Bros kembali bersaing dengan semangat dan tenaga yang luar biasa! Episod kelima ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ kali ini benar-benar mencabar kekuatan fizikal, mental, dan semangat persaudaraan. Pasukan dirombak semula, mencetuskan dinamik baru yang penuh kejutan dan aksi mendebarkan. Lebih menarik dengan cabaran ‘KING OF THE HILL’!
Saddam yang sebelum ini bersama dengan Asyraf – juara cabaran sebelum ini, diberi kelebihan sebagaui pasukan pertama memilih ahli baru. Proses pemilihan dilakukan dengan membuka loker berisi kad bernombor.
Keputusan Saddam memilih Chee Wai sebagai rakan sepasukan menjadi tanda permulaan kepada babak penuh drama dan aksi sengit.
Barisan baru pasukan dibentuk:
Cabaran minggu ini, KING OF THE HILL, memerlukan mereka melengkapkan tiga checkpoint dengan tahap kesukaran yang semakin meningkat:
Masa diberi hanya 50 minit, dan setiap pasukan harus merangka strategi terbaik. Ada yang memilih membawa tiga beg guni, sementara ada yang fokus pada dua beg, bergantung kepada kekuatan dan daya tahan masing-masing.
Momentum awal dimiliki Theeban dan Hakimi, yang berjaya tiba dahulu di checkpoint pertama berkat langkah besar mereka.
“Langkah besar membantu kami dapatkan kelebihan,” kata Hakimi. Dari sini, guni-guni perlu diangkat dan ditarik, memaksa setiap Bros untuk memberikan 110%.
Cuaca panas terik tidak menjadi halangan bagi Bros untuk terus saling menyokong antara satu sama lain.
Syafiq dan Nad memaparkan contoh semangat persaudaraan luar biasa apabila Syafiq tanpa henti memberi kata-kata semangat. “Fikirkan anak-anak di rumah, Nad!” katanya, mengingatkan Nad untuk berjuang demi keluarga yang menonton.
Hakimi dan Theeban juga tidak kurang hebatnya. Siapa sangka seorang pelakon dan model mampu mendaki hingga tahap fizikal yang ekstrem?
Gandingan mereka mencuri perhatian dengan semangat luar biasa, memaparkan bahawa dalam cabaran ini, minda dan kekuatan hati adalah senjata utama.
BACA: Dr. Shazif Puji Kepimpinan Saddam, Semangat Brotherhood Penentu Kemenangan
Selepas 50 minit yang penuh keringat, pasukan Saddam dan Chee Wai muncul juara dengan berat keseluruhan 245kg, mengesahkan dominasi mereka.
Namun, persoalan masih berlegar—apakah ganjaran untuk Saddam dan Chee Wai? Adakah episod seterusnya akan menyaksikan penyingkiran?
Jangan lepaskan peluang menyaksikan MASKULIN Who’s Your Bro episod keenam pada 10 Januari 2025, 9 malam di Astro Ria. Bersiaplah untuk lebih aksi, lebih drama, dan lebih semangat BROTHERHOOD!
Siapa bro, siapa lawan?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.