
Setiap orang diuji dengan cabaran yang berbeza-beza. Depression atau kemurungan telah menjadi satu istilah yang sebati dalam kalangan masyarakat ketika ini tetapi tiada siapa yang tahu kesengsaraan di sebalik penyakit itu
Baru-baru ini, kami terbaca satu thread di Twitter Aiman Amri, iaitu graduan dalam BSc in Psychology dari University of Nottingham, UK. Yang kini berkhidmat sebagai Special Needs Educator di WeCare Allied Health Center. Beliau aktif berkongsi mengenai ilmu pengkajian minda dan tingkah laku manusia menceritakan tentang seriusnya Depression dalam kalangan anak muda.
Mengunakan tweethandle @AimanPsikologis membuat treat berkenaan isu ini melalui 4 hujah utama.
1. Perubahan fasa hidup
2. Quarter life crisis
3. Media sosial
4. Kematangan emosi
Ini perkongsian beliau :
- Fasa Perubahan
Media Sosial
Kenapa Media Sosial
Selamat membaca dan semoga memberi manfaat kepada semua.
Sumber : Aiman Psikologis
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Perempuan Lebih Geram Bila Melihat Lelaki Gemuk

7 Sebab Wanita Lebih Suka Lelaki Gemuk Berbanding Kurus
Macam Teddy Bear – Ramai tidak tahu yang wanita juga punya cita rasa yang berbeza wanita kadang lebih suka kepada lelaki yang gemuk kerana mereka kelihatan seperti teddy bear yang comel dan juga hangat apabila dipeluk.
Comel Dan Best Untuk Dicubit – Lelaki gemuk nampak comel tambah-tambah pipinya, geram betul rasa nak cubit je. Bukan sahaja pipi mereka yang menjadi mangsa, bahagian perut yang gendut juga menjadi tempat untuk dicubit. Saat anda rasa geram ke marah ke boleh la berbuat sedemikian
Tolong Habiskan Makanan – Kebiasaan wanita tidak mampu menghabiskan makanan jika ini berlaku, jangan bimbang kerana teman lelaki anda yang berbadan besar ini boleh menghabiskan makanan anda. Jadi, taklah membazir.
Tidak Memilih Makanan Dan Paksa Diet– Satu lagi perkara yang menyenangkan bila bersama dengan lelaki gemuk ialah mereka langsung tidak cerewet dalam bab makanan, semua boleh diterima dan makan. Bayangkan jika anda sudah berumah tangga nanti, apa yang anda masak diterimanya. Mereka boleh makan apa sahaja dan anda juga boleh menikmati makanan bersamanya tanpa perlu terlalu pikir soal diet!!
Rasa Selamat – Mungkin fizikalnya yang besar menyebabkan wanita rasa selamat berada dengannya. Orang yang ingin ganggu pun rasa takut dengan teman lelaki anda yang punya fizikal besar dan gagah itu, malah lebih selamat dari gangguan orang ketiga, tidak la risau sangat teman lelaki anda dirampas wanita lain..
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Anda Gemuk Air Atau Gemuk Daging?

Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.
Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :
Gemuk Air
• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.
Gemuk Angin
• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.
• Apabila mengambil set ini, akan kerap mengeluarkan angin dan mengalami pening kepala pada peringkat awal.
GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.
Gemuk Daging/lemak
• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin ni kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan
GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.
Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
Harus diingatkan kadar penyerapan makanan oleh usus bersih adalah 75% berbanding 25% sebelum dcuci.
Bagaimana pun ada lagi pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan ataupun menaikkan berat badan.
Kategori Gemuk
1. Gemuk bentuk badan epal
Jenis ini dikenali sebagai kegemukan kawasan perut. Kandungan lemak di sekitar organ boleh menyebabkan pelbagai kelainan metabolik seperti gangguan toleransi glukosa, diabetes, kadar kolesterol dan trigliserida meningkat serta hipertensi.
2. Gemuk berbentuk pear (gynoid obesity pattern)
Jenis ini dikenali sebagai kegemukan di kawasan pinggul dan peha. Umumnya berlaku di kalangan wanita.
Pantang larang
Elak minuman yang berkafein seperti kopi dan Nescafe serta minuman bergas.
Makanan yg berminyak dan berlemak.
Amalkan diet yg seimbang..
Diet bukannya jgn mkn nasi…berlapar etc.. tp diet maksudnya mengambil setiap kandungan karbohidrat, protein, Vitamins & Mineral dengan seimbang.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Doktor Ini Kongsi 5 Perkara Yang Suami Perlu Hadam & Tahu Tentang Isteri Yang Baru Bersalin, Paling Bahaya Penyakit Pulmonary Embolism

Mungkin menjadi setiap momen dan saat paling dinanti oleh setiap pasangan yang telah berkahwin. Peranan kaum suami sangatlah besar ketika isteri sedang dalam proses dn selepas bersalin.
Mereka bukan sekadar peneman, lebih daripada itu anda seharusnya menjadi pembakar semangat agar isteri terus kuat.Ini pengkongsian lelaki ini tentang perkara yang suami perlu tahu tentang isteri yang beru bersalin.
1. Buang air besar dan kecil kali pertama lepas bersalin tu akan sangat sakit pada si dia lebih-lebih lagi dalam keadaan perineum yang jadi sangat sensitif.
2. Walaupun baby dah keluar tapi jangan ingat perut terus kempis macam sebelum mengandung ye. Rahim ambil masa dalam 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal.
3. Rambut banyak gugur masa menyikat dan mandi tapi jangan gelabah. Ni efek daripada hormon estrogen yang mendadak turun je. Biasanya rambut gugur tu akan berhenti dalam 6-12 bulan.
4. Memang boleh berpantang tapi jangan sampai melampau lampau sangat. Sampai ada yang tak bagi si ibu tu minum air putih. Dah la nak kena menyusu lagi. Bukan kita takut tubuh tu jadi dehidrasi je tapi yang paling kita takut kalau sampai terjadi pembekuan darah dalam saluran darah di paru-paru ( pulmonary embolism ) akibat daripada kurang minum air tu sendiri ( dehydration ).
Tanda-tanda Pulmonary Embolism adalah :
- Denyut nadi jadi lebih laju daripada biasa
- Batuk darah
- suhu badan naik
- sesak nafas
Bahaya ke pulmonary embolism ni?
Yup. Sangat bahaya. Boleh sebabkan kematian mengejut!
5. Selepas bersalin, hormon isteri boleh jadi kacau bilau. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba sedih, hati pun rasa redup je dan tiba-tiba nak menangis. Tu mungkin simptom Baby Blues. Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau lepas tu simptom tu masih tak hilang juga memang kena jumpa doktor takut-takut dah jadi Post Partum Depression.
Masa ni la si isteri paling perlukan sokongan suaminya sendiri. Bayangkan betapa banyak luka yang si isteri dah tanggung selama nak lahirkan zuriat si suami kan. Bukan cuma luka kesan koyakan Episiotomy je tapi luka emosi tu sendiri yang lebih dasyat sebab tu la si isteri sangat perlukan tidur, makan dan minum yang cukup dan sokongan emosi yang berterusan daripada suaminya sendiri.
p/s : Tolong sebarkan pada suami isteri yang belum tahu tentang benda ni ye
Sumber : Dr. Taufiq Razif
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI