Semalam, program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’, membuka tirai dengan episod pertama yang penuh aksi dan drama.
12 peserta telah memulakan perjalanan mereka dalam siri ini, berdepan cabaran fizikal yang mencabar mental dan fizikal.
Destinasi pertama? Menawan Menara KL, mercu tanda setinggi 431 meter yang menjadi medan ujian pertama mereka.
Cabaran episod pertama ini memperkenalkan konsep pasangan, di mana peserta dibahagikan kepada dua orang untuk setiap sesi larian.
Sepanjang larian terdapat tiga check point. Di masa setiap check point mereka akan diberikan beban untuk dibawa iaitu 5kg, 5kg dan 10kg – menjadikan berat keseluruhan yang harus dibawa hingga ke puncak adalah 20kg!
Pasangan ditentukan melalui pemilihan call card daripada lokar – ada yang bernombor, ada yang kosong.
Bagi peserta yang mendapat call card bernombor, mereka diberi kuasa untuk memilih pasangan lawan masing-masing. Sebuah elemen taktikal yang memberi kelebihan kepada mereka yang bijak membaca potensi pesaing.
Menurut Mat Redho, ikon sukan lasak yang bertindak sebagai game master, cabaran kali ini bukan sekadar menguji kekuatan fizikal seperti kekuatan kaki dan stamina, tetapi juga bagaimana peserta menggunakan taktikal dan daya tahan mental untuk menawan Menara KL.
Cabaran Fizikal & Mental Maksima
Pasangan pertama, Kelvin dan Faidzal, menjadi penanda aras kepada peserta lain. Kelvin, dengan daya tahan yang mengagumkan, berjaya menghabiskan larian tanpa masalah besar, meskipun jelas kelihatan penat.
Ads
Namun, bagi Faidzal, seorang petarung jujitsu, cabaran ini benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikalnya. Tetapi dia membuktikan dirinya seorang pejuang sejati, tidak mudah mengalah hingga ke garisan penamat.
Pasangan kedua, Syafiq dan Dr Shazif, menunjukkan prestasi yang seimbang. Dr Shazif berjaya menamatkan larian dengan baik, hanya dipisahkan dua minit dari Syafiq yang mengekorinya.
Keupayaan fizikal mereka yang hampir setara menjadikan perlumbaan ini antara yang paling menarik untuk ditonton.
Tidak ketinggalan mencuri perhatian ialah Saddam dan Theeban G. Saddam, dengan kekuatan dan stamina luar biasanya, mencatat masa terpantas dan mengungguli carta.
Theeban pula tidak kurang hebat, membuktikan bahawa gandingan mereka adalah pasangan yang kuat.
Ads
Pasangan seterusnya, Hakimi dan Irwan, membawa elemen kejutan. Hakimi, yang dianggap ‘underdog’, menamatkan perlumbaan dengan masa yang sangat baik.
Irwan, seorang pakar calisthenic, turut membuktikan kekuatannya meskipun kelihatan keletihan selepas cabaran getir ini.
Kekuatan Mental Luar Biasa
Pasangan Nad dan Chee Wai menghadapi cabaran dengan cara yang berbeza. Sebagai seorang bodybuilder, Nad berdepan kesukaran kerana larian bukanlah kelebihannya.
Namun, dengan kekuatan mental luar biasa, dia meneruskan larian walaupun mengalami kecederaan pada bahagian pinggang.
Chee Wai, sebaliknya, mencuri tumpuan dengan catatan masa kedua terpantas, memberi cabaran besar kepada peserta lain.
Ads
Pasangan terakhir, Asyraf dan Ikmal, menutup cabaran dengan penuh dramatik. Asyraf berjaya menamatkan larian tanpa masalah besar, namun Ikmal berdepan kecederaan kekejangan otot pada bahagian kakinya.
Walau begitu, dia tidak mengalah. Dengan semangat yang tinggi dan sokongan moral daripada peserta lain, Ikmal bangkit dan menghabiskan cabaran ini dengan penuh azam.
Apa yang paling mengagumkan tentang episod pertama ini ialah semangat kesukanan dan persaudaraan yang dipamerkan oleh semua peserta.
Walaupun cabaran ini menguji batas kemampuan mereka, sorakan dan dorongan daripada rakan-rakan peserta menjadi penyuntik semangat untuk mereka terus berjuang.
Akhirnya, kesemua 12 peserta ini berjaya menawan Menara KL, membuktikan bahawa mereka layak berada dalam program ini.
Namun, ini baru permulaan. Apa pula cabaran yang menanti mereka dalam episod kedua? Jangan lupa untuk menyaksikan ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Ria!
Adakah anda sudah bersedia untuk melihat siapa “Bro” sebenar di dalam program ini?
Jangan lupa untuk menyaksikan MASKULIN WHO’S YOUR BRO bermula 20 November, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ria.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menurut pelakon dan influencer terkenal, Imran Aqil, program realiti Who’s Your Bro yang diterbitkan oleh Astro membawa kelainan dan mencipta satu fenomena baharu dalam dunia hiburan Malaysia.
Sebagai program televisyen pertama bertemakan fitness, Imran memuji usaha Astro memperkenalkan konsep ini yang memberi inspirasi kepada penonton dari pelbagai latar belakang.
“Bila tengok peserta dari latar belakang berbeza ada doktor, anggota tentera, malah rider dispatch, ia menunjukkan bahawa sesiapa sahaja boleh kekal fit jika berusaha,” kata Imran.
Beliau percaya bahawa program ini mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan kecergasan.
Cabaran yang Menguji Mental dan Fizikal
Imran turut mengulas tentang cabaran yang dilalui para peserta dalam program tersebut.
Sebagai penonton, beliau mengakui bahawa halangan yang disediakan sangat mencabar dan memenatkan.
“Bila tengok mereka berjaya selesaikan cabaran, rasa terpegun. Pada mulanya saya ingat ada peserta seperti ‘pretty boy’ atau badan besar tak boleh buat, tapi rupanya mereka lebih daripada itu. Saya salute komitmen dan semangat kental mereka,” katanya.
Kejayaan peserta menyelesaikan cabaran yang sukar telah membuka mata Imran bahawa kemampuan seseorang tidak boleh dinilai secara luaran sahaja.
Baginya, semangat juang peserta adalah sesuatu yang wajar dicontohi oleh semua.
Sokongan Buat Kawan-Kawan
Imran turut menyatakan sokongan terhadap dua peserta kegemarannya, Ikmal Amry dan Hakimi Noordin, yang juga merupakan kenalannya.
“Saya ada dua orang kawan dalam program ini, jadi memang saya sokong mereka berdua setakat ini,” ujarnya sambil berharap mereka dapat terus memberikan persembahan terbaik dalam setiap cabaran.
@maskulinmySebagai penonton, Imran Aqil berkongsi apa yang membuatkan Who’s Your Bro begitu unik dan menarik adalah dari segi keaslian setiap cerita yang disampaikan, personaliti peserta yang pelbagai dan sentuhan kreatif yang membuatkan setiap episod penuh dengan kejutan! Jangan lupa saksikan Whos Your Bro setiap Jumaat jam 9 malam hanya di Astro Ria! #maskulin #majalahmaskulin #maskulinWhosYourBro #SiapaBrosSiapaLawan #astro♬ original sound – Maskulin
Imran Aqil percaya bahawa program seperti Who’s Your Bro bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi impak positif kepada masyarakat.
Penonton di rumah dapat mengambil inspirasi daripada peserta untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental.
Usaha Astro ini disifatkan sebagai satu langkah progresif dalam dunia penyiaran tempatan.
Who’s Your Bro membuktikan bahawa kecergasan bukan sekadar tentang fizikal, tetapi juga tentang semangat, keazaman dan kemampuan untuk mengatasi cabaran. Program ini pasti akan terus mencuri tumpuan ramai!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Walaupun memenangi Fire Fighter Challenge di episod 6 Maskulin Who’s Your Bro, Theebaan dan Hakimi “salute” kerjaya anggota bomba kerana tidak semua orang mampu lakukannya. Terima kasih Abang Bomba 🫡 #Maskulin #WhosYourBro#SiapaBroSiapaLawan♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
MASKULIN Who’s Your Bro (WYB) semakin hampir ke garisan penamat! Selepas lapan episod penuh aksi, semangat dan cabaran yang menguji keupayaan fizikal serta mental para peserta, kini hanya dua episod terakhir yang akan menentukan siapakah “Bro” yang benar-benar layak digelar juara!
Pada episod lalu, kita menyaksikan satu kejutan besar apabila berlaku ‘reset’ dalam pemilihan pasukan.
Ikmal dan Dr Shazif mengambil keputusan drastik untuk bertukar rakan pasukan, mencetuskan gandingan baru yang menjanjikan dinamika serta strategi berbeza.
Kini, barisan pasukan terdiri daripada Ikmal dan Hakimi, Dr Shazif dan Saddam, Theeban dan Syafiq serta Chee Wai dan Nad.
Cabaran minggu lalu, The Maze Warrior, benar-benar menguji kepekaan dan kebijaksanaan setiap Bros dalam mengemudi arah serta merancang strategi.
Dalam pertandingan yang penuh tekanan ini, Ikmal sekali lagi membuktikan bahawa dirinya bukan sekadar pelengkap dalam WYB apabila berjaya menakluki cabaran bersama Hakimi.
Kini, dalam episod ke-9, para Bros bakal berdepan dengan cabaran baharu yang lebih menguji kekuatan fizikal, mental dan daya tahan mereka. Kali ini, cabaran yang menanti mereka bukan calang-calang – TRIATHLON RACE!
Dalam cabaran ini, setiap pasukan perlu menamatkan tiga disiplin sukar secara berturut-turut: berenang, merangkak di bawah halangan, dan larian.
Ia bukan sekadar ujian kekuatan fizikal tetapi juga memerlukan ketahanan mental dan ketangkasan strategi. Siapa yang cukup kuat untuk menakluki cabaran ini? Pasukan mana yang bakal menyerlah dengan keupayaan luar biasa mereka?
Dan persoalan paling mendebarkan – adakah episod kali ini akan menyaksikan penyingkiran? Jika ya, siapakah yang bakal tersingkir sebelum menuju ke episod terakhir?
Jangan lupa untuk menyaksikan MASKULIN Who’s Your Bro Episod 9, malam ini jam 9 malam di Astro Ria! Siapakah Bro sejati, dan siapa pula yang bakal kecundang?
Siapa bro, siapa lawan?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Saddam Pittli, salah seorang peserta program realiti “Who’s Your Bro” (WYB), meluahkan perasaannya apabila dianggap sebagai peserta favorite oleh ramai penonton.
“Bila tahu saya ni favorite, saya terasa happy la juga. Dalam ramai-ramai peserta, kita jadi tumpuan. Tapi, dalam masa yang sama agak tertekan juga,” katanya.
Menurut Saddam, gelaran tersebut memberi tanggungjawab besar untuk sentiasa menunjukkan prestasi terbaik dalam setiap cabaran.
Sebagai seorang atlet, tekanan ini turut mendorongnya untuk kekal kompetitif.
“Saya ni jenis tak nak kalah. Setiap kali habis challenge, saya akan terus berlatih. Walaupun tak tahu apa cabaran akan datang, saya fokus kekalkan fitness dan strength,” tambahnya.
Strategi untuk Cabaran Bomba Episod Keenam
Dalam episod keenam yang menampilkan cabaran bomba, Saddam menjelaskan bahawa persediaan adalah kunci untuk menghadapi tugas mencabar itu.
“Kami baru tahu cabaran bomba pada hari kejadian. Tapi saya dah boleh agak, pernafasan adalah perkara paling penting. Saya pastikan diri sentiasa rileks supaya tak rasa panik,” jelasnya.
Saddam turut menegaskan bahawa cabaran bomba bukan mudah untuk diselesaikan.
Namun, dia beruntung kerana memiliki imuniti selepas memenangi episod kelima (King The Hill).
Imuniti ini memberikan kelebihan mental untuk kekal fokus dan bertenang sepanjang cabaran.
Kekal Fokus di Sebalik Harapan Penonton
Sebagai peserta yang sering menjadi perhatian, Saddam mengakui menerima pelbagai tanggapan dari penonton.
“Ada yang tak suka saya, kata saya bajet kuat, sombong dan macam-macam lagi. Tapi saya tak marah, malah ketawa bila dengar semua tu,” ujarnya dengan santai.
Walaupun menerima kritikan, Saddam melihatnya sebagai motivasi untuk terus memberikan yang terbaik.
“Saya atlet profesional, jadi saya dah biasa kawal banyak benda. Kata-kata negatif tak memberi kesan pada saya, malah buat saya lebih bersemangat untuk kekalkan momentum dalam setiap episod,” katanya.
Saddam juga sempat menepis salah faham tentang dirinya.
“Saya bukan jenis sombong. Tak kenal maka tak cinta,” ujarnya sambil ketawa.
Baginya, fokus dan keyakinan diri adalah kunci untuk terus cemerlang dalam program ini.
Sebagai peserta yang dianggap favorite, Saddam membuktikan bahawa gelaran tersebut bukanlah beban, tetapi cabaran yang menjadikannya lebih bersemangat.
Kecekalan dan sikap positifnya bukan sahaja menginspirasi, malah memberi gambaran bahawa kegigihan adalah kunci kejayaan dalam apa jua cabaran.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Segmen Maskulin Hobi kali ini, kita bersama dengan Amin Idris yang berkongsi kisah menarik tentang perjalanannya mengumpul patung figura Iron Man, dari sekadar hobi kepada minat sepenuh masa. Tonton video penuh tentang Amin Idris dan koleksinya di Facebook dan Youtube Maskulin! #Maskulin#Hobi#AminIdris#ironman♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.