Sedang syok memandu tiba-tiba anda dapat rasakan ada gegaran semacam pada stereng. Masalah stereng bergegar kuat ketika memandu adalah satu isu yang tidak boleh diabaikan kerana ia boleh menjejaskan keselamatan anda di jalan raya.
Kondisi tidak normal berlaku pada stereng ini boleh muncul pada pelbagai kelajuan. Namun kebiasaannya ia berlaku apabila kereta sedang meluncur laju.
Terdapat beberapa punca utama yang menyebabkan masalah ini, dan setiap satu daripadanya memerlukan pendekatan penyelesaian yang berbeza.
1. Tayar Tidak Seimbang
Tayar yang tidak seimbang adalah salah satu punca paling biasa bagi masalah stereng bergegar.
Apabila tayar tidak seimbang, berat tidak diedarkan secara sekata, menyebabkan tayar ‘melompat’ sedikit semasa berputar. Ini boleh menyebabkan gegaran pada stereng terutama pada kelajuan tinggi.
Cara Mengatasi:
Pastikan tayar kenderaan anda sentiasa seimbang dengan melakukan balancing setiap kali anda menukar tayar atau sekurang-kurangnya setiap 10,000 kilometer. Proses ini melibatkan penambahan pemberat pada rim tayar untuk memastikan beratnya sekata.
2. Alignment Tayar Tidak Tepat
Masalah stereng bergegar juga boleh berlaku bila penyelarasan roda tidak tepat. Apabila roda tidak sejajar dengan betul, tayar mungkin haus secara tidak sekata. Dan ini akan menyebabkan gegaran pada stereng ketika memandu.
Cara Mengatasi:
Lakukan pemeriksaan dan penyelarasan roda secara berkala. Penyelarasan yang tepat bukan sahaja mengurangkan gegaran tetapi juga membantu memanjangkan jangka hayat tayar anda.
Ads
3. Tayar Haus atau Rosak
Kondisi tayar yang teruk seperti haus atau ada kerosakan seperti benjolan atau retakan boleh menyebabkan stereng bergegar.
Tayar yang sudah tidak rata juga akan memberikan cengkaman yang tidak sekata di jalan raya, menyebabkan stereng tidak stabil.
Cara Mengatasi:
Periksa keadaan tayar secara berkala untuk memastikan tiada kerosakan atau kehausan yang melampau. Jika tayar menunjukkan tanda-tanda kerosakan, segera gantikannya dengan tayar yang baru.
4. Masalah Sistem Brek
Jika gegaran pada stereng berlaku ketika anda menekan brek, ia mungkin berpunca daripada cakera brek yang tidak rata atau haus.
Ini menyebabkan pad brek tidak mencengkam dengan sekata, dan menghasilkan gegaran pada stereng.
Ads
Cara Mengatasi:
Bawa kenderaan anda ke bengkel untuk memeriksa cakera brek. Jika didapati cakera brek tidak rata atau sudah haus, ia perlu dimesin semula atau digantikan dengan yang baru.
Komponen suspensi yang sudah haus atau rosak, seperti bushing atau ball joint, juga boleh menyebabkan stereng bergegar.
Sistem suspensi yang bermasalah tidak dapat menyerap hentakan dengan baik, dan ini akan dihantar terus ke stereng.
Cara Mengatasi:
Lakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas sistem suspensi, terutama jika kenderaan anda sudah lama. Jika terdapat komponen yang haus atau rosak, gantikannya dengan segera.
Ads
6. Rim Bengkok atau Rosak
Rim yang bengkok atau rosak akibat melanggar lubang jalan atau kemalangan kecil juga boleh menyebabkan gegaran pada stereng. Rim yang tidak bulat sempurna akan menyebabkan tayar berputar dengan tidak sekata.
Cara Mengatasi:
Periksa keadaan rim dan pastikan ia dalam keadaan baik. Jika rim didapati bengkok atau rosak, gantikan dengan rim yang baru atau baikinya jika masih boleh digunakan.
Jadi kita perlu ingat dan berwaspada. Masalah stereng bergegar merupakan petanda bahawa terdapat masalah pada kenderaan yang perlu diberi perhatian segera.
Kita juga selalu kena ingat untuk servis berkala dan membawa kenderaan anda ke bengkel profesional apabila berhadapan dengan masalah ini.
Dengan tindakan yang cepat dan tepat, anda dapat mengelakkan masalah yang lebih besar dan menjaga kenderaan anda dalam keadaan optimum.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
BMW Group Financial Services Malaysia telah memulakan inisiatif baharu untuk mengumpul dana bagi membantu Refuge for the Refugees dan Empire Project.
Ia merupakan pertubuhan tempatan yang giat menyalurkan bantuan makanan kepada warga komuniti yang tersisih dan yang kurang bernasib baik di Malaysia di kala wabak COVID-19. Pertubuhan-pertubuhan ini turut disokong oleh BMW Group Malaysia dari segi keperluan logistik dan bantuan penghantaran.
Foto: BMW Group Malaysia x The Empire Project
Danielle Maassen, Ketua Unit Jualan & Pemasaran BMW Group Financial Services Malaysia berkongsi, “Ketika detik yang mencabar ini, kita haruslah berpadu tenaga untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan pertolongan kita.
Foto: BMW Group Malaysia x The Empire Project
“Meskipun kita sedang beralih ke fasa Pelan Pemulihan Negara yang seterusnya, kami ingin melanjutkan sokongan kepada organisasi-organisasi bukan bermotifkan untung ini yang sedang membanting tulang agar tiada keluarga atau insan kurang bernasib baik yang terpaksa berkelaparan.
“Kami telah berpeluang untuk mengambil bahagian sebagai sebuah organisasi bersama Refuge for the Refugees dan Empire Project sepanjang 18 bulan yang lalu, dan dengan rasa rendah hati kami bersyukur kerana dapat melanjutkan lagi sokongan kami kepada inisiatif mereka.”
Foto: BMW Group Malaysia x Refuge for the Refugees
Inisiatif ini sekali lagi akan menyalurkan sumbangan bernilai RM100 bagi pihak pelanggan BMW dan MINI, iaitu menerusi setiap kontrak yang dibiayai bagi model-model berikut:
BMW 330e, BMW 530e, BMW 740Le xDrive, BMW X5 xDrive45e, MINI Cooper SE serta MINI Cooper SE Countryman. Kesemua kontrak yang dibiayai dari 1 September hingga 31 Disember 2021 bagi model-model yang dinyatakan tadi layak menyertai inisiatif ini.
Sumbangan tersebut akan memberi dukungan kepada program bantuan makanan oleh Refuge for the Refugees yang mensasarkan lebih daripada 700 buah keluarga dalam kategori B40, termasuk komuniti migran dan pelarian pada setiap minggu.
Foto: BMW Group Malaysia x Refuge for the Refugees
Di samping itu, pelbagai bantuan makanan dan barangan keperluan yang dibekalkan oleh Empire Project ketika pandemik untