Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Cara Kurangkan Sendawa Melampau
PERNAH TAK JUMPA KAWAN YANG KERAP SANGAT SENDAWA. ANGIN MEMBUATKAN DIA KURANG SENANG DAN KITA JUGA KURANG SELESA DENGAN CARA MEREKA MELEPASKAN ANGIN TERSEBUT. INI 5 CARA YANG BOLEH ANDA SYORKAN KEPADA RAKAN MAHUPUN DIRI ANDA SENDIRI.
MENUKAR JENIS MAKANAN
Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Pesakit perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.
UBAT-UBATAN
Ubat-ubatan seperti antasid, simethicone dan activated charcoal yang boleh didapati di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang mengambil makanan yang biasanya menghasilkan angin.
KURANGKAN GULA-GULA GETAH
Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.
HINDARI MAKANAN YANG MENGHASILKAN ANGIN
Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks manakala bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktos.
Laktos ialah gula semula jadi yang terdapat pada susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim. Fruktos banyak terdapat pada bawang, buah pear dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.
Sorbitol diperoleh secara semula jadi daripada buah-buahan termasuk epal, pear, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah. Kanji kebanyakannya didapati pada kentang, jagung dan gandum yang mana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar. Beras adalah satu-satunya makanan berkanji yang tidak menghasilkan angin.
UBATAN DAN URUTAN
Selain pengambilan ubatan yang sesuai bagi mengurangkan masalah angin sama ada dengan bertemu doktor, teknik urutan juga satu daripada kaedah yang dapat membantu rawatan masalah angin.
Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia pastinya memberikan kelegaan kepada penghidapnya.
“Masalah angin ini sekiranya tidak dirawat atau diurut dengan betul bukan saja menyebabkan rasa tidak selesa malah boleh menjadi punca rasa kesakitan atau bisa pada badan atau tempat yang bermasalah itu.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Poket Kecil Seluar Jean, Ini Sebenarnya Fungsi Asal Ia Diperkenalkan
Poket kecil seluar jean merupakan salah satu bahagian di seluar jean yang pasti ada walau apapun jenamanya.
Bercakap tentang ini rasanya agak mustahil untuk seorang lelaki moden pada zaman sekarang untuk tidak sekurang-kurangnya sehelai seluar jean dalam almari.
Seluar jean kini menjadi salah satu item pakaian yang sudah sinonim dengan kehidupan harian terutamanya seorang lelaki. Selain tahan lasak ia juga memberikan pelbagai dimensi gaya buat seorang lelaki tampil kacak.
PENGGUNAAN POPULAR
Buat anda yang sering memakai seluar jean pasti perasan akan kewujudan poket yang kebiasaannya terletak di bahagian atas poket kanan seluar. Tidak kisahlah jenama apa sekali pun kebanyakan seluar jean pasti akan disertakan dengan poket kecil ini.
Umum pasti beranggapan bahawa poket kecil ini dicipta untuk menyimpan duit syiling. Tapi sebenarnya kita pun agak bergelut untuk mengeluarkan syiling yang disimpan di dalam poket kecil itu.
Poket kecil di seluar jean ini dikatakan telah mula diperkenalkan pada tahun 1879. Ia satu jangka masa yang sangat lama. Jadi tidak hairanlah kenapa ramai yang tidak tahu asal-usul ia diperkenalkan.
Poket kecil yang dianggap sebagai ruang menyimpan syiling ini juga pernah diberi gelaran sebagai ‘poket tiket’, di mana pengguna menyimpan tiket konsert atau panggung wayang.
Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya poket kecil tersebut pada asalnya diberi gelaran ‘watch pocket’ atau poket jam. Pada era dahulu kebanyakan koboi di Amerika Syarikat menyimpan jam poket di dalam poket seluar kecil tersebut.
Malah ia memang diperkenalkan untuk meyimpan jam poket dengan saiznya yang cukup sempurna untuk penyimpanan. Selain koboi pekerja lombong juga menyimpan jam poket mereka sepanjang masa.
