Generasi kedua Mazda CX-5 rasmi dilancarkan ke pasaran tempatan. Pelancaran model pemasangan tempatan (CKD) di kemudahan Inokom Corporation di Kulim, Kedah itu tampil dengan imej lebih garang dan tajam.
Selain itu, CX-5 serba baharu menampikan pelbagai ciri teknologi dan keselamatan termaju.
Berikut, enam perkara perlu anda ketahui tentang CX-5 serba baharu.
1) LIMA PILIHAN VARIAN
-2.0L GL SKYACTIV-G (petrol): RM134,605.50
-2.0L GLS SKYACTIV-G (petrol): RM148,605.50
-2.5L GLS SKYACTIV-G (petrol): RM160,996.70
-2.2 GLS SKYACTIV-D 2WD (diesel): RM164,579.10
-2.2L GLS SKYACTIV-D AWD (diesel): RM175, 179.10
2) DUA PILIHAN ENJIN SKYACTIV PETROL & DIESEL
Model CX-5 didatangkan dengan dua enjin iaitu petrol dan diesel yang mana semua varian menggunakan enjin SkyActiv DOHC 16-valve 4-silinder. Versi petrol didatangkan dengan teknologi VVT.
CX-5 didatangkan dengan enjin bersesaran 2.0 liter, 2.2 liter dan 2.5 liter.
Varian 2.2L GLS SKYACTIV-D AWD (diesel) adalah satu-satunya varian CX-5 yang menawarkan sistem AWD. Varian lain ialah versi 2WD. Sementara, hanya varian petrol didatangkan dengan mod pemanduan sport.
3) SISTEM INFOTAINMENT LENGKAP
Masuk ke kabin, model tersebut menerima peralatan infotainment lengkap untuk semua varian antaranya Sistem Infotainment M2D Connect dengan Arahan Suara, paparan skrin sentuh warna penuh 7-inci, Kawalan Arahan Multi Fungsi, radio AM/FM, auksiliari, sambungan Bluetooth, pemain CD dan MP3, pembesar suara, sistem navigasi GPS (tiada untuk 2.0L GL), empat soket USB dan kamera undur jarak dan garis panduan lebar.
4) CIRI KESELAMATAN STANDARD
Dari segi keselamatan, CX-5 serba baharu dilengkapi dengan enam beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), Agihan Tekanan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Signal Berhenti Kecemasan (ESS), Bantuan Penghidup Bukit dan lain-lain lagi.
5) VARIAN DIESEL PALING PREMIUM
Menarik mengenai CX-5 serba baharu, varian diesel ialah versi paling premium yang bukan saja dari segi harga, tetapi juga spesifikasi yang ditawarkan. Kedua-dua varian diesel tampil dengan ciri keselamatan penuh sebagai ciri standard. Malah dilengkapkan teknologi keselamatan termaju yang hampir lengkap seperti Lampu Utama LED Adaptif (ALH), Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Sistem Amaran Tukar Lorong (LDWS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LAS), Amaran Perhatian Pemandu (DAA) dan Sokongan Brek Bandar Pintar (SCBS) depan dan belakang. Cuma ciri Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS) tiada untuk varian diesel.
6) WARNA BAHARU
Soul Red Crystal, Machine Grey, Snow Flake White Pearl Mika