Episod ketujuh MASKULIN Who’s Your Bro tidak syak lagi antara episod paling epik dalam musim ini!
Dengan gabungan aksi mencabar, elemen air yang mendebarkan, serta semangat brotherhood yang kental.
Bros sekali lagi membuktikan bahawa mereka bukan hanya bertanding untuk menang, tetapi juga untuk menguji had kekuatan fizikal, mental, dan daya tahan mereka.
Episod ini dimulakan dengan cabaran penyingkiran yang cukup sengit, dikenali sebagai BEACH BRAWL.
Nad dan Syafiq berdepan Asyraf dan Irwan dalam pertembungan yang penuh dengan ketegangan. Dalam cabaran ini, setiap pasukan perlu memastikan lawan mereka keluar dari kawasan bulatan untuk terus mara ke cabaran utama.
Kerjasama mantap Nad dan Syafiq membuahkan hasil apabila mereka memenangi dua pusingan pertama, memastikan tempat mereka ke cabaran seterusnya.
Asyraf dan Irwan walaupun tewas, tetap memberikan saingan sengit dan semangat juang yang tinggi!
Pantai Purnama, Port Dickson, menjadi latar untuk cabaran utama episod ini – CAPTURE THE BOAT. Empat pasukan yang tinggal diberikan misi epik dengan empat checkpoint yang menguji kekuatan, stamina, dan ketahanan mental mereka.
Pasukan yang paling pantas menyelesaikan cabaran ini dinobatkan sebagai pemenang.
Cabaran bermula dengan empat pasukan dilepaskan serentak. Dr Shazif dan Ikmal mencuri perhatian apabila menjadi pasukan pertama menyelesaikan checkpoint pertama, memanfaatkan pengalaman Dr Shazif dalam bidang diving.
Saddam dan Chee Wai pula menunjukkan konsistensi mereka, kekal di kedudukan kedua sepanjang cabaran. Namun, cabaran ini tidak lengkap tanpa drama.
Theeban dan Hakimi berdepan ujian getir apabila salah satu kunci mereka hilang di dasar laut, menyebabkan mereka ketinggalan jauh. Walaupun begitu, mereka tetap berusaha hingga ke garisan penamat, membuktikan semangat juang yang tinggi.
Pemenang cabaran? Dr Shazif dan Ikmal berjaya menamatkan cabaran sebagai juara, diikuti Saddam dan Chee Wai di tempat kedua, manakala Nad dan Syafiq di tempat ketiga.
Walaupun Theeban dan Hakimi berada di tempat terakhir, semangat juang mereka menjadi inspirasi. Namun, apakah nasib mereka selepas ini?
BACA: Preview MASKULIN Who’s Your Bro Episod 7 – Cabaran Ekstrem di Tepi Pantai!
Dan apa ganjaran yang menanti juara episod kali ini? Semua ini akan terjawab dalam episod seterusnya.
Apakah elemen baru yang bakal menggegarkan episod kelapan? Jangan lupa saksikan MASKULIN Who’s Your Bro pada 24 Januari 2025, Jumaat, jam 9 malam di Astro Ria. Siapakah yang akan terus mara, dan siapa pula yang akan tewas?
Nantikan pertempuran yang lebih hebat dan cabaran yang lebih ekstrem minggu depan!
Siapa bro, siapa lawan?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.