Episod ketujuh MASKULIN Who’s Your Bro tidak syak lagi antara episod paling epik dalam musim ini!
Dengan gabungan aksi mencabar, elemen air yang mendebarkan, serta semangat brotherhood yang kental.
Bros sekali lagi membuktikan bahawa mereka bukan hanya bertanding untuk menang, tetapi juga untuk menguji had kekuatan fizikal, mental, dan daya tahan mereka.
BEACH BRAWL: Pertarungan Penentuan
Episod ini dimulakan dengan cabaran penyingkiran yang cukup sengit, dikenali sebagai BEACH BRAWL.
Nad dan Syafiq berdepan Asyraf dan Irwan dalam pertembungan yang penuh dengan ketegangan. Dalam cabaran ini, setiap pasukan perlu memastikan lawan mereka keluar dari kawasan bulatan untuk terus mara ke cabaran utama.
Kerjasama mantap Nad dan Syafiq membuahkan hasil apabila mereka memenangi dua pusingan pertama, memastikan tempat mereka ke cabaran seterusnya.
Asyraf dan Irwan walaupun tewas, tetap memberikan saingan sengit dan semangat juang yang tinggi!
CAPTURE THE BOAT: Cabaran Utama Menguji Segala
Pantai Purnama, Port Dickson, menjadi latar untuk cabaran utama episod ini – CAPTURE THE BOAT. Empat pasukan yang tinggal diberikan misi epik dengan empat checkpoint yang menguji kekuatan, stamina, dan ketahanan mental mereka.
Ads
Checkpoint A: Salah seorang ahli perlu berada di atas bot semasa siren dibunyikan. Kemudian, perlu menyelam untuk membuka boya yang terkunci di dasar laut menggunakan tiga mangga dan tiga kunci.
Checkpoint B: Seorang Bro pula perlu menarik bot ditarik sejauh 80 meter ke pantai.
Checkpoint C: Pasukan mengikat tali kapal ke tiang bendera dan menggali pasir untuk mendapatkan empat sandbag seberat 30kg setiap satu.
Checkpoint D: Sandbag dibawa satu persatu dengan squat lunge sejauh 20 meter setiap pusingan sebelum dimasukkan ke dalam bot.
Pasukan yang paling pantas menyelesaikan cabaran ini dinobatkan sebagai pemenang.
Detik-detik Mendebarkan
Cabaran bermula dengan empat pasukan dilepaskan serentak. Dr Shazif dan Ikmal mencuri perhatian apabila menjadi pasukan pertama menyelesaikan checkpoint pertama, memanfaatkan pengalaman Dr Shazif dalam bidang diving.
Saddam dan Chee Wai pula menunjukkan konsistensi mereka, kekal di kedudukan kedua sepanjang cabaran. Namun, cabaran ini tidak lengkap tanpa drama.
Theeban dan Hakimi berdepan ujian getir apabila salah satu kunci mereka hilang di dasar laut, menyebabkan mereka ketinggalan jauh. Walaupun begitu, mereka tetap berusaha hingga ke garisan penamat, membuktikan semangat juang yang tinggi.
Ads
Pemenang cabaran? Dr Shazif dan Ikmal berjaya menamatkan cabaran sebagai juara, diikuti Saddam dan Chee Wai di tempat kedua, manakala Nad dan Syafiq di tempat ketiga.
Walaupun Theeban dan Hakimi berada di tempat terakhir, semangat juang mereka menjadi inspirasi. Namun, apakah nasib mereka selepas ini?
Dan apa ganjaran yang menanti juara episod kali ini? Semua ini akan terjawab dalam episod seterusnya.
Ads
Apakah elemen baru yang bakal menggegarkan episod kelapan? Jangan lupa saksikan MASKULIN Who’s Your Bro pada 24 Januari 2025, Jumaat, jam 9 malam di Astro Ria. Siapakah yang akan terus mara, dan siapa pula yang akan tewas?
Nantikan pertempuran yang lebih hebat dan cabaran yang lebih ekstrem minggu depan!
Siapa bro, siapa lawan?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
MASKULIN percaya secara umumnya anda pasti sudah tahu akan risiko memandu kereta atau kenderaan yang memiliki tayar sudah botak. Ya, kita memang usudah sedia maklum bahawa tayar botak itu satu risiko yang cukup besar dan boleh sebabkan kemalangan.
Lebih parah apabila ia melibatkan kemalangan mengakibatkan kecederaan malah kematian. Bukan sahaja kepada kita tetapi pengguna jalan raya yang lain.
Namun masih banyak dilaporkan tentang kemalangan yang berlaku akibat perkara ini. Rata-ratanya sudah tahu akan kondisi kereta tetapi disebabkan sikap acuh tidak acuh, mengakibatkan kemalangan yang sebenarnya boleh dielakkan.
Ikuti perkongsian daripada MASKULIN untuk memberi kesedaran bersama akan bahaya risiko memandu kereta dengan tayar botak.
SALURAN AIR TAYAR TIADA
Disebabkn ia sudah botak maka secara tidak langsung bunganya juga tiada. Dan ‘bunga’ tersebut bukanlah perhiasaan semata. Ia berfungsi sebagai saluran yang mengalirkan air keluar dari bawah tayar.
Apabila memandu dengan tayar botak maka kereta mudah untuk berhadapan kejadian dipanggil ‘aquaplanning’. Ia kondisi di mana kereta seakan terapung seketika apabila tiada saluran khusus untuk air keluar. Dan jika ini berlaku kereta akan hilang kawalan dan berpusing walaupun memandu di jalan lurus. Malah, anda juga boleh berdepan dengan keadaan ‘understeer’.
Tayar botak juga menandakan ia sebenarnya semakin menipis. Terutamanya di bahagian luar tayar. Lapisan luaran itu tidak direka untuk bertahan lama apabila ia sudah haus. Jadi apabila anda memandu laju terutamanya di waktu jalan raya sangat panas, haba semakin meningkat. Lalu boleh menyebabkan ia meletup atau berlakunya blow out.
Bila meletup berkemungkinan besar anda akan hilang kawalan dan seterusnya mengakibatkan kemalangan. Jadi periksalah kondisinya dari semasa ke semasa untuk elakkan perkara ini berlaku.
Bunga tayar juga berfungsi untuk memberikan cengkaman di atas jalan raya. Jika sudah botak, anda mungkin berdepan situasi di mana perlu menekan brek jauh lebih awal daripada kebiasaan. Lebih menakutkan jika menekan brek secara mengejut kereta akan menggelungsur terus ke hadapan. Lalu melanggar bontot kereta di hadapan.
Inilah situasi yang seringkali kita lihat berlaku terutamanya apabila cuaca hujan. Usah bandingkan tayar anda dengan kereta Formula 1 yang luarannya keliharan begitu.
Tahukah anda tayar kereta F1 akan berfungsi dengan lebih baik apabila suhu semakin meningkat tinggi.
Jadi sama-samalah kita menjadi pemandu dan pemilik kereta yang lebih bertanggungjawab. Lakukan servis kereta sama ada dalam atau luaran secara berkala.
Ikuti YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Percaya atau tidak, rata-rata lelaki mula mengecap kestabilan hidup bermula pada usia 40-an. Ini merupakan usia di mana seorang lelaki mencapai kemuncak dalam kerjaya atau apa jua bidang yang mereka lakukan.
Tidak semua tetapi ramai lelaki yang pada usia ini pasti akan faham apa yang MASKULIN cuba perkatakan. Malah inilah usia di mana ramai lelaki mula mengecap kestabilan dari segi ekonomi.
Maka tidak hairanlah lelaki pada usia mencecah 40-an akan mula mencari minat atau hobi baru yang sebelum ini dia sendiri pun tidak pernah terfikir. Bagi yang kurang memahami mulalah menganggap golongan lelaki ini seakan buang tabiat atau berperangao aneh. Walhal ia merupakan satu fasa yang cukup normal dalam mana-aman kehidupan seorang lelaki.
Jadi amat penting seorang lelaki itu mendapat support system yang baik dari keluarga dan rakan-rakan. Asalkan tidak membawa kemudaratan pada diri dan keluarga bagi MASKULIN ia sudah mencukupi.
MASKULIN ingin kongsi beberapa perkara yang lelaki suka buat sama ada baik atau aneh bila menjelang usia emas ini.
TIDAK LOKEK BERBELANJA BELI PAKAIAN BARU
Anda mengambil masa yang lebih lama untuk kelihatan tampan dan bergaya. Anda pun jadi tak kisah berbelanja lebih semata-mata untuk membeli baju baharu.
UBAH GAYA RAMBUT
Jika sebelum ini anda cuma tahu sikat tepi sahaja tetapi tiba-tiba anda mahu tukang gunting buat stail pacak-pacak atau rambut ala-ala KPop. Yang penting nampak tampan.
BERKAWAN DENGAN ORANG MUDA
Rasa kalau lepak dengan kawan-kawan sebaya, anda rasa macam dah terlalu tua sangat. Mulalah start cari geng-geng muda untuk diajak ‘ngeteh’. Boleh dengar mereka sembang pasal PUBG walaupun anda sebenarnya tak faham.
MINAT KERETA PACUAN 4 RODA ATAU MOTO BESAR
Membeli kenderaan jenis ini menampakkan anda matang, stabil dan memiliki segala-galanya. Naik pacuan empat roda dan motor besar juga merupakan idaman semua lelaki dan anda kini dalam fasa sedang buktikan, “Aku sedang ada segala-galanya”.
