‘MASKULIN Who’s Your Bro’, program realiti TV yang mengetengahkan cabaran kecergasan fizikal dan mental bakal memasuki episod yang kedua yang akan ditayangkan esok.
Selain itu, program realiti terbaharu turut memaparkan semangat persaudaraan, serta menguji ketahanan emosi menerusi pelbagai cabaran ekstrem.
Disiarkan di Astro Ria setiap Jumaat jam 9 malam bermula 29 November, rancangan ini membawa kelainan dengan mengetengahkan para peserta lelaki luar biasa dari pelbagai latar belakang, masing-masing dengan kisah hidup yang penuh inspirasi.
Namun tahukah anda bahawa peserta-peserta ini mempunyai latar belakang kerjaya dan juga kemahiran yang cukup berbeza?
Perjalanan Hidup Peserta Maskulin Who’s Your Bro
Saddam Pittli (33 tahun)
Tentera dan atlet nasional ini pernah membawa pulang pingat perak dan gangsa di Sukan SEA, serta menduduki tempat ke-16 dunia larian menara.
Kehidupannya penuh perjuangan, bermula dari tidur di hentian bas hingga mencapai status atlet elit. Saddam membawa semangat daya tahan dan kegigihan dalam pertandingan ini.
View this post on Instagram
Leong Chee Wai (30 tahun)
Pemilik pusat kecergasan terkenal di ibu kota ini membuktikan bahawa kegagalan bukanlah pengakhiran.
Pernah gagal akademik di luar negara, Chee Wai kini berjaya mengubah hidupnya melalui kecergasan dan dedikasi.
View this post on Instagram
Muhammad Nurhakimi Mohd Noordin (24 tahun)
Peserta paling muda dalam rancangan ini, Hakimi merupakan model sambilan, pemain bola sepak profesional dan aktivis larian.
Dengan ketinggian 185 cm, dia membawa kecekapan atletik serta semangat juang.
View this post on Instagram
Theebaan Govindasamy (34 tahun)
Juara seni bela diri dan pelakon filem aksi seperti ‘Paskal’ dan ‘J2 : J Retribusi’, Theebaan terkenal dengan semangat juang dalam sukan.
Dia menyertai rancangan ini untuk mempromosikan kesihatan mental dan gaya hidup seimbang.
View this post on Instagram
Muhamad Faidzal Mohamad Ali (39 tahun)
Peserta paling senior ini adalah pemilik restoran nasi lemak dan bekas pekerja pelantar minyak.
Faidzal menunjukkan bahawa umur bukan penghalang untuk kekal aktif dan cergas.
View this post on Instagram
Dr. Shazif Othman (37 tahun)
Seorang doktor dan jurulatih peribadi, Dr. Shazif membawa pengalaman hidup mendalam termasuk cabaran poligami dan keguguran bersama isteri.
Beliau berhasrat mendidik masyarakat tentang pentingnya kesihatan mental dan fizikal.
View this post on Instagram
RM30,000 Menanti, Tetapi Perjalanan Adalah Hadiah Sebenar
Setiap peserta hadir dengan misi tersendiri, dari menyebarkan kesedaran tentang kesihatan mental hingga menjadi inspirasi kepada generasi muda.
Program ini memaparkan persaingan yang sihat dan dinamik persaudaraan dalam pelbagai cabaran, menguji kekuatan fizikal, strategi dan kerjasama.
Sepanjang 10 episod, duo peserta akan melalui cabaran mencabar di lima lokasi berbeza di Malaysia.
Duo terbaik akan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, namun perjalanan emosional dan transformasi diri adalah hadiah sebenar untuk mereka semua.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI