Photo 4

Rasanya ramai di antara anda membesar dengan permainan yang didapati bersama hidangan Happy Meal dari McDonald’s. Selama 40 tahun, Happy Meal menjadi simbol perkongsian detik-detik kegembiraan untuk keluarga di seluruh dunia.

Bagi memperingati peristiwa penting ini, McDonald’s Malaysia akan melancarkan edisi terhad Surprise Happy Meal, dengan menampilkan beberapa mainan Happy Meal paling popular sejak empat dekad lalu. Surprise Happy Meal boleh didapati di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara mulai 28 November ini, selagi stok masih ada.

McDonald’s Sambut Ulang Tahun Ke-40 Happy Meal Dengan Kemunculan Semula Mainan Ikonik“Kami sangat teruja membawa rakyat Malaysia mengimbas kembali detik-detik manis dengan mainan-mainan paling ikonik Happy Meal pada masa lalu, seperti Beanie Babies dan Tamagotchi. Kanak-kanak mahupun orang dewasa pasti seronok dengan kemunculan kembali mainan dari era 1980-an dan 1990-an ini.

IKLAN

“Ia semestinya membangkitkan nostalgia, lebih-lebih lagi para pelanggan yang menyukai Happy Meal semasa zaman membesar mereka,” kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.

IKLAN

Sejak ia mula diperkenalkan pada Jun 1979 di Amerika Syarikat, Happy Meal telah berkembang ke lebih 38,000 restoran di lebih 100 buah negara di seluruh dunia – dengan mainan ikonik kekal sebagai simbol kejutan, keceriaan dan kegembiraan.

IKLAN

McDonald’s Sambut Ulang Tahun Ke-40 Happy Meal Dengan Kemunculan Semula Mainan IkonikSetiap Surprise Happy Meal akan mengandungi salah satu mainan koleksi dan edisi terhad berikut, yang pastinya amat dekat di hati pelanggan-pelanggan kami sejak sekian lama:

  • Cowboy McNugget (McDonald’s): 1988
  • Fireman McNugget (McDonald’s): 1988
  • McNugget Carrier Mail (McDonald’s): 1988
  • Hamburger Changeable (McDonald’s): 1989
  • Grimace (McDonald’s): 1990
  • Dino Happy Meal Box Changeable (McDonald’s): 1991
  • McDonald’s Hot Wheels Thunderbird (Mattel): 1993
  • Hamburglar (McDonald’s): 1995
  • Space Jam Bugs Bunny (Warner Brothers): 1996
  • Patti the Platypus (Ty Beanie Baby): 1997
  • Tamagotchi (Bandai): 1998
  • My Little Pony (Hasbro): 1998
  • Furby (Hasbro): 1999
  • Hello Kitty (Sanrio): 2013
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI