Pelbagai produk yang keluar di pasaran dengan pelbagai cara pemasaran. Cara pemasaran yang paling berkesan adalah dengan mengatakan produk mereka boleh menghasilkan kesan yang ketara kepada si pemakai.
Daripada kebolehan merawat kencing manis hinggalah merawat kanser. Sedangkan mereka sendiri tidak mengkaji adakah produk mereka benar-benar berkesan seperti apa yang mereka nyatakan.
Dalam post ini, kami ingin menceritakan pula berkenaan produk makanan yang dikatakan boleh tambah ketinggian.
Perlu diketahui oleh para pembaca yang ketinggian bertambah disebabkan wujudnya satu lapisan yg dinamakan sebagai ephyphiseal plate(growth plate)
yang terletak di bahagian hujung tulang.Growth plate terletak pada hujung tulang. Bahagian inilah yang akan menyebabkan penambahan ketinggian pada seseorang individu
Lapisan growth plate ini terdiri daripada tisu rawan(cartilage) yang mempunyai beberapa jenis sel iaitu:
1) sel chondrocytes: Berfungsi untuk menambahkan tisu rawan agar tulang semakin panjang
2) sel osteoblast: Berfungsi sebagai sel yang akan mengeraskan tisu rawan supaya ia menjadi tulang. Ia berlaku dengan cara sel osteoblast meletakkan unsur kalsium ke dalam tisu rawan tersebut
Chondrocytes hasilkan tisu rawan dan osteoblast pula akan mengeraskan tisu rawan itu supaya menjadi tulang. Perbuatan yang berulang-ulang ini akan menyebabkan tulang semakin panjang
Perlu diketahui bahawa, ephyphiseal plate sangat dipengaruhi oleh ‘growth hormone’ yg dihasilkan pada kalenjar pituitary pada otak. Jika hormon tersebut berada pada tahap yang sepatutnya, maka ketinggian sesorang itu pun akan bertambah seperti biasa
Jika hormon tersebut terlampau banyak ia akan menyebabkan seseorang itu mempunyai ketinggian yang luar biasa dan penyakit ini dikenali sebagai ‘gigantism’
Kajian yang dibuat pada tikus, menunjukkan hormon estrogen yang tinggi ketika baligh akan menyebabkan sel condrocytes mengalami ‘apoptosis’(sel itu mati). Ia akan menyebabkan tisu rawan(cartilage) tidak dapat dihasilkan. Dan akhirnya semua tisu rawan tersebut akan ditukarkan menjadi tulang oleh sel osteoblast.
Maka, growth plate hilang kerana berubah menjadi tulang. Bila tiada ephyphiseal plate, maka tiada penambahan dalam ketinggian.
Begitu juga yang berlaku pada manusia, apabila telah mencapai umur 19 ke 21, growth plate akan hilang dan manusia akan berhenti memanjang.
Graf ketinggian untuk kanak-kanak lelaki ini menunjukkan bahawa pertambahan ketinggian manusia akan semakin mendatar apabila berumur 19-21 tahun
Kesimpulan: Tiada produk makanan yang boleh tambah ketinggian terutamanya yang sudah berumur 20 tahun lebih.