Salah satu kunci tubuh badan sihat adalah menerusi pengambilan oat. Kesan pengambilannya mengenyangkan lebih lama kerana bahan ini kaya dengan kandungan serat, karbohidrat dan zat besi mampu diserap baik tubuh.
Namun, bukan itu saja yang menjadi tarikan bahan semula jadi ini, sebaliknya turut bermanfaat untuk kecantikan diri sekiranya disapu terus pada kulit.
Menurut satu kajian diketengahkan pakar kulit, Dr Susan Stuart, dilaporkan dalam Huffington Post, oat mengandung khasiat antiinflamasi dan antioksidan sangat baik untuk kulit sensitif serta mengatasi pelbagai masalah kulit.
Jika selama ini kita hanya menjadikan pengambilan oat berkhasiat untuk penjagaan tubuh, kini boleh digunakan untuk rejim penjagaan kulit.
Oat dikatakan menjadi antara bahan penjagaan kulit semula jadi terbaik kerana kemewahan kandungan protein, vitamin B dan Omega 3 baik untuk kesihatan kulit.
* Atasi masalah kaki pecah-pecah
Selain menggunakan krim kaki, oat juga dapat dijadikan sebagai lulur kaki bagi menghilangkan kesan kulit kering. Kandungan antiinflamasi dan antioksidan membuat kulit mati terangkat sempurna.
* Pembersih wajah
Oat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan boleh dijadikan sebagai bahan pembersih kulit wajah kerana ia berupaya melembapkan secara semula jadi. Penggunaannya sesuai untuk semua jenis kulit wajah, termasuk berminyak dan jerawat kerana kandungan saponin.
Saponin dapat menyerap minyak dan juga membersihkan liang roma tanpa meninggalkan kesan luka terhadap kulit sensitif.
Ia juga dapat mengecilkan kembali liang roma terbuka, sekali gus menanggalkan kotoran degil dari berkumpul di kawasan liang roma kulit wajah.
Ads
* Kembalikan kelembapan kulit wajah
Kandungan polisakarida dalam oat dapat menangani masalah kulit kering dan kusam.
Khasiat zat ini dapat mengubah tekstur oat menjadi kenyal seperti agar-agar jika terkena air dan melindungi kulit dari dehidrasi sehingga kulit tidak mudah kering dan kusam.
Kandungan nutrisi dan polisakarida dapat memberikan kelembapan pada kulit.
Ads
* Cerahkan ton dan haluskan kulit
Kandungan khasiatnya tinggi dapat mengembalikan keremajaan, sekali gus memberikan kesan kulit lebih cerah dan bebas dari kekotoran degil.
Selain menanggalkan sel kotor pada wajah bagi memastikan tekstur kulit sekata, oat juga mengurangkan bekas jerawat untuk kulit kelihatan normal.
* Lembutkan kulit
Oat juga dapat mengembalikan tangan kasar selepas banyak melakukan kerja rumah. Ia juga membantu menghilangkan kulit mati dan kotoran dengan baik.
* Bantu kulit bebas dari bakteria
Penghasilan minyak berlebihan akan menutupi liang roma, sekali gus mengakibatkan pengumpulan minyak muka berlebihan. Keadaan ini juga menjadi punca kepada kulit bermasalah dan jerawat.
Ads
Selain membersihkan minyak wajah berlebihan, oat juga dapat menanggalkan sel kulit mati dan kotoran degil tidak nampak oleh mata kasar pada kulit wajah.
* Tanggalkan sel kulit mati
Kulit perlu menjalani proses regenerasi untuk menghasilkan sel kulit baru dan sihat. Oleh itu proses penyingkiran atau pengelupasan amat penting untuk membolehkan kulit baru lebih sihat dan segar membentuk pada wajah.
Penggunaan oat sebagai bahan lulur juga tidak memberikan tekstur kasar untuk kulit wajah sensitif atau lembut.
Teksturnya terasa lembut tetapi untuk menanggalkan sel kulit mati.
* Menyerap lebihan minyak pada rambut
Selain mampu menyerap dan menghilangkan lebihan minyak serta kotoran pada kulit, oat juga membantu menyerap latihan minyak dan kotoran pada rambut.
Selain itu, penggunaan oat di kulit kepala juga dapat membantu mengurangkan kegatalan pada kulit kepala.
