Pelbagai produk yang keluar di pasaran dengan pelbagai cara pemasaran. Cara pemasaran yang paling berkesan adalah dengan mengatakan produk mereka boleh menghasilkan kesan yang ketara kepada si pemakai.
Daripada kebolehan merawat kencing manis hinggalah merawat kanser. Sedangkan mereka sendiri tidak mengkaji adakah produk mereka benar-benar berkesan seperti apa yang mereka nyatakan.
Dalam post ini, kami ingin menceritakan pula berkenaan produk makanan yang dikatakan boleh tambah ketinggian.
Bagaimana panjang bertambah?
Perlu diketahui oleh para pembaca yang ketinggian bertambah disebabkan wujudnya satu lapisan yg dinamakan sebagai ephyphiseal plate(growth plate) yang terletak di bahagian hujung tulang.
Growth plate terletak pada hujung tulang. Bahagian inilah yang akan menyebabkan penambahan ketinggian pada seseorang individu
Ads
Lapisan growth plate ini terdiri daripada tisu rawan(cartilage) yang mempunyai beberapa jenis sel iaitu:
1) sel chondrocytes: Berfungsi untuk menambahkan tisu rawan agar tulang semakin panjang
2) sel osteoblast: Berfungsi sebagai sel yang akan mengeraskan tisu rawan supaya ia menjadi tulang. Ia berlaku dengan cara sel osteoblast meletakkan unsur kalsium ke dalam tisu rawan tersebut
Chondrocytes hasilkan tisu rawan dan osteoblast pula akan mengeraskan tisu rawan itu supaya menjadi tulang. Perbuatan yang berulang-ulang ini akan menyebabkan tulang semakin panjang
Ads
Apa yang mempengaruhi Growth plate?
Perlu diketahui bahawa, ephyphiseal plate sangat dipengaruhi oleh ‘growth hormone’ yg dihasilkan pada kalenjar pituitary pada otak. Jika hormon tersebut berada pada tahap yang sepatutnya, maka ketinggian sesorang itu pun akan bertambah seperti biasa
Jika hormon tersebut terlampau banyak ia akan menyebabkan seseorang itu mempunyai ketinggian yang luar biasa dan penyakit ini dikenali sebagai ‘gigantism’
Seseorang itu akan berhenti meninggi bila berumur 19-21 tahun
Kajian yang dibuat pada tikus, menunjukkan hormon estrogen yang tinggi ketika baligh akan menyebabkan sel condrocytes mengalami ‘apoptosis’(sel itu mati). Ia akan menyebabkan tisu rawan(cartilage) tidak dapat dihasilkan. Dan akhirnya semua tisu rawan tersebut akan ditukarkan menjadi tulang oleh sel osteoblast.
Ads
Maka, growth plate hilang kerana berubah menjadi tulang. Bila tiada ephyphiseal plate, maka tiada penambahan dalam ketinggian.
Begitu juga yang berlaku pada manusia, apabila telah mencapai umur 19 ke 21, growth plate akan hilang dan manusia akan berhenti memanjang.
Graf ketinggian untuk kanak-kanak lelaki ini menunjukkan bahawa pertambahan ketinggian manusia akan semakin mendatar apabila berumur 19-21 tahun
Kesimpulan: Tiada produk makanan yang boleh tambah ketinggian terutamanya yang sudah berumur 20 tahun lebih.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bernikah, berkahwin atau kata lain mendirikan rumahtangga merupakan sebuah proses yang sangat kompleks yang memerlukan persediaan fizikal,bahkan mental yang tinggi.
Menurut kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sebab utama rakyat Malaysia memilih untuk tidak berkahwin berbeza mengikut jantina. Lebih separuh responden lelaki meletakkan masalah kewangan sebagai punca tidak berkahwin walaupun sudah menemui pasangan yang sesuai. 35 peratus responden wanita menyatakan punca mereka tidak berkahwin adalah kerana tidak menemui pasangan yang sesuai.
Berikut adalah tujuh penghalang paling besar yang admin rasakan kerap menjadi punca mengapa seseorang itu enggan berkahwin dan mengapa masyarakat perlu bersedia untuk berubah sekiranya kita masih sayangkan institusi perkahwinan.
1. Kita tetapkan hantaran tinggi
Agak tak logik permintaan masyarakat kita tentang perihal hantaran sekarang ini. Dengan kos sara hidup yang meningkat, jumlah mereka yang mempunyai simpanan melebihi 6 bulan gaji di negara kita adalah hanya 6 peratus sahaja. Tetapi seperti sudah biasa pula kita dengar hantaran perkahwinan melebihi RM10 ribu ringgit, sehinggakan ramai anak muda kita memilih untuk tidak berkahwin selagi tidak ada wang hantaran yang cukup. Sekiranya pihak keluarga perempuan merasakan hantaran itu perlu, kenapa selalunya nilai yang ditetapkan tak masuk akal?
Memang sukar untuk dipercayai dalam sebuah masyarakat yang setuju banyak perkara memerlukan kos yang tak masuk akal, kita sendiri burukkan lagi dengan permintaan hantaran yang mampu membuatkan ramai lelaki rasa lebih baik membujang.
2. Masyarakat terkejut kalau kenduri diadakan ringkas!
Dek kerana kita dah terbiasa dengan kenduri yang besar, kenduri-kenduri yang diadakan secara kecil-kecilan atau sederhana kerap dijadikan isu viral. Kita semua tahu kenapa perkara itu berlaku; jangkaan masyarakat terhadap sesuatu kenduri itu normanya berada di satu tahap yang agak tinggi. Kenduri yang besar kerap dijadikan contoh pada masyarakat kita, selain pengaruh pihak media yang kerap menjulang perkahwinan bersifat mega atau ‘wedding of the year’ selebriti.
Ini menjadikan perkahwinan kecil dipandang unik sementara perkahwinan besar dianggap norma masyarakat. Sama seperti hantaran, ini juga satu perkara yang berada dalam kawalan kita tetapi entah mengapa, kita sendiri setuju untuk menyusahkan pasangan dan keluarga.
3. Ramai takut hidup berubah selepas berkahwin
Sudah pasti hidup kita akan melalui banyak perubahan ekoran perkahwinan. Anak muda yang sebelum ini bebas keluar siang malam tiba-tiba perlu menghadkan masanya untuk rumah. Gadis yang sebelum ini bebas, tiba-tiba perlu memikul tanggungjawab menjadi suri rumah. Kesan yang paling ketara ketara dalam karier. Bagaimanapun, meletakkan karier nombor satu bukanlah solusi kepada isu ini, kerana ini akan membawa kepada masalah lain kemudian hari. Apa yang lebih baik sebenarnya adalah anda mengorbankan diri melakukan kedua-duanya serentak, tanpa memilih salah satu sejak mula.
Kenapa kita hadkan diri kita salah satu, sama ada memilih karier atau memilih untuk membangunkan keluarga?
4. Tak suka terikat dengan Komitmen
Justeru lelaki beranggapan mereka tidak kesunyian dengan masa terluang mereka dihabiskan menghadap komputer. Jika berkahwin, pasti mereka tidak berkesempatan melakukan itu semua dan perlu memenuhi tanggungjawab sebagai suami dan bapa.
Orang zaman sekarang ini terlalu manja. Oleh kerana kita ada banyak minat, banyak hobi serta banyak kemahuan sendiri – kita rasakan baik untuk kita mementingkan. Akan tiba satu masa kita tersedar, barulah kita rasa gelabah untuk berubah melihat orang lain gembira bersama keluarga.
5. Rekod media sosial bakal pasangan
Jika zaman dahulu kualiti seseorang bakal pasangan hanya dapat dinilai daripada tingkah laku dan kelakuan, zaman sekarang bukan setakat pasangan, seluruh ahli keluarga dapat menilai sendiri bagaimana bakal pasangan keluarga kita melalui perkara yang direkodkan dalam media sosial. Apa saja perangai tak senonoh, mengada-ngada atau memalukan yang berlaku dicatat dalam internet, daripada gambar bersama bekas kekasih, aktiviti harian, siapa jaringan kawan kita, corak hidup kita dan bermacam lagi.
6. Tak fikir masa depan
Majlis perkahwinan zaman sekarang sudah jadi satu bukti nyata pemikiran singkat, di mana seseorang itu dianggap perlu bersedia membelanjakan satu amaun yang banyak untuk upacara dua tiga hari. Kes-kes pasangan berkahwin dan kemudian bersusah payah membayar pinjaman peribadi sudah jadi perkara biasa. Kes bercerai sebelum habis bayar pinjaman pun dah selalu dibaca.
Sudah banyak tips dan nasihat ditulis bagi membantu pasangan mendapatkan pinjaman dalam internet! Bukankah itu sesuatu yang gila? Perkara yang sepatutnya dilakukan adalah dengan mengubah mentaliti masyarakat supaya hanya berbelanja sekadar mampu. Namun dalam dunia yang semakin materialistik ini, ramai pula orang yang sanggup berkorban untuk kemewahan sementara kemudian mengeluh kesusahan nak kumpul deposit beli rumah sepanjang hayat mereka.
7. Ilusi pilihan yang menipu
Masyarakat dunia ketika ini kerap menekankan kepentingan mengutamakan pilihan peribadi pada manusia. Setiap pilihan individu dikatakan terbaik untuk diri sendiri kerana kita diyakinkan pilihan sendiri, adalah pilihan yang terbaik untuk kita. Kita rasa hebat bila kita mampu buat pilihan sendiri, tanpa campur tangan pihak lain – tetapi dalam hidup bermasyarakat dan berkeluarga, pendapat pihak lain sebenarnya sangat penting dalam membantu kita membuat keputusan.
Banyak pilihan dibuat berdasarkan hawa nafsu semata-mata tanpa memikirkan sebab praktikal dan kesan jangka panjang keputusan yang akan kita buat. Atas sebab itulah pada admin, terlalu ramai individu yang takut untuk kahwin, kerana kita masih lagi mahu kawalan sepenuhnya ke atas hidup kita. Kita takut dengan perkahwinan kerana itu akan membuat kita hilang kawalan dan terpaksa ‘go with the flow’ dengan hidup, ekoran tanggungjawab baru berkeluarga.
Dalam bab kehidupan selepas perkahwinan, perubahan yang bakal berlaku dan kesan-kesan positif serta negatif yang akan terjadi akibat perkahwinan pula, itu pula isu yang anak muda zaman sekarang cuba nak kawal sebaik mungkin, walaupun perkara itu belum berlaku.
Rujukan : Till Debt Do Us Part
Via : Illuminasi
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebut sahaja namanya pasti ramai akan mula membayangkan kelunakan suara serba elegan ari vokalis yang cukup ikonik pada era kini. Anur Zain kini berada dalam kelasnya tersendiri dengan pengalamannya dalam industri hiburan selama kira-kira 40 tahun.
Terbaru, Anuar Zain mengajak peminat dan juga penggemar muzik untuk sama-sama menerokai momen manis bersamanya menerusi acara eksklusif, ‘Anuar Zain 40 Exclusive Up Close And Personal’.
Namun ia bukanlah acara yang biasa kerana ‘ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL’ hanya dibuka secara eksklusif buat mereka yang menghadiri AZ40 dan berdaftar melalui JioTix.
Lebih menarik, menerusi acara ‘ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL’ dilaporkan dua sejarah baharu akan dicipta bersama pelantun suara ‘Lelaki Ini.’
Acara pada kali ini bukan sahaja menjadi medan apresiasi dari Anuar Zain buat peminatnya sejak 40 tahun lalu tetapi ia akan menjadi satu-satunya acara eksklusif bintang kesayangan ramai ini disamping meraikan ulang tahunnya yang ke-53.
Ia dijadualkan berlangsung pada 17 Februari 2024, bermula jam 3 petang. di JioSpace, Petaling Jaya.
“Acara ini juga merupakan tanda terima kasih yang tulus atas sokongan tidak berbelah bahagi yang diterima sepanjang kerjayanya dalam industri muzik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif JioBuddy, Sean Ng.
Bukan sekadar acara pertemuan biasa, malah merupakan bonus berganda buat peminat yang berjaya mendapatkan tiket ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL ialah anda akan dihiburkan dengan 10 lagu daripada Anuar secara eksklusif!
“Bertemu Anuar Zain, menyambut hari lahirnya, dan menikmati persembahan terbaiknya. Ini adalah cara terbaik untuk memulakan 2024 anda,” kata Sean Ng lagi.
Buat mereka yang menghadiri Anuar Zain 40th Anniversary Concert yang lalu, anda boleh mendapatkan tiket utama (priority tickets) ini bermula dari 5 Januari sehingga 9 Januari 2024, 11:59 malam dengan menyemak e-mel anda daripada JioTix.
Tiket akan dibuka untuk pembelian umum pada 10 Januari 2024. Jadi, dapatkan tiket utama (priority tickets) anda dengan melayari pautan ini: https://www.jiotix.asia/.
Selepas pembelian, e-mel pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan dengan JioTix. Tiket anda akan dihantar melalui e-mel ke akaun anda dua minggu sebelum tarikh acara.
Untuk setiap pembelian tiket VIP 1 (RM688), nikmati hadiah tambahan bernilai RM34 mata JioRewards, untuk sebuah malam yang tidak boleh dilupakan. Beli tiket VIP 2 (RM588), dan terima RM29 dalam mata JioRewards, manakala pembelian tiket Diamond (RM388) membawakan anda mata ganjaran bernilai RM19.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian hotline tiket di 011-11900518.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Amy Search, penyanyi rock legenda, memberitahu peminatnya di media sosial bahawa di telah menjejakkan kaki ke gunung Annapurna, Nepal dan misinya untuk menawan puncak gunung kedua terkenal itu. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menggunakan platform Instagram untuk berkongsi perkembangan perjalanannya mendaki puncak gunung tersebut bersama isterinya dan rakan-rakan yang lain.
Amy berkongsi bahawa dia telah berjaya dalam misinya menawan puncak gunung Annapurna dan kejayaan itu nyata membuatnya sebak dan terharu kerana berupaya melengkapkan misinya.
Untuk pengetahun Annapurna Base Camp( ABC) merupakan jalur pendakian gunung kedua popular di Nepal, selepas Everest. Selain itu ia juga salah satu daripada tiga puncak tertinggi yang terdapat di pergunungan Himalaya. Jadi kira hebat jugak lah Amy menawan puncak ini di usia 60 tahun.
Ini kita lihat pengalaman yang dikongsikan oleh Amy search sebelum beliau sampai ke puncak gunung ini.
Tidak Putus Asa & Saat-saat Terindah Itu Akhirnya Sampai Jua
Saat ini ABC hanya lebih kurang 200meter dari pandangan dan salji pun turun. Aku bersama Raj, Loe dn Jamal. Raj porter dn sweeper utk pastikan semua dlm keadaan steady. Masa salji turun happy sngt rasa. Aku ckp kt Jamal kita pelan2 kayuh. Aku ingat lagi terjumpa dua org peminat cina pesan jgn kelam kabut atau erti kata utk elakkan terkena EMS. Lepas salji terhenti keadaan jadi sejuk dan dapat aku rasa tangan aku rasa sejuk yg teramat. Aku cakap dekat Loe aku perlu mountain jacket pda porter Gopal dan Loe beri gloves untuk aku pakai. Loe terus jalan dulu untuk inform porter Gopal hntar mountain jacket aku. Cuaca bertmbah sejuk lgi bila kabus mula turun dn ABC dh tiada dlm pandangan.
Jika sblom ni setiap 10 langkah aku berhenti kelelahan tpi kini 3 langkah aku berhenti amik nafas. 3 langkah degupan jantung aku rasakn mcm baru lps lari 100meter. Ini sema sbab oksigen yg smakin nipis. Memang gila tpi aku tk gila, aku tk pernah ada rasa putus asa atau kesal dn aku tau aku akn smpai di situ, ini impian aku. Wife dn yg lain semua nya dh smpai cuma aku dn Jamal jer. Aku terasa panic bila aku tngok Jamal dh mula mcm nk muntah, tulang pinggul kiri kanan aku mula terasa menarik dn tiba2 berbunyi ‘ting’ di belakang telinga aku.
Aku berhenti amik nafas yg dlm. Porter Raj dtg bertnya aku ok tk? Smbil merenung mata aku. Raj bagi jacket dia utk aku pakai dn beri aku air halia suam dn coklat. Dlm perjlnan porter Raj ckp nourish on walkie talkie nk ckp dgn aku. Wife aku ckp ” sayang u cn do it” aku jwp I will be there tpi dia bunyi dlm kebimbangan sbab aku tnpa mountain jacket dn suhu smakin lama smakin sejuk. Hujung nafas aku terasa perit tpi terus melangkah. Seminit lps tu porter Milan dn porter Purna smpai dgn mountain jacket dn bantu aku jln menuju ke puncak impian yg hnya 100meter di hadapan. Saat2 terindah itu akhir nya smpai jua. Isteri mnyambut aku di gerbang itu. keadaan yg berkabus tebal melindungi puncak gunung Annapurna tiba2 terbuka mnyambut kedatangan aku… begitu lah kebesaran Allah. Syukur Alhamdulillah