Jika semua teknik memikat sudah anda cuba dan sehingga kini masih belum berjaya jumpa Mrs. Right, mungkin anda perlu ambil langkah berlawanan.

Setiap lelaki punya teknik memikat tersendiri, ceduk satu dua cara mungkin anda akan bertuah nanti.

Masih Single? Rasa Loser Kerana Tiada Pasangan? Gunakan Tip “Flirt” Yang Mudah Dan Berkesan Ini!

Ambil langkah pertama

Lelaki yang confident akan terus menegur dan mengambil langkah pertama seperti bertukar nombor telefon. Terus terang saja, tidak perlu membuang masa memberi isyarat-isyarat yang mungkin tidak berbalas nanti. Sesetengah wanita suka pada lelaki yang tahu apa yang mereka mahukan.

IKLAN

“Excuse me, kita pernah berjumpa sebelum ini?”

Ramai wanita sudah lali dengan taktik yang cheesy ini. Mungkin taktik ini boleh dikitar semula kepada wanita idaman anda. Ini merupakan cara paling mudah untuk menarik perhatian si dia, dalam masa sama menunjukan sisi kasual anda. Mudah saja, jangan lakukan cara ini dengan serius. Jika taktik ini berjaya menarik perhatian si dia, sudah tentu dia akan mengingati anda.

Masih Single? Rasa Loser Kerana Tiada Pasangan? Gunakan Tip “Flirt” Yang Mudah Dan Berkesan Ini!

IKLAN

Malu bertanya, sesat jalan

Pernah menonton karaktor lakonan Ryan Gosling dalam filem ‘Crazy, Stupid, Love’? Teknik flirting lelaki untuk  kenali wanita adalah dengan bertanya soalan-soalan asas. Jangan hanya berdiam diri. Mulakan perbualan dengan topik seperti kerjaya, hobi dan impian. Dari situ anda dapat ketahui serba sedikit tentang latar belakang si dia dan tahap keserasian antara anda berdua.

Elemen misteri

Pernahkah anda alami pengalaman si dia tiba-tiba berubah 180 darjah? Ataupun dia tidak lagi menunjukkan minat seperti minggu sebelumnya? Tiru dan lakukan perkara yanga sama. Cari alasan untuk menguji dia, tetapi anda harus berhati-hati supaya ia tidak dilakukan secara melampau. Hembuskan aura misteri, si dia pasti akan mengejar untuk menangkap anda kembali.

IKLAN

 

sumber: lelakisihat.com

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI