Semalam, program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’, membuka tirai dengan episod pertama yang penuh aksi dan drama.
12 peserta telah memulakan perjalanan mereka dalam siri ini, berdepan cabaran fizikal yang mencabar mental dan fizikal.
Destinasi pertama? Menawan Menara KL, mercu tanda setinggi 431 meter yang menjadi medan ujian pertama mereka.
Cabaran episod pertama ini memperkenalkan konsep pasangan, di mana peserta dibahagikan kepada dua orang untuk setiap sesi larian.
Sepanjang larian terdapat tiga check point. Di masa setiap check point mereka akan diberikan beban untuk dibawa iaitu 5kg, 5kg dan 10kg – menjadikan berat keseluruhan yang harus dibawa hingga ke puncak adalah 20kg!
Pasangan ditentukan melalui pemilihan call card daripada lokar – ada yang bernombor, ada yang kosong.
Bagi peserta yang mendapat call card bernombor, mereka diberi kuasa untuk memilih pasangan lawan masing-masing. Sebuah elemen taktikal yang memberi kelebihan kepada mereka yang bijak membaca potensi pesaing.
Menurut Mat Redho, ikon sukan lasak yang bertindak sebagai game master, cabaran kali ini bukan sekadar menguji kekuatan fizikal seperti kekuatan kaki dan stamina, tetapi juga bagaimana peserta menggunakan taktikal dan daya tahan mental untuk menawan Menara KL.
Pasangan pertama, Kelvin dan Faidzal, menjadi penanda aras kepada peserta lain. Kelvin, dengan daya tahan yang mengagumkan, berjaya menghabiskan larian tanpa masalah besar, meskipun jelas kelihatan penat.
Namun, bagi Faidzal, seorang petarung jujitsu, cabaran ini benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikalnya. Tetapi dia membuktikan dirinya seorang pejuang sejati, tidak mudah mengalah hingga ke garisan penamat.
Pasangan kedua, Syafiq dan Dr Shazif, menunjukkan prestasi yang seimbang. Dr Shazif berjaya menamatkan larian dengan baik, hanya dipisahkan dua minit dari Syafiq yang mengekorinya.
Keupayaan fizikal mereka yang hampir setara menjadikan perlumbaan ini antara yang paling menarik untuk ditonton.
Tidak ketinggalan mencuri perhatian ialah Saddam dan Theeban G. Saddam, dengan kekuatan dan stamina luar biasanya, mencatat masa terpantas dan mengungguli carta.
Theeban pula tidak kurang hebat, membuktikan bahawa gandingan mereka adalah pasangan yang kuat.
Pasangan seterusnya, Hakimi dan Irwan, membawa elemen kejutan. Hakimi, yang dianggap ‘underdog’, menamatkan perlumbaan dengan masa yang sangat baik.
Irwan, seorang pakar calisthenic, turut membuktikan kekuatannya meskipun kelihatan keletihan selepas cabaran getir ini.
Pasangan Nad dan Chee Wai menghadapi cabaran dengan cara yang berbeza. Sebagai seorang bodybuilder, Nad berdepan kesukaran kerana larian bukanlah kelebihannya.
Namun, dengan kekuatan mental luar biasa, dia meneruskan larian walaupun mengalami kecederaan pada bahagian pinggang.
Chee Wai, sebaliknya, mencuri tumpuan dengan catatan masa kedua terpantas, memberi cabaran besar kepada peserta lain.
Pasangan terakhir, Asyraf dan Ikmal, menutup cabaran dengan penuh dramatik. Asyraf berjaya menamatkan larian tanpa masalah besar, namun Ikmal berdepan kecederaan kekejangan otot pada bahagian kakinya.
Walau begitu, dia tidak mengalah. Dengan semangat yang tinggi dan sokongan moral daripada peserta lain, Ikmal bangkit dan menghabiskan cabaran ini dengan penuh azam.
Apa yang paling mengagumkan tentang episod pertama ini ialah semangat kesukanan dan persaudaraan yang dipamerkan oleh semua peserta.
BACA: ‘MASKULIN Who’s Your Bro’, Program Realiti TV Tampilkan 12 Lelaki Perkasa Pelbagai Latar Belakang
Walaupun cabaran ini menguji batas kemampuan mereka, sorakan dan dorongan daripada rakan-rakan peserta menjadi penyuntik semangat untuk mereka terus berjuang.
Akhirnya, kesemua 12 peserta ini berjaya menawan Menara KL, membuktikan bahawa mereka layak berada dalam program ini.
Namun, ini baru permulaan. Apa pula cabaran yang menanti mereka dalam episod kedua? Jangan lupa untuk menyaksikan ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Ria!
Adakah anda sudah bersedia untuk melihat siapa “Bro” sebenar di dalam program ini?
Jangan lupa untuk menyaksikan MASKULIN WHO’S YOUR BRO bermula 20 November, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ria.