Mereka tidak menggunakan jam tangan kerana kerja-kerja lasak yang dilakukan. Dan jam poket merupakan trend yang sangat popular pada era tersebut. Jam poket yang disimpan di dalam poket kecil itu boleh diambil dan disimpan dengan cukup mudah.
Itulah sebenarnya asal-usul poket kecil yang terdapat di hampir kesemua seluar jean yang diperkenalkan di pasaran hingga sekarang.
Jika anda ingin mencari seluar jean murah boleh dapatkan di sini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
10 Trik Mudah Nak Elak Kaki Sakit & Melecet Bila Pakai Kasut Baru Raya Ini!
Selalunya bila anda memakai kasut baru, mesti kaki melecet, rasa pedih di hujung jari ataupun di belakang tumit. Lagi-lagi kalau kaki anda jenis ‘kembang’, makin sakit kaki dibuatnya.
Pasti anda pernah mendengar petua lama untuk mengelak kasut ‘menggigit’ tuannya, iaitu dengan menggigit bahagian belakang kasut baru. Kini anda tak perlu lagi nak gigit belakang kasut kerana 10 trik mudah ini boleh elak kaki melecet.
1. Pakai plaster
Mungkin cara ini paling biasa, namun cara inilah paling mujarab untuk mengelak kaki melecet. Tampalkan siap-siap plaster di bahagian yang anda jangka akan melecet terutamanya di belakang tumit kaki. Pastikan plaster luka anda lebih besar daripada zon geseran agar plaster itu tidak bergerak.
2. Tabur bedak talkum
Geseran akan berkurangan kerana adanya permukaan lembut yang mengurangkan potensi untuk kaki melecet. Jika anda memakai kasut tanpa stoking, cara mujarab ialah dengan menaburkan bedak di dalam kasut. Bukan sahaja elak kaki melecet, kasut dan kaki anda pun berbau wangi.
3. Sapu deadoran di kaki
Selain ketiak, deodoran juga boleh digunakan pada kaki untuk mencegah kaki melecet. Elak pakai jenis semburan, sebaliknya anda pakai deodoran jenis roll-on untuk melicinkan permukaan.
4. Masukkan bungkusan air ke dalam kasut
Anda juga boleh masukkan bungkusan air ke dalam kasut baru. Kemudian masukkan kasut ke dalam ruang sejuk beku selama satu malam agar air tadi bertukar menjadi ais. Ia bertujuan untuk mengembangkan bahagian kasut baru yang ketat. Jadi, keesokkan harinya kasut baru anda rasa lebih selesa apabila anda menyarungkannya.
7. Alkohol dan kertas
Semburkan alkohol pada bahagian kasut yang ketat supaya ia basah. Kemudian masukkan seberapa banyak mungkin kertas renyuk ke dalam kasut. Keluarkan kertas tersebut pada waktu pagi dan pakai kasut tadi supaya ia boleh mengambil bentuk kaki anda.
8. Krim pelembap
Kaedah ini hanya sesuai untuk kasut yang diperbuat daripada kulit asli. Sapukan krim pelembap di dalam kasut terutamanya pada bahagian tumit dan jari kaki. Krim pelembap ini akan melembutkan kulit kasut. Apabila anda memakai kasut pada keesokkan harinya, kasut akan membentuk mengikut saiz kaki anda.
9. Kentang
Helah ini dapat membantu untuk meluaskan kasut sukan ataupun loafers. Masukkan kentang yang bersih ke dalam kasut dan biarkan semalaman. Kentang tidak akan meninggalkan sebarang bau, namun untuk memastikan anda tidak mempunyai sebarang sisa kentang di dalam kasut pastikan anda lap dengan kain lembap.
10. Tukang kasut
Ini merupakan pilihan yang boleh anda percayai. Kebanyakkan tukang kasut memiliki peralatan khas untuk mengubah suai kasut anda mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, tukang kasut boleh meregangkan kasut supaya ia tidak lagi menyakitkan kaki anda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI