Punca Masalah Mata Kering?

Mata kering boleh disebabkan oleh berbagai-bagai faktor termasuk :

1. Perubahan hormon menyebabkan ketidakstabilan komposisi pada air mata

2. Peningkatan usia – pengeluaran airmata dan pengurangan minyak akan menurun boleh menyebabkan air mata cepat tersejat.

3. Keadaan kelopak mata yang disebut penyakit kelenjar Meibomian.

4. Penggunaan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mata kering,

5. Membaca terlalu lama menyebabkan tekanan pada mata dan mata kurang berkedip

6. Merokok juga boleh mengganggu kelembapan lensa mata/kornea

7. Menonton televisyen dan penggunaan komputer dalam tempoh yang lama akan mengganggu dan mengurangkan jumlah kedipan pada mata

IKLAN

8. Terdedah terlalu lama dalam persekitaran berhawa dingin (penyaman udara)

9. Kerap memakai kanta lekap/sentuh akan menyerap air mata dan menutup kornea

10. Kurang makanan berzat terutama untuk nutrisi mata seperti vitamin A dan minyak ikan yang mencukupi.

Mata Kerap Gatal-Gatal? Ini 10 Punca Mata Anda Kering Dan Pedih

IKLAN

Tanda mata kering

  • Rasa gatal
  • Mata merah
  • Silau terutama di waktu malam
  • Mata cepat penat.
  • Mata bertahi
  • Terasa seperti berpasir
  • Penglihatan kabur
  • Mata berair

Cara Mengatasi Mata Kering

#1. Cukup tidur – Mata juga memerlukan rehat yang cukup. Pastikan kita tidur cukup untuk jaga kesihatan mata. Kekurangan tidur juga boleh mengundang masalah mata letih, kering dan merah.

#2. Kawal penggunaan kanta lekap, pakai kacamata – Waspada dengan tarikh luput kanta lekap kita kerana ia boleh mengganggu kelembapan semulajadi mata dan boleh menyebabkan mata kering dan merah. Tahap kebersihan juga perlu diutamakan terutama tangan yang memegang kanta lekap, pastikan ia betul-betul bersih untuk elak jangkitan kuman pada mata.

#3. Elakkan tabiat menggaru mata – Seringkali mata kering boleh menimbulkan rasa gatal dan tidak selesa, elakkan daripada menggaru mata kerana boleh menyebabkan tisu mata kita rosak dan mata menjadi lebih perit.

#4. Hadkan penggunaan penyaman udara – Jika kita bekerja di persekitaran yang ada penyaman udara setiap hari, risiko untuk mendapat mata kering sangat tinggi. Ini kerana kualiti udara daripada penyaman udara yang berlebihan akan menyebabkan mata kering dengan cepat.

IKLAN

#5. Elak menghadap komputer terlalu lama – Rehatkan mata menggunakan formula 20-20-20 iaitu setiap 20 minit rehatkan mata dan pandang jarak yang jauh seeloknya pokok yang menghijau selama 20 minit.

#6. Mengambil vitamin A yang cukup – Vitamin ini sangat penting untuk bantu kesihatan mata dan mengelakkan mata kita daripada rabun dan kering. Amalkan jus buah-buahan yang tinggi vitamin A

#7. Tingkatkan pengambilan Omega 3 yang cukup. Penting untuk kesihatan mata – Tiga unsur air mata normal iaitu air, lendir dan minyak. Kekurangan 3 unsur ini akan menyebabkan kualiti air mata terganggu. Pengambilan minyak ikan dan Omega 3 (EPA dan DHA) yang cukup boleh mengurangkan risiko mata kering. Mata kering paling banyak terjadi disebabkan kekurangan kandungan minyak di dalam air mata akibat proses penyejatan dan penguapan.

#8. Amalkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari – Air yang cukup sangat penting untuk badan kita bekerja dengan baik. Kekurangan air dalam badan antara sebab mata mudah menjadi kering dan merah.

#9. Berhenti merokok – Merokok boleh menyebabkan mata menjadi kering dan tidak selesa. Risiko mendapat katarak juga tinggi. Kesan yang lebih buruk boleh menyebabkan kebutaan secara tiba-tiba kerana membahayakan pembuluh darah retina.

 

SUMBER : DIARINUTRISI

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI