Mat Redho, seorang figura yang dikenali ramai dalam dunia hiburan dan cabaran ekstrem, kini memegang peranan penting dalam program Who’s Your Bro sebagai Game Master.
Berbeza dengan penyertaan beliau dalam program-program seperti Fear Factor dan Real Man Wira Merah di mana beliau pernah menjadi peserta, kali ini peranan Mat Redho adalah berbeza.
Peranan Mat Redho Sebagai Game Master
Dalam ‘Who’s Your Bro’, Mat Redho bukan sahaja memimpin cabaran tetapi juga terlibat secara langsung dalam setiap aspek penggambaran.
“Sebagai Game Master, saya perlu turun padang waktu shooting, mengumumkan keputusan peserta, memberi penerangan tentang peraturan serta menyerahkan tugasan kepada peserta,” ujar Mat Redho.
Selain itu, beliau turut berperanan sebagai komentator bersama dengan barisan komentator lain seperti Hariz Hamdan, Siti Khadijah dan Dr. Say.
“Kami semua memberikan ulasan dan analisis yang membantu menambah intensiti dalam setiap cabaran, sambil memberi pandangan tentang prestasi peserta,” tambahnya.
Mentaliti Peserta Adalah Cabaran Terbesar dalam Who’s Your Bro
‘Who’s Your Bro’ penuh dengan cabaran yang tidak hanya menguji kekuatan fizikal tetapi juga ketahanan mental peserta.
Ads
Menurut Mat Redho, cabaran terbesar yang dihadapi dalam penggambaran adalah masalah mentaliti dalam kalangan peserta.
“Dalam hati peserta, kadang-kadang ada perasaan membuak-buak dan membara dengan ahli sendiri, terutama apabila ada salah faham atau tekanan,” katanya.
Mat menjelaskan bahawa dalam pertandingan berpasukan, ada kalanya peserta lebih suka menyalahkan rakan pasukan mereka apabila kesilapan berlaku.
Bagi Mat, cabaran individu lebih menarik kerana ia memberi kebebasan kepada setiap peserta untuk bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri.
Ads
Foto : Boom! Malaysia
Cabaran Hardcore dan Ekstrem Seperti Fear Factor dan Wira Merah
Sebagai seseorang yang berpengalaman dalam cabaran ekstrem, Mat Redho pernah menyertai Fear Factor, Ninja Challenge League, SASUKE Vietnam dan Wira Merah.
Pengalaman ini memberinya pandangan yang berharga tentang bentuk cabaran yang diperlukan dalam ‘Who’s Your Bro’.
Namun, beliau menjelaskan bahawa cabaran dalam Who’s Your Bro lebih berbeza kerana ia menggabungkan pelbagai elemen cabaran dalam satu program.
“Ada cabaran yang memerlukan peserta merangkak, bermain air dan mengatasi ketakutan. ‘Who’s Your Bro’ menggabungkan elemen-elemen yang sangat mencabar dan cabaran-cabaran ini tidak semua orang boleh buat. Ada yang mungkin boleh buat, tetapi mereka perlu mengambil masa,” katanya.
Ads
Selain itu, beliau turut menyentuh tentang elemen kelajuan dalam ‘Who’s Your Bro’. “Cabaran dalam Who’s Your Bro lebih intensif. Ia melibatkan masa dan kelajuan setiap peserta diberi masa tertentu untuk menyelesaikan tugas. Jika kalah, balik! Kalau menang, menang!” tambah Mat.
Menurut Mat Redho, keunikan ‘Who’s Your Bro’ terletak pada kombinasi cabaran-cabaran yang ada dalam program lain tetapi lebih intensif.
Jika anda pencinta cabaran ekstrem, ‘Who’s Your Bro’ adalah program yang wajib ditonton untuk melihat siapa yang benar-benar mampu mengatasi segala rintangan yang ada dan siapa yang akan pulang dengan tangan kosong.
Menurut pelakon dan influencer terkenal, Imran Aqil, program realiti Who’s Your Bro yang diterbitkan oleh Astro membawa kelainan dan mencipta satu fenomena baharu dalam dunia hiburan Malaysia.
Sebagai program televisyen pertama bertemakan fitness, Imran memuji usaha Astro memperkenalkan konsep ini yang memberi inspirasi kepada penonton dari pelbagai latar belakang.
“Bila tengok peserta dari latar belakang berbeza ada doktor, anggota tentera, malah rider dispatch, ia menunjukkan bahawa sesiapa sahaja boleh kekal fit jika berusaha,” kata Imran.
Beliau percaya bahawa program ini mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan kecergasan.
Cabaran yang Menguji Mental dan Fizikal
Imran turut mengulas tentang cabaran yang dilalui para peserta dalam program tersebut.
Sebagai penonton, beliau mengakui bahawa halangan yang disediakan sangat mencabar dan memenatkan.
“Bila tengok mereka berjaya selesaikan cabaran, rasa terpegun. Pada mulanya saya ingat ada peserta seperti ‘pretty boy’ atau badan besar tak boleh buat, tapi rupanya mereka lebih daripada itu. Saya salute komitmen dan semangat kental mereka,” katanya.
Kejayaan peserta menyelesaikan cabaran yang sukar telah membuka mata Imran bahawa kemampuan seseorang tidak boleh dinilai secara luaran sahaja.
Baginya, semangat juang peserta adalah sesuatu yang wajar dicontohi oleh semua.
Sokongan Buat Kawan-Kawan
Imran turut menyatakan sokongan terhadap dua peserta kegemarannya, Ikmal Amry dan Hakimi Noordin, yang juga merupakan kenalannya.
“Saya ada dua orang kawan dalam program ini, jadi memang saya sokong mereka berdua setakat ini,” ujarnya sambil berharap mereka dapat terus memberikan persembahan terbaik dalam setiap cabaran.
Imran Aqil percaya bahawa program seperti Who’s Your Bro bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi impak positif kepada masyarakat.
Penonton di rumah dapat mengambil inspirasi daripada peserta untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental.
Usaha Astro ini disifatkan sebagai satu langkah progresif dalam dunia penyiaran tempatan.
Who’s Your Bro membuktikan bahawa kecergasan bukan sekadar tentang fizikal, tetapi juga tentang semangat, keazaman dan kemampuan untuk mengatasi cabaran. Program ini pasti akan terus mencuri tumpuan ramai!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Tidak dapat dinafikan, episod ketujuh program ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ (WYB) telah menghidangkan aksi penuh mendebarkan dengan cabaran ‘Capture the Boat’.
Dalam episod ini, gandingan mantap Ikmal dan Dr Shazif berjaya membuktikan kehebatan mereka sekali lagi, memahat nama sebagai pemenang episod ini dengan strategi, kekuatan, dan semangat yang luar biasa!
Berbekalkan pengalaman sebagai penyelam dengan latar belakang menyelamat, Dr Shazif tampil hebat melakukan misi di Checkpoint A.
Tugasnya? Menyelam ke dasar air, membuka kunci dan mangga dalam tempoh masa yang paling pantas.
Dengan fokus dan ketangkasan, beliau menyelesaikan misi itu tanpa cela – satu aksi yang memukau semua penonton dan memberi momentum besar kepada gandingan ini.
TERUSKAN MOMENTUM
Sementara itu, Ikmal pula mengambil alih tugasan menarik bot ke pesisir pantai. Dengan kekuatan upper body yang mengagumkan, beliau menunjukkan bahawa otot bukan sekadar hiasan.
Usahanya yang gigih menambah kelebihan besar kepada pasukan mereka. “Saya yakin kekuatan saya dapat bantu kami menang, dan ternyata strategi ini berhasil,” ujar Ikmal dengan senyuman puas.
Menurut Dr Shazif, strategi mereka mudah tetapi efektif. “Kami bersepakat untuk bermain mengikut kekuatan masing-masing.
“Saya fokus pada kelajuan, dan Ikmal pula dengan tenaga untuk tugas menarik bot. Ketika menggali pasir untuk mencari guni, kami lakukan bersama. Bila jumpa, lunges cepat-cepat untuk menamatkan cabaran,” jelasnya.
Ikmal turut menambah bahawa chemistry antara mereka kini semakin baik. “Bila kami semakin memahami gaya masing-masing, semuanya jadi lancar. Kami tak perlu terlalu banyak berbincang; semuanya seperti berjalan sendiri,” katanya sambil tersenyum.
CABARAN PELBAGAI ELEMEN
Episod ketujuh ini jelas membuktikan bahawa Who’s Your Bro bukan sekadar pertandingan kecergasan biasa.
Variasi cabaran yang melibatkan pelbagai elemen – dari menyelam, menarik, hingga menggali – menjadikan setiap episod lebih mencabar.
Program realiti kecergasan terbaharu, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ (WYB), kini memasuki episod keempat dengan penuh debaran.
Episod terdahulu menyaksikan dua peserta, Faidzal, yang dikenali sebagai ‘Abang Nasi Lemak’, dan Kelvin, seorang pempengaruh kecergasan, terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas tersingkir dalam cabaran penyingkiran.
Kehilangan mereka meninggalkan kesan mendalam kepada 10 peserta lain. Saddam menggambarkan Kelvin sebagai seorang yang pendiam tetapi berisi dengan semangat yang tinggi.
“Dia sangat-sangat ramah, Kelvin dia macam pendiam sikitlah tapi diam-diam dia berisi. Semangat dia memang bagus,” kata Saddam tentang Kelvin.
Nad pula memuji sifat mesra Faidzal, menyatakan bahawa beliau antara orang pertama yang mesra dalam masa singkat dan sering berkomunikasi untuk berbincang bersama.
“Faidzal ni dia sangat friendly, dia antara orang yang first yang tak sampai dua minit dah macam kawan lama. Dia juga antara peserta yang selalu teks saya, mesej tanya dan bincang sama-sama,” tambahnya.
CABARAN MENANTI
Pemergian dua peserta ini pastinya dirindui, namun ia juga menyuntik semangat yang lebih padu dan berdaya juang kepada peserta yang masih bertahan.
Mereka kini lebih berazam untuk menghadapi cabaran seterusnya dengan tekad yang tinggi.
Dalam episod keempat, para peserta dibawa ke kawasan sawah padi untuk menghadapi ujian stamina yang luar biasa.
Selepas mengharungi sungai dan memotong kayu balak dalam episod lalu, cabaran kali ini dijangka lebih mencabar, menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.
Pemenang cabaran episod lalu, Saddam dan Asyraf, dijangka akan meneruskan kecemerlangan mereka dalam episod kali ini.
Namun, persoalannya, adakah pasukan ini akan terus dikekalkan atau dipisahkan? Mampukah peserta lain memberikan saingan dan kejutan yang lebih hebat?
Adakah akan ada lagi penyingkiran dalam episod ini? Segala persoalan ini bakal terjawab dalam episod keempat yang pastinya penuh dengan aksi dan drama.
Jangan lupa saksikan ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ episod 4 pada Jumaat, 20 Disember jam 9 malam di Astro Ria. Siapa bro, siapa lawan? Semuanya akan terungkai dalam episod yang mendebarkan ini.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program ini, layari laman rasmi MASKULIN di laman sesawang Maskulin.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.