Info
Amalan penjagaan kulit menggunakan oat sudah pun bermula sejak zaman Mesir Purba.
Masyarakat kuno menjadikan oat sebagai bahan untuk menghilang kegatalan kulit atau kesan gigitan serangga.
Kemewahan khasiat serat dan asid amino dalam oat penting untuk membekalkan kecantikan kulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
BIDANG seni sememangnya boleh dianggap sebagai lubuk kekayaan. Masakan tidak, dengan hanya membintang beberapa buah filem dalam tempoh setahun, seorang pelakon boleh memperoleh gaji berjuta-juta setahun.
Selain menjadi pujaan dan igauan para gadis melayu, selebriti-selebriti drama ataupun filem daripada Korea Selatan ini juga sangat kaya. Tapi siapa yang paling kaya?
Berikut merupakan senarai 8 barisan orang pelakon Korea yang berpendapatan paling tinggi:
8. Song Joong Ki
Song Joong Ki adalah salah seorang pelakon Korea Selatan yang paling popular selepas memainkan peranan utama dalam drama, Descendants of the Sun pada tahun 2016. Beliau menjadi terkenal dalam drama Sungkyunkwan Scandal (2010) dan mempunyai peranan utama dalam melodrama The Innocent Man (2012)
Song Joong Ki dilaporkan dibayar sebanyak 60 juta won (RM 206,797.84) bagi setiap episod.
7. Lee Jong Suk
Pada usia 28, Lee Jong Suk telah berjaya dalam bidang yang diceburinya. Beliau terkenal setelah membintangi dalam School 2013 (2012),I Can Hear Your Voice (2013),Doctor Stranger (2014) dan Pinocchio (2014).Ini telah membuahkan hasil apabila dia telah menerima anugerah Pelakon Paling Popular di Anugerah Seni Baeksang ke-51.
Lee Jong Suk dilaporkan dibayar sebanyak 60 juta won ( RM 206,797.84) bagi setiap episod.
6. Yoo Ah In
Yoo Ah In menjadi popular setelah membintangi drama bersiri Sungkyunkwan Scandal (2010) dan menjadi terkenal kerana wataknya di dalam Punch (2011),melodrama Secret Love Affair (2014) dan banyak lagi. Beliau kini mempunyai tiga filem iaitu Punch,Veteran dan The Throne.
Yoo Ah In telah dibayar sebanyak 70 juta won (RM 241,451.33) bagi setiap episod.
5. Lee Min Ho
Pelakon yang sangat dikenali ramai, Lee Min Ho, melonjak naik namanya selepas memegang watak sebagai Gun Jun-pyo di dalam drama Boys Over Flowers pada tahun 2009.
Kini, beliau dilaporkan dibayar sebanyak 70 juta won (RM 241,451.33) bagi setiap episod tanpa mengira drama!
4. So Ji Sub
Setelah mendebut kerjayanya sebagai model jeans, So Ji Sub menjadi terkenal setelah memainkan peranan dalam drama siri televisyen I’m Sorry, I Love You, Cain and Abel, Phantom, Master’s Sun dan Oh My Venus, serta filem Rough Cut .
Soo Ji Sub melaporkan bahawa dia menerima 80 juta won (RM 275,989.73) bagi setiap episod tunggal.
3. Jo In Sung
Jo In Sung dipuji oleh penonton kerana prestasinya yang baik dalam drama terbarunya. Beliau terkenal dengan peranannya dalam drama siri televisyen What Happened in Bali (2004), That Winter, the Wind Blows (2013), and It’s Okay, That’s Love (2014),termasuk juga filem A Dirty Carnival (2006) dan A Frozen Flower (2008).
Beliau juga telah dilaporkan mendapat 80 juta won (RM275,986.50) bagi setiap episod.
2. Hyun Bin
Salah seorang pelakon yang terkenal di Korea ialah Hyun Bin. Beliau terkenal dalam drama televisyen My Name Is Kim Sam-soon (2005), The World That They Live In (juga dikenali sebagai Worlds Within) (2008) danSecret Garden (2010-2011).
Kejayaan dramanya Hyde,Jekyll and I telah menetapkan gajinya 100 juta won (RM RM 343,429.66) bagi setiap episod.
1. Kim Soo Hyun
Mendapat tempat pertama dalam senarai ini ialah Kim Soo Hyun yang telah membintangi pelbagai drama termasuklah My Love From Another Star, The Moon That Embraces the Sun, dan Producer. Popularitinya pada hari ini tidak akan membuatkan anda terfikir bahawa dia seorang anak yang tidak berani dalam khalayak ramai semasa di zaman sekolah menengah. Kejayaannya ketika ini di atas galakan ibunya untuk memasuki kelas berlakon sebelum menceburi bidang ini.
Kim Soo Hyun dibayar 100 juta won ( RM 343,429.66) bagi setiap episod.
Sumber : Taiko Tai
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kenapa bila hari bapa je korang nak hadiahkan beg?tie?pen? dan sebagainya? Memanglah definisi seorang bapa itu merujuk kepada kelakian tapi why not untuk kali ni korang hadiahkan sesuatu yang pelik? Mesti lawak! Semoga sambutan hari bapa kamu kali ini lebih meriah dengan barisan idea hadiah pelik untuk hari bapa.
Boxer (Superman)
Ini paling menggelikan hati! Siapa sangka kamu akan menghadiahkan ayah kamu boxer superman ini? Pasti dia terkejut. Walaupun dia tidak akan memakainya, pasti dia akan simpan hadiah kamu ini, tanda dia hargai pemberian kamu!
Butt Putt Practice Putter
Ayah kamu seorang yang sukakan sukan golf? Nah! Ini sangat sesuai dengannya.
Rugby Ball Paperweight
Jika ayah kamu seorang yang rajin membaca, tak salahkan untuk menghadiahkan sesuatu yang besar seperti ini? Paperweight ini boleh didapati dari pelbagai bentuk. Tapi untuk ayah yang terbaik, pilihan bentuk rugby ball ini adalah yang paling bagus.
Jurulatih sukan
Apa rasanya reaksi ayah kamu apabila kamu memberitahu dia hadiah hari bapanya sudah di luar rumah. Apabila ayah kamu melihat di luar rumah, sudah ada jurulatih yang berbadan sasa, tegap dan mungkin menakutkan sudah tercegat di depan rumah. Pasti dia terkejut! Meriahkan hari bapa kamu dengan melihat dia melakukan sedikit aktiviti sukan. Biar jurulatih itu megendalinya. Bukan untuk membebankan tapi hanya untuk berseronok dan mencuba sesuatu yang lain. Tapi ingat, janganlah suruh ayah kamu buat aktiviti yang kurang sesuai dengan umur dan kesihatannya.
Lilin Selamat Hari Bapa
Lilin? Seriously? Tapi jika lilin ini dinyalakan dan di letakkan di atas meja pada waktu malam saat kamu dan keluarga menonton tv, bukankah itu lebih mendamaikan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Baru-baru ini, tular di media sosial berhubung kewujudan stokin memaparkan kalimah Allah yang dijual di kedai rangkaian serbaneka, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd.
Penjualan stokin itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meluahkan rasa murka di atas insiden berkenaan.
Susulan itu, pelawak dan usahawan popular, Shuib menyatakan kesediaannya untuk mengundurkan diri sebagai duta KK Super Mart itu jika kedai rangkaian serbaneka itu terbukti bersalah dalam kontroversi ini.
Menerusi laporan Sinar Harian, selebriti berusia 39 tahun itu mengakui terkesan dengan apa yang berlaku dan bersetuju bahawa tindakan meletakkan kalimah Allah pada stoking merupakan penghinaan buat umat dan agama Islam.
“Kalau benar, saya tidak akan sokong, saya tidak akan mengiyakan langsung. Ini tanggungjawab saya sebagai seorang umat Islam.
“Perkara ini masih belum selesai dan siasatan sedang dilakukan, tetapi saya akan berdiri teguh sebagai umat Islam di mana apabila perkara yang tidak betul, salah, dan melanggar peraturan berlaku, saya tidak akan sokong,” kata Shuib.
Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhammad, kecuaian hingga menyentuh sensitiviti agama, bangsa dan institusi diraja (3R) tidak seharusnya berlaku dalam mana-mana perniagaan dan sesebuah syarikat haruslah meningkatkan usaha bagi kawalan kualiti.
“Kita akan marah kerana isu membabitkan kalimah Allah sangat besar. Apa yang berlaku sangat keji,” tegasnya.