Masa inilah anda mula search apa produk yang bagus untuk kulit muka. Apa yang sesuai untuk cerahkan kulit atau hilangkan jerawat. Anda betul-betul mahu menjaga kulit wajah anda untuk lebih berkeyakinan tinggi.
FIKIR INGIN TUKAR KERJAYA
Lebih 10 tahun anda berada dalam bidang kerja yang sama. Timbul rasa bosan tetapi apabila nak difikirkan semula sesuaikah untuk anda bermula dari bawah dengan kerja baharu, itu ada kalanya menimbulkan dilema.
Pada usia 40-an juga anda sudah mula kembali menjaga bentuk tubuh. Jika selama ini buncit dan menggeleber, anda start follow tips daripada ikon fitness seperti Kevin Zahri untuk mendapatkan bentuk tubuh yang baik dan mahu tampil segak.
GEMAR MEMBACA MAJALAH & WEBSITE KHAS LELAKI
Dulu anda suka baca yang bukan-bukan dan tidak berfaedah namun setelah usia menjengah ke fasa yang baharu sebelum tua, pada masa inilah anda baru dan mula cari bahan bacaan seperti laman sesawang dan media sosial seperti Maskulin!
GAJET TERKINI
Gajet terkini seperti telefon pintar menjadi keutamaan anda biar pun orang kata ia membazir, mahal dan sebagainya. Anda bersungguh-sungguh mahu mendapatkannya kerana ingin kelihatan up to date dan tidak ketinggalan zaman.
“UMUR ITU RAHSIA!”
Bila orang tanya pasal usia anda, anda cuma suruh orang meneka sahaja namun tidak memberitahu usia sebenar. Jika tekaan mereka betul, anda akan berdolak-dalih dengan kata, “Cubalah teka lagi”.
LAYAN LAGU ORANG MUDA
Tiba-tiba anda layan lagu Masdo! Paling tidak lagu Haqiem Rusli atau Nabila Razali pun anda hafal dan tahu menyanyikan semula kerana anda benar-benar gemarkannya.
TERIKUT FESYEN TERKINI
Anda jadi suka berpakaian berwarna terang walaupun ia tidak sesuai dengan peringkat umur anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika selama ini anda suka mencabut bulu hidung atau memicit jerawat di sekitar segi tiga muka, baik anda hentikan tabiat itu bermula hari ini!
Tabiat ini sebenarnya berbahaya kerana kawasan ini dianggap sebagai segi tiga “kematian” yang ada kaitan dengan infeksi bakteria, yang boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan berlakunya strok.
Jika anda memiliki bulu hidung yang agak panjang dan ia mengganggu penampilan, jangan sesekali mencabut bulu hidung.
Sebaiknya, gunakan kaedah trim mengunakan pencukur sebagai langkah untuk anda merapikannya.
Bagi yang sering tumbuh jerawat sekitar segi tiga ini, elak memicitnya dengan tangan sebaliknya gunakan krim jerawat untuk merawatnya.
Kenapa dua tabiat yang biasa kita lakukan ini dianggap berbahaya? Public Health Malaysia kongsikan sebab-sebabnya.
Doktor-doktor pakar penyakit berjangkit di Universiti John Hopkins telah menyeru untuk orang ramai mengelakkan memicit jerawat atau menarik bulu hidung terutamanya di kawasan segi tiga “kematian” di muka.
Ya. Segi tiga kematian. Lebih kurang macam segi tiga bermuda. Para konspirasi segi tiga bergembira dengan penemuan ini.
Kawasan segi tiga ini adalah berkait dengan infeksi bakteria yang dikatakan boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan juga boleh menyebabkan strok. Walau bagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku disebabkan antibiotik dan sukar untuk bakteria merebak secara melawan arus di dalam salur darah.
Namun, ianya boleh berlaku jika kuman tersebut sudah menjadi kuat dan antibiotik tidak lagi boleh melawan kuman tersebut atau jangkitan kulit yang sangat teruk.
Jadi, adalah penting untuk kita mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kulit kita terdedah dengan kuman akibat daripada aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas. Lebih-lebih lagi, bakteria yang semakin bijak dalam rintangan antibiotik.
Foto: FB Public Health Malayisa
Ingat, kita sudah lama tidak menjumpai antibiotik kelas baharu. Kali terakhir kelas antibiotik yang dijumpai adalah pada tahun 1987 iaitu lipopeptides. Sehingga kini, kita hanya membangunkan antibiotik sedia ada untuk menjadi lebih baik. Semakin lama semakin sukar untuk merawat kuman bakteria.
PHM sentiasa menekankan konsep Pencegahan lebih baik daripada berubat. Jadi amalkan sanitasi yang baik, elakkan memicit jerawat atau mencabut bulu hidung. Dan jika ingin melakukan prosedur, pastikan ianya adalah teknik steril. Semoga artikel ini bermanfaat dan memberikan ilmu baru untuk anda.