Rasanya ramai di antara anda membesar dengan permainan yang didapati bersama hidangan Happy Meal dari McDonald’s. Selama 40 tahun, Happy Meal menjadi simbol perkongsian detik-detik kegembiraan untuk keluarga di seluruh dunia.
Bagi memperingati peristiwa penting ini, McDonald’s Malaysia akan melancarkan edisi terhad Surprise Happy Meal, dengan menampilkan beberapa mainan Happy Meal paling popular sejak empat dekad lalu. Surprise Happy Meal boleh didapati di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara mulai 28 November ini, selagi stok masih ada.
“Ia semestinya membangkitkan nostalgia, lebih-lebih lagi para pelanggan yang menyukai Happy Meal semasa zaman membesar mereka,” kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.
Sejak ia mula diperkenalkan pada Jun 1979 di Amerika Syarikat, Happy Meal telah berkembang ke lebih 38,000 restoran di lebih 100 buah negara di seluruh dunia – dengan mainan ikonik kekal sebagai simbol kejutan, keceriaan dan kegembiraan.