
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
4 Langkah Dapatkan Back Muscles Macam Norman Hakim

BACK MUSCLES
Di samping membentuk belakang badan yang cantik berkepak, kestabilan seluruh otot badan sebenarnya sedikit sebanyak bergantung pada otot bahagian belakang badan. Kukuhkan ia supaya dapat menyokong otot-otot anggota badan yang lain dengan lebih sempurna.
STEP 1 : Front Chin Up
- Mula bergayut pada batang bar sambil kaki dalam posisi bengkokkan 45 darjah.
- Seperti biasa , tarik nafas terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa sesi.
- Semasa mengangkat bebanan, harus menghembus nafas dan sebaliknya.
- Ulang 3 set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama, 12 kali ulangan bagi set kedua dan menurun kepada 10 kali ulangan pada set ketiga.
STEP 2 : Bent Over-Row
- Bongkok 45 darjah, muka memandang hadapan, kedua tangan sedia menggenggam.
- Kemudian tarik nafas dan angkat bebanan sehingga ke paras pusat, posisi kaki masih dalam kondisi 45 darjah. Hembus nafas ketika menurunkan bebanan.
- Lakukan di hadapan cermin. Pastikan posisi kaki kekal sepanjang sesi.
- Ulang tiga set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama ; 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga.
STEP 3 : Seated Row
- Sebelum menarik kabel, pastikan kedudukan kaki dan pinggang anda selesa.
- Tarik kabel sehingga badan melentik sedikit ke belakang, ketika ini hembus nafas.
- Lepas kabel sehingga badan membongkok sedikit ke hadapan, ketika ini tarik nafas.
- Rasakan kontraksi otot bahagian belakang sepanjang sesi.
- Ulang tiga set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama, 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga.
STEP 4 : Lat Pulldown (Front)
- Selesakan kedudukan, lentikkan badan terlebih dahulu sambil muka memandang atas.
- Pegang batang di tahap paling maksimum atau paling hujung.
- Kepakkan belakang badan.
- Sama seperti sesi terdahulu, hembus nafas ketika menarik bebanan dan tarik nafas ketika melepaskan bebanan. Rasakan kontraksi di setiap tarikan kabel.
Ulang tiga set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama ; 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kerana Fanatik Dengan Kereta Sejak Kecil, Lelaki Ini Mahu Mayatnya Dikebumikan Didalam Keranda Kereta

Ini la yang dinamakan hobi hingga ke akhir hayat, seorang lelaki yang meninggal dunia tidak dikebumikan dalam keranda, sebaliknya mayatnya diletakkan dalam kereta. Mungkin kita sering mendengar tentang wasiat yang ditinggalkan seseorang sebelum meninggal dunia. Tapi wasiat yang ditinggalkan oleh lelaki ini memang betul-betul rare.
Dalam kejadian di utara China, tindakan ini dilakukan kerana wasiatnya, menurut laporan.
Menurut laman web Kankan News, Qi, seorang lelaki pencinta kereta dari bandar Baoding, wilayah Hebei telah meminta dirinya dikebumikan di dalam kereta jenis Hyundai Sonata berwarna perak miliknya, apabila dia meninggal dunia, laporkan laman berita Sohu pada Rabu.
Dalam video yang disiarkan di Weibo, kereta itu kelihatan digantung dengan tali sebelum perlahan-lahan diturunkan ke dalam lubang kubur yang besar dari saiz biasa.
Penduduk kampung hanya menyaksikan upacara itu, dengan beberapa orang daripada mereka membantu menahan kenderaan itu ketika ia diletakkan di dalam lubang.
Video itu telah dilihat lebih 1.6 juta kali pada petang Khamis.
“Ia adalah permintaannya, yang mana dia menyatakan mayatnya tidak memerlukan keranda, hanya guna keretanya untuk dikebumikan,” kata seorang penduduk yang tidak didedahkan identitinya dalam video tersebut.
“Dia minat kereta sejak kecil.”
Pengguna Weibo membanjiri ruangan komen.
“Nasib baik si mati hanya minat dengan kereta,” tulis seorang pengguna.
“Saya minat pesawat, apa yang akan saya lakukan?” kata seorang lagi, sementara pengguna ketiga bergurau: “Minta pemilik kubur bawa lesen memandu, polis sangat tegas sejak akhir-akhir ini.”
Ramai yang telah membuat spekulasi tentang apa yang akan berlaku jika kereta itu digali suatu hari nanti. -South China Morning Post
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Netizen Teruja Hafizul Kamal Tampil Lebih Tegap & Kacak, Sado Hanya Dalam Masa 6 Minggu Je

Baru-baru ini netizen teruja dengan perubahan ketara bentuk badan pelakon Hafizul Kamal yang lebih kacak dan sado. Menerusi salah sebuah perkongsian Hafizul di laman Instagram miliknya, selebriti yang dilahirkan menerusi program realiti On-Air itu berkongsi mengenai perubahan bentuk badan yang dialaminya.
“Saya hanya ada enam minggu untuk siapkan badan saya sebelum shooting filem Paskal. Tak hebat mana tapi itu lah enam minggu wei.
“Ini tanggungjawab, takkan badan barai nak bawak nama Paskal. Tak besar pun kalau tgk live sbb anggota sebenar pun badan super lean,” tulis Hafizul.
A post shared by Pijot (@hafizulkamal) on
Di ruang komen, rata-rata peminat memuji penampilan Hafizul yang kelihatan semakin tegap dan sado. Peminat juga memberikan kredit kepada Hafizul atas kesungguhannya untuk melakukan transformasi bagi menjayakan watak Bintara Muda Imran dalam filem Paskal. Filem tersebut mengetengahkan perjuangan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
usteru, Hafizul bersyukur kerana dia mampu mendapatkan ‘kesasaan’ yang diinginkan hasil disiplin yang tinggi atas bantuan jurulatih kecergasan peribadi, Mohd. Khairi hanya dalam tempoh enam minggu.
Selain Hafizul, pelakon lain yang membintangi Paskal ialah Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.
Filem terbitan bersama Asia Tropical Films, Golden Screen Cinemas serta Multimedia Entertainment itu mendapat kerjasama sepenuhnya dari TLDM dan dikatakan menelan belanja kira-kira RM10 juta.
Sumber : Instagram Hafizul Kamal
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI