Program realiti kecergasan nombor satu masa kini, MASKULIN Who’s Your Bro (WYB), terus menghangatkan pentas persaingan dengan cabaran luar biasa yang menguji kekuatan, strategi dan semangat setiakawan Bros!
Menuju road to final, perjalanan semakin sengit dan kini hanya yang benar-benar kuat, pantas dan bijak bakal melangkah ke final!
Minggu lalu, cabaran The Maze Warrior menyaksikan kejayaan gemilang pasangan Ikmal dan Hakimi, tetapi kejutan tidak terhenti di situ.
Bros diberi peluang untuk menukar pasangan—satu keputusan besar yang mampu mengubah momentum pertandingan. Namun, kepercayaan lebih utama, dan Ikmal serta Hakimi memilih untuk kekal bersama.
Begitu juga dengan pasangan Dr Shazif dan Saddam, yang memilih untuk terus bekerjasama walaupun ramai menjangka Saddam mungkin memilih Chee Wai.
Semangat setia turut dikongsi oleh Theeban dan Syafiq, yang mengekalkan gandingan mantap mereka. Ini bermakna Chee Wai dan Nad juga kekal sebagai satu pasukan.
Setelah sembilan episod yang penuh cabaran, Bros telah menunjukkan komitmen luar biasa dalam mengejar gelaran juara WYB!
UJIAN SEBENAR KETAHANAN DIRI
Bros kembali diuji, kali ini di Pantai Bagan Lalang dengan cabaran Triathlon Race, satu ujian ketahanan fizikal yang benar-benar menguji agility, koordinasi, kelajuan dan endurance mereka. Tiga peringkat cabaran ini merangkumi:
Pasukan pertama yang tiba di garisan penamat bersama akan dinobatkan sebagai pemenang, manakala dua pasukan terakhir perlu bertarung dalam pusingan penyingkiran.
Ads
Pertandingan bermula! Semua pasukan dilepaskan serentak dengan strategi masing-masing. Kejutan awal berlaku apabila Theeban dan Syafiq menjadi pasukan pertama yang menyentuh boya, menunjukkan kehebatan mereka dalam renang.
Sebaliknya, Saddam dan Dr Shazif yang ramai jangka sebagai ancaman utama berada di tempat terakhir.
Memasuki fasa crawling berhalangan, Theeban dan Syafiq masih mendahului, tetapi Saddam dan Dr Shazif pantas mengejar dan memintas Ikmal serta Hakimi, yang menghadapi ketegangan kecil akibat tekanan cabaran.
Dalam fasa larian, Saddam dan Dr Shazif mula menunjukkan keupayaan luar biasa mereka. Walaupun Theeban dan Syafiq mendahului, Saddam dan Dr Shazif berjaya memintas mereka dalam dua kilometer pertama!
Di satu sudut lain, Nad bergelut dengan cabaran ini, tetapi tetap meneruskan perjuangan dengan sokongan moral daripada Chee Wai.
Akhirnya, Saddam dan Dr Shazif menamatkan cabaran sebagai pemenang pertama dengan gaya penuh dramatik—melompat bara api sebagai simbol kemenangan ke final! Syafiq dan Theeban turut melakar kejayaan sebagai pasukan kedua yang layak.
Ads
Sementara itu, Ikmal dan Hakimi serta Chee Wai dan Nad terpaksa ke pusingan penyingkiran!
SPEAR THROW CHALLENGE
Di pusingan penyingkiran, Bros diuji dalam cabaran Spear Throw Challenge—melempar tombak untuk memecahkan kantung guni yang tergantung. Pasukan terpantas yang berjaya menumpaskan kantung guni akan terus mara ke final!
Setiap balingan menjadi penentu nasib. Nad yang masih bergelut dengan kecederaan tangan kanan memberikan yang terbaik, namun cabaran ini bukanlah kelebihannya.
Masa terus berdetik, dan dalam detik terakhir 11 saat sebelum tamat, Ikmal mencipta keajaiban dengan balingan tepat ke tali kantung guni, menumbangkannya!
Kemenangan dramatik ini menyaksikan Ikmal dan Hakimi berjaya ke final, meninggalkan Chee Wai dan Nad yang terpaksa menamatkan perjalanan mereka dalam WYB.
Namun, perjuangan mereka tidak sia-sia—mereka telah menunjukkan semangat, keberanian, dan daya tahan luar biasa sepanjang sembilan episod ini.
Tahniah buat Nad dan Chee Wai!
ROAD TO FINAL
Kini hanya tiga pasukan terbaik yang tinggal:
🏆 Saddam & Dr Shazif 🏆 Theeban & Syafiq 🏆 Ikmal & Hakimi
Persaingan semakin memuncak! Jangan ketinggalan menyaksikan FINAL ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ pada 7 Januari 2025, jam 9 malam di Astro Ria. Siapakah yang akan bergelar juara WYB dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000?
Siapa bro, siapa lawan?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selain melakukan servis secara berkala terdapat beberapa perkara perlu anda tekankan dan ambil berat. Salah satunya tidak mengamalkan beberapa tabiat yang dipercayai boleh menyebabkan ia mudah rosak.
Bagi mengelakkan aircond kereta anda cepat rosak, pastikan anda ubah tabiat buruk dan adab semasa berada di dalam kenderaan.
Tidak kiralah apa jua kenderaan, sebagai individu yang akan berada di dalamnya pastikan anda elak 5 perkara ini.
BUKA TINGKAP KETIKA AIRCOND TERPASANG
Antara kebiasaan yang sering kita buat adalah membuka tingkap kereta terlalu lama biarpun ketika itu aircond masih terpasang.
Tindakan ini menyebabkan kompresor terpaksa beroperasi lebih dari biasa untuk mendapatkan suhu yang ideal, padahal tanpa sedar kita sedang membuka ruang yang sangat besar. Jika berlarutan, tidak mustahil aircond dalam kenderaan anda mudah dan cepat rosak.
Foto: Carcility
SUKA MEROKOK DALAM KERETA
Jangan biasanya diri untuk merokok sesuka hati termasuk semasa berada dalam kenderaan. Ini kerana asap serta debu dari rokok berisiko untuk tembus ke bahagian penapis udara dan pengaliran tersebut menyebabkan penapis jadi cepat kotor kerana habuk. Akibatnya, tahap kesejukan aircond dalam kenderaan menjadi tidak optimum.
KERETA BERSEPAH DAN BERHABUK
Ketahuilah jika anda membiarkan sampah dan kotoran bersepah dalam kabin, ia bukan sahaja menyebabkan kenderaan anda nampak bersepah malah debu juga boleh melekat secara berterusan.
Faktor ini memberi kesan kepada aircond kerana debu dan habuk yang terhasil akan masuk dan keluar dari penapis aircond sekali gus membuatkan komponen itu mudah untuk rosak.
PAKAI PEWANGI JENIS GEL
Pewangi jenis gel boleh berubah kepada gas dan berwap. Misalnya apabila terkena suhu sejuk, wap tersebut berubah kembali kepada bentuk gel dan boleh menghalang penapis dan evaporator atau cooling coil dalam aircond.
ENJIN DIMATIKAN SECARA MENGEJUT
Sebelum matikan enjin, sila tutup aircond terlebih dahulu. Jika tidak, semasa mahu hidupkan enjin, aircond terpaksa bekerja secara automatik. Anda perlu tahu bahawa bateri antara terbeban untuk beroperasi semasa enjin dihidupkan.
Disebabkan prestasi bateri tidak begitu maksimum, arus elektrik yang terhasil akan jadi kurang stabil dan perkara ini seterusnya mempengaruhi pengaliran elektrik bagi aircond.
Sehubungan itu, anda digalakkan untuk menggunakan pewangi yang bersifat cecair untuk mengelakkan perkara tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Episod 4 program realiti kecergasan nombor satu Malaysia, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ (WYB), membuka tirai dengan satu pertarungan sengit yang penuh aksi, emosi, dan strategi.
Dalam dunia di mana hanya yang paling kuat dan bijak mampu bertahan, 10 Bros yang masih kekal di pentas ini membuktikan bahawa semangat dan ketahanan adalah senjata utama mereka!
Skrin menyala, dan kita disajikan dengan pengumuman dari game master, Mat Redho – Saddam dan Asyraf dinobatkan sebagai pemenang cabaran episod sebelumnya.
Tapi apa yang lebih menarik adalah keputusan Saddam untuk kekal bersama Asyraf. Ini bukan sekadar tentang kemenangan – ini tentang brotherhood sejati.
Dalam suasana yang penuh hormat, duo ini memilih untuk terus bersatu, mempamerkan semangat yang menjadi jiwa program ini.
Tidak ketinggalan, kumpulan tempat kedua, Chee Wai dan Irwan, turut diberi penghormatan atas usaha mereka yang luar biasa.
Mini Challenge: Pertarungan Sengit di Bendang Sawah
Sebelum melangkah ke cabaran utama, Muddle Trouble, satu mini challenge diadakan. Saddam dan Chee Wai sebagai ketua kumpulan masing-masing harus membuktikan siapa lebih hebat dalam pertarungan epik di bendang sawah.
Dengan bola seberat 7kg sebagai senjata, kedua-dua ketua harus membawa bola itu ke kawasan sendiri atau mempertahankannya hingga masa tamat.
Pertembungan ini benar-benar dramatik – peluh, lumpur, dan tenaga mengisi setiap detik! Akhirnya, Chee Wai berjaya bertahan lebih lama dan dinobatkan sebagai pemenang.
Sebagai ganjaran, Chee Wai dan Irwan memilih Nad, Ikmal, dan Hakimi untuk melengkapkan pasukan mereka.
Manakala Saddam dan Asyraf membawa masuk Theeban, Dr. Shazif, dan Syafiq ke dalam kumpulan mereka.
Muddle Trouble: Lari, Lawan, dan Menang!
Cabaran utama episod ini adalah Muddle Trouble, di mana kedua-dua pasukan perlu berlari di bendang sawah yang licin untuk mendapatkan dua bendera sambil menghadapi tiga halangan pemain ragbi profesional yang bersedia menggagalkan misi mereka.
Lumpur yang melekat, tubuh yang letih, dan ragbi yang kasar – semua ini tidak cukup untuk melemahkan semangat Bros!
Ikmal dan Theeban menjadi sasaran utama pemain ragbi, tetapi sokongan padu daripada rakan pasukan menjadikan mereka berjaya mengharungi cabaran ini.
Akhirnya, pasukan Saddam menamatkan cabaran dengan catatan masa lebih pantas dua minit berbanding pasukan Chee Wai. Kemenangan ini bukan hanya soal kecepatan tetapi juga kerjasama dan strategi berkumpulan yang luar biasa.
Tiada Penyingkiran
Walaupun kalah, pasukan Chee Wai tetap mempamerkan semangat juang yang tinggi. Dan berita baik buat semua Bros – episod kali ini tiada penyingkiran!
Setiap peserta diberi peluang untuk bangkit lebih kuat di episod seterusnya. Episod keempat ini membuktikan bahawa ketahanan fizikal dan mental, ditambah dengan strategi bijak, adalah kunci kejayaan dalam MASKULIN Who’s Your Bro.
Jadi, apa lagi? Jangan lupa saksikan episod seterusnya yang akan ditayangkan pada 27 Disember 2024, jam 9 malam di Astro Ria!
Siapa bro, siapa lawan?! Biar Bros yang tentukan!
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebenarnya sudah ramai lelaki yang tampil dengan badan tegap tetapi kakinya ‘halus’ semacam sahaja. Kondisi ini berlaku kerana mereka mungkin tidak memberikan fokus kepada senaman kaki.
Mungkin terlalu asyik dengan senaman membina otot lengan, dada dan abdomen sampaikan terlupa bahagian paha dan kaki. Sejujurnya buat anda yang aktif bersenam, berapa kerapkah anda melakukan senaman kaki?
MASKULIN boleh agak mungkin jauh lebih sedikit berbanding untuk bahagian atas. Usah risau, kali ini MASKULIN ingin kongsi empat jenis senaman yang sangat efektif untuk bentu anda dapatkan kaki lebih berotot, tegap dan padu!
1. Lunge
Senaman ini boleh dilakukan menggunakan dumbbell, iron plate, barbell atau kettlebell. Cuba tambahkan beban secara berperingkat.
Anda juga boleh lakukan static lunge sekiranya mengalami masalah kekurangan ruang atau lakukan walking lunge sekiranya anda ada ruang yang besar.
Semasa melakukan senaman ini, buka kaki anda selebar bahu, pandang lurus ke hadapan, langkah ke hadapan dan rendahkan badan sehingga paras paha, selari dengan lantai.
2. Squat
Senaman ini agak popular dan sinonim dengan senaman di bahagian kaki. Senaman ini adalah antara senaman paling berkesan serta melibatkan pelbagai sendi dan otot. Senaman ini juga melibatkan kekuatan di bahagian kaki, abdomen serta tulang belakang anda.
Senaman ini boleh menggunakan pelbagai beban seperti barbell, dumbbell dan sebagainya.
Buka kaki anda selebar bahu, berdiri dalam keadaan tegak dan hanya bengkokkan sedikit kaki anda semasa dalam posisi permulaan.
Semasa anda merendahkan badan, pastikan lutut tidak melebihi hujung kaki dan paha perlu selari dengan lantai.
3. Step Up
Senaman yang mudah untuk dilakukan di mana-mana sahaja sama ada di taman rekreasi ataupun di rumah.
Paras ketinggian bangku atau bench sepatutnya optimum apabila anda memijak dan paras paha juga perlu selari dengan paras lantai.
Jika terlalu rendah, ia kurang berkesan dan jika terlalu tinggi, ia akan terlalu sukar. CUba ketinggian yang pelbagai secara berperingkat mengikut kemampuan anda.
Semasa anda mulakan langkah, pastikan badan tegak, pandang ke hadapan dan hembus nafas. Semasa anda langkah ke belakang, tarik nafas. Jangan lakukan terlalu laju.
Pastikan permukaan bangku atau bench stabil. Cuba tambah beban secara progresif.
4. Sumo Dead-lift
Senaman ini pula lebih efektif untuk membina otot kerana posisi kaki yang lebih sukar untuk mengangkat beban.
Anda boleh menggunakan pelbagai jenis beban seperti dumbbell ataupun barbell.
Pastikan posisi kaki menghadap penjuru dan tolak badan anda ke atas dengan menggunakan tumit kaki. Hembus nafas. Pastikan juga kaki dan badan tegak. Jangan melengkung.
Selamat mencuba! Lakukan senaman-senaman ini dengan meningkatkan dulu pengulangan dan kemudian tambah beban secara berperingkat. Cuba sebanyak 3-4 set, 20-30 pengulangan bagi anda yang ingin membakar lebihan lemak.
Jangan lupa untuik subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video workout menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Guru lelaki kongsi kisah sedih, pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.