Automotif

Masalah Stereng Bergegar Kuat Dan Bagaimana Cara Mengatasinya

Share

Sedang syok memandu tiba-tiba anda dapat rasakan ada gegaran semacam pada stereng. Masalah stereng bergegar kuat ketika memandu adalah satu isu yang tidak boleh diabaikan kerana ia boleh menjejaskan keselamatan anda di jalan raya.

Kondisi tidak normal berlaku pada stereng ini boleh muncul pada pelbagai kelajuan. Namun kebiasaannya ia berlaku apabila kereta sedang meluncur laju.

Terdapat beberapa punca utama yang menyebabkan masalah ini, dan setiap satu daripadanya memerlukan pendekatan penyelesaian yang berbeza.

1. Tayar Tidak Seimbang

Tayar yang tidak seimbang adalah salah satu punca paling biasa bagi masalah stereng bergegar.

Apabila tayar tidak seimbang, berat tidak diedarkan secara sekata, menyebabkan tayar ‘melompat’ sedikit semasa berputar. Ini boleh menyebabkan gegaran pada stereng terutama pada kelajuan tinggi.

Cara Mengatasi:
Pastikan tayar kenderaan anda sentiasa seimbang dengan melakukan balancing setiap kali anda menukar tayar atau sekurang-kurangnya setiap 10,000 kilometer. Proses ini melibatkan penambahan pemberat pada rim tayar untuk memastikan beratnya sekata.

2. Alignment Tayar Tidak Tepat

Masalah stereng bergegar juga boleh berlaku bila penyelarasan roda tidak tepat. Apabila roda tidak sejajar dengan betul, tayar mungkin haus secara tidak sekata. Dan ini akan menyebabkan gegaran pada stereng ketika memandu.

Cara Mengatasi:
Lakukan pemeriksaan dan penyelarasan roda secara berkala. Penyelarasan yang tepat bukan sahaja mengurangkan gegaran tetapi juga membantu memanjangkan jangka hayat tayar anda.

3. Tayar Haus atau Rosak

Kondisi tayar yang teruk seperti haus atau ada kerosakan seperti benjolan atau retakan boleh menyebabkan stereng bergegar.

Tayar yang sudah tidak rata juga akan memberikan cengkaman yang tidak sekata di jalan raya, menyebabkan stereng tidak stabil.

Cara Mengatasi:
Periksa keadaan tayar secara berkala untuk memastikan tiada kerosakan atau kehausan yang melampau. Jika tayar menunjukkan tanda-tanda kerosakan, segera gantikannya dengan tayar yang baru.

4. Masalah Sistem Brek

Jika gegaran pada stereng berlaku ketika anda menekan brek, ia mungkin berpunca daripada cakera brek yang tidak rata atau haus.

Ini menyebabkan pad brek tidak mencengkam dengan sekata, dan menghasilkan gegaran pada stereng.

Cara Mengatasi:
Bawa kenderaan anda ke bengkel untuk memeriksa cakera brek. Jika didapati cakera brek tidak rata atau sudah haus, ia perlu dimesin semula atau digantikan dengan yang baru.

BACA: Brek Kereta Tak Berfungsi Waktu Memandu, 6 Langkah Penting Ini Membantu Selamatkan Nyawa

5. Masalah Komponen Suspensi

Komponen suspensi yang sudah haus atau rosak, seperti bushing atau ball joint, juga boleh menyebabkan stereng bergegar.

Sistem suspensi yang bermasalah tidak dapat menyerap hentakan dengan baik, dan ini akan dihantar terus ke stereng.

Cara Mengatasi:
Lakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas sistem suspensi, terutama jika kenderaan anda sudah lama. Jika terdapat komponen yang haus atau rosak, gantikannya dengan segera.

6. Rim Bengkok atau Rosak

Rim yang bengkok atau rosak akibat melanggar lubang jalan atau kemalangan kecil juga boleh menyebabkan gegaran pada stereng. Rim yang tidak bulat sempurna akan menyebabkan tayar berputar dengan tidak sekata.

Cara Mengatasi:
Periksa keadaan rim dan pastikan ia dalam keadaan baik. Jika rim didapati bengkok atau rosak, gantikan dengan rim yang baru atau baikinya jika masih boleh digunakan.

Jadi kita perlu ingat dan berwaspada. Masalah stereng bergegar merupakan petanda bahawa terdapat masalah pada kenderaan yang perlu diberi perhatian segera.

Kita juga selalu kena ingat untuk servis berkala dan membawa kenderaan anda ke bengkel profesional apabila berhadapan dengan masalah ini.

Dengan tindakan yang cepat dan tepat, anda dapat mengelakkan masalah yang lebih besar dan menjaga kenderaan anda dalam keadaan optimum.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim