Hiburan

MASKULIN Who’s Your Bro Ep.6 – Peluh, Api dan Semangat Membara di KKB Fire Academy!

Share
Semalam, episod ke-6 ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ membawa kita ke medan cabaran yang penuh aksi dan emosi!
Bros diuji dengan cabaran mencabar jiwa raga di Pusat Latihan Bomba & Penyelamat KKB Fire Academy, Kuala Kubu Baru.
Kali ini, mereka tidak hanya bersaing sesama sendiri, tetapi turut menyelami pengalaman seorang ahli bomba yang mempertaruhkan nyawa demi keselamatan orang lain.

Mini Challenge: Berpakaian Seperti Seorang Wira!

Episod ini dimulakan oleh gamemaster kita yang penuh karisma, Mat Redho, dengan sebuah mini challenge unik – Full PPE Challenge!

Setiap pasukan harus mengenakan pakaian keselamatan lengkap ahli bomba secepat mungkin. Dari kasut, jaket berat, hingga topeng gas, semua Bros berdepan kesukaran yang nyata.

Namun, akhirnya Ikmal dan Dr Shazif berjaya mencatatkan masa terpantas, diikuti Theeban dan Hakimi.

Sebagai pemenang, Ikmal dan Dr Shazif diberikan keistimewaan untuk memilih lawan mereka, dan mereka memilih Nad dan Syafiq.

“Kita pilih mereka sebab kekuatan dan kelemahan mereka lebih kurang sama dengan kami, jadi peluang tu lebih kurang sama rata,” ujar Ikmal penuh strategi.

Fire Fighter Challenge: Lima Checkpoint Menguji Jiwa!

Cabaran utama minggu ini adalah Fire Fighter Challenge yang terbahagi kepada lima checkpoint menuntut kekuatan fizikal, daya tahan mental, dan kerjasama. Setiap pasukan bertungkus-lumus untuk menyelesaikan:

  1. CHECKPOINT 1 – Tower Ladder: Mendaki menara sambil membawa hos kebakaran 50kg.
  2. CHECKPOINT 2 – Dummy Drag: Mengheret dummy seberat 65kg sejauh 20 meter.
  3. CHECKPOINT 3 – Hose Roll Down: Membentang dan menggulung semula hos sepanjang 30 meter.
  4. CHECKPOINT 4 – Fire Gas Obstacle: Menyelamatkan mangsa dari bangunan dengan attacking hose dan membawa mereka ke stretcher.
  5. CHECKPOINT 5 – Tong Drum Fire Extinguisher: Memadamkan api menggunakan alat pemadam api.

Setiap pasukan hanya mempunyai 30 minit untuk menyelesaikan cabaran ini. Dua pasukan paling lambat akan ke pusingan penyingkiran, manakala yang terpantas dinobatkan sebagai pemenang episod.

Persaingan Panas!

Ikmal dan Dr Shazif vs. Nad dan Syafiq

Ikmal dan Dr Shazif memulakan cabaran dengan semangat berkobar-kobar, namun tersangkut sedikit di checkpoint ke-4 apabila Ikmal terpaksa berdepan fobia api akibat trauma masa lalu. Walaupun begitu, semangat juang Ikmal membolehkan mereka bangkit semula.

Pasukan Nad dan Syafiq kelihatan semakin serasi, namun kesilapan teknikal di checkpoint ke-4 menyebabkan mereka dikenakan penalti satu minit. Nasib ternyata menyebelahi Ikmal dan Dr Shazif yang berjaya mara dengan masa lebih baik.

Theeban dan Hakimi vs. Irwan dan Asyraf

Pertarungan sengit antara dua pasukan ini menyaksikan Theeban dan Hakimi beraksi cemerlang, mencatatkan masa terpantas.

Irwan, yang kelihatan tidak selesa dengan sut PPE, bergelut mengawal pernafasan menggunakan topeng gas, namun tetap berjaya menghabiskan cabaran.

Theeban dan Hakimi muncul juara episod dengan catatan masa terpantas, diikuti oleh Ikmal dan Dr Shazif. Malangnya, Nad dan Syafiq serta Irwan dan Asyraf harus bersedia untuk pusingan penyingkiran pada episod ke-7.

Dengan setiap cabaran, MASKULIN Who’s Your Bro terus menguji semangat, kekuatan, dan ketahanan para Bros.

BACA: Dr. Shazif Puji Kepimpinan Saddam, Semangat Brotherhood Penentu Kemenangan

Jangan lupa saksikan episod seterusnya pada 17 Januari 2025, jam 9 malam di Astro Ria. Adakah pasukan kegemaran anda akan terselamat?

Nantikan pertempuran epik seterusnya.

Siapa bro, siapa lawan?

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim