai ‘goal board’ meletakkan segala impian yang mengingatkan diri kepada objektif bekerja.
“Macam saya ‘goals’ ni kita punya angan-angan tapi kena letak dekat awak punya ‘goal board’. Saya dekat rumah dalam almari ada ‘goal board’.
Ads
“‘Goal board’ tu contohnya, saya nak sesuatu barang dalam umur tertentu. Contoh umur saya 23, saya cakap saya nak ada jet peribadi. Saya letak dekat ‘goal board’ itu untuk saya bergerak setiap hari tanpa berputus asa,” ujarnya lagi.
Di samping itu, setiap orang perlu memiliki matlamat dalam hidup dan bergaul dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran yang sama dalam hidup untuk berjaya dalam hidup.
Ads
“Semua orang kena ada ‘goals’ sebab untuk motivasikan diri kita setiap hari. Benda itu yang saya terapkan dan duduk dengan orang-orang yang sama dengan awak maksudnya orang-orang yang sama-sama nak berjaya,” tuturnya panjang.
‘Kalau dah jodoh takkan ke mana’. Itulah frasa indah yang sering diungkapkan ramai orang terutamanya dalam soal perhubungan dan percintaan.
Baru-baru ini di Twitter, tular sebuah kisah sahabat baik yang mengakhiri zaman bujang-masing dengan sebuah ikatan perkahwinan.
Kongsi pengguna Twitter yang menggunakan nama Ainsymm, thread tentang kisah hidup Zati Zaini dan Ammar Azlan mendapat lebih 20,000 retweet.
Manakan tidak, netizen kan memang suka benda-benda yang sweet macam ni :
Alhamdulillah, kawan sampai kahwin
Menerusi laman Instagram Zati Zaini, dilihat instafamous berkenaan menulis kapsyen, “Alhamdulillah, kawan sampai kahwin”. Posting berkenaan kini dilihat mencapai lebih 100,000 tontonan sehingga hari ini.
Maklumlah dulu waktu berkawan, cuma panggil aku dan kau sahaja. Selepas berkahwin, panggilan gelaran tersebut perlulah ditukar sedikit agar nampak manja dan romantik.
Mungkin kerana tidak biasa dengan panggilan manja atau sebagainya, Zati seperti kekok ingin memanggil suaminya, Ammar dengan panggilan baharu.
Tulisnya, “Done kahwin. Mar, nak kena panggil abang ke biy ke daddy?”
Paling kelakarnya, dalam proses memanggil pasangan dengan gelaran baharu itu, ada kalanya Zati secara tidak sengaja masih terbiasa dengan bahasa diri ‘aku dan kau’.
Undang rasa ‘bersemut’ dalam kalangan netizen
Rata-rata netizen menganggap situasi yang dialami Zati dan Ammar sebagai sesuatu yang sangat sweet dan ‘bersemut’.
Mana tidaknya, daripada cuma sekadar kawan.. dipermudahkan urusan jodoh untuk mendirikan rumah tangga yang bahagia.
Apa-apa pun, Maskulin ingin mengucapkan tahniah dan semoga berbahagia kepada pasangan pengantin baharu ini, Zati dan juga Ammar.
Kepada pasangan suami isteri di luar sana, ini sekadar gurauan ya. Awas apabila pasangan anda perkenalkan ‘kawan’ berlainan jantina. Takut terkahwin pulak. Hehe!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anak saudara Datuk Hattan, Mikael Hatta merupakan salah seorang pelajar pelajar Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya yang meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Keputusan 9A yang diraih Mikael menjadikan sekolahnya yang khusus pelajar lelaki itu sebagai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik bagi pencapaian SPM 2023, sekaligus membanggakan Hattan sebagai bapa saudara.
Menerusi hantaran klip video di laman Instagram, Hattan kelihatan tidak dapat menahan sebak ketika mengucapkan tahniah kepada anak arwah adiknya itu serta semua rakan seperjuangan yang dikenali dengan nama Warriors1923.
“Mula-mula sekali tahniah kepada Warriors1923 Alam Shah, mereka nombor satu dalam Malaysia.
“Ini anak arwah adik saya Mohd Hatta Shahbuddin. Alhamdulillah dia score dan membanggakan kami sekeluarga,” ujar Hattan.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana reaksi Allahyarham Hatta jika dia masih hidup menyaksikan kejayaan anak lelakinya itu hari ini, demikian luahan Hatttan yang langsung memeluk Mikael di dalam video tersebut.
Video tersebut dirakamkan ketika Hattan turut serta menghadiri hari pengumunan keputusan SPM di sekolah tersebut yang berlangsung pada Isnin di Dewan Putra Perdana SAS.
Untuk rekod, Mikael merupakan salah seorang dari 81 pelajar yang meraih keputusan semua A sekolah tersebut.
Foto: Barisan pelajar Warriors1923 dari Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya yang cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Dengan 14 pelajar lagi yang meraih semua A+, SAS mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 1.07 sekaligus menempatkannya di kedudukan pertama dalam ranking SPB terbaik tidak rasmi, sebuah sejarah baharu bagi sekolah itu.
Sebagai makluman, kumpulan pelajar tingkatan lima SAS yang menduduki SPM pada tahun lalu dikenali dengan nama kumpulan Warriors1923.
Angka 1923 pada nama itu diambil sempena tahun pertama pengajian mereka sebagai pelajar tingkatan satu iaitu 2019, dan tahun akhir pengajian mereka sebagai pelajar tingkatan lima iaitu 2023.
Menunaikan nafkah adalah kewajipan yang mesti dipenuhi oleh suami kepada isteri. Walaupun jumlahnya mungkin tidak banyak, yang utama adalah kesanggupan suami untuk memenuhi tanggungjawab terhadap isteri dengan sempurna.
Pemberian nafkah itu wajib buat isteri. Walaupun nilainya sedikit tetapi apa yang penting dapat melunaskan tanggungjawab kepada isteri.
Jangan nanti rezeki asyik tak cukup disebabkan berhutang nafkah dengan isteri.
Benda paling suami terlepas pandang. HUTANG NAFKAH. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pun tak cukup? Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa?
Hati kusut. Tanya isteri anda, tanya dari hati ke hati. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri. Tanya isteri,adakah dia betul2 halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu?
Percayalah, isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati. Kedua sebab nak elakkan pergaduhan. JANGAN KEDEKUT dengan isteri.
Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri. Perasan tak?? Makan isteri berkira,sampai isteri kena keluarkan duit sendiri. Dalam tak sedar,kita suami dah BERHUTANG dengan isteri.
Isteri memang jenis tak berkira, tapi jangan ambil kesempatan.
Kite tengok isteri tak kisah,kita tahu ke dalam hati dia?
Mak Ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam diorang jaga. Bukan kamu kerah tenaga dia macam BABU. Bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang,malam 24jam tanpa rehat.
Bukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu,kamu nak dia jaga. Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak2 dia akan bagi tak kahwin?
Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul. Atas dunia boleh kite ngelat,tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok2.
Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiin..
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Guru lelaki kongsi kisah sedih, pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.