Kereta

Masih Ada ‘Pomen’ Jujur, Lelaki Kongsi Mekanik Kereta Tak ‘Tekan’ Pelanggan Baiki Kereta

Share

Apabila kereta rosak, mulalah kita menyalahkan jenama kereta tersebut. Tak baguslah, kualiti rendahlah. Namun hakikatnya, daya tahan sesebuah kereta itu bergantung kepada cara kita menjaganya dan bukan disebabkan kualiti semata-mata.

Tambahan pula, bila dihantar ke bengkel macam-macam benda yang disuruh tukar walaupun tak perlu sebenarnya. Tapi jangan menuduh sembarangan, masih ada ‘pomen’ yang jujur dan iklhas menolong pelanggan.

Menerusi hantaran di X, Amal berkata kawannya telah ke beberapa bengkel dan dimaklumkan dia perlu menukar 1 set absorber bahagian belakang yang mencecah RM700.

Member datang masalah absorber, 2-3 bengkel suruh tukar 1 set belakang. Jumpa pomen ni, tukar bush harga berapa puluh ringgit je setel. Tapi kesian la sale jadi rendah. Diorang kata; Tak apa, rezeki Allah yang bagi.

Member datang masalah absorber, 2-3 bengkel suruh tukar 1 set belakang. Jumpa pomen ni, tukar bush harga berapa puluh ringgit je setel. Tapi kesian la sale jadi rendah. Diorang kata; Tak apa, rezeki Allah yang bagi.

 

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai di X dan turut tular di Facebook di mana rata-ratanya berkongsi hantaran itu agar pemilik bengkel terbabit akan mendapat lebih ramai pelanggan.

Ramai yang seronok membaca kisah tentang mekanik yang bekerja dengan jujur kerana ia sangat jarang ditemui dalam masyarakat kita.

Sumber : Sinar Harian, X
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Published by
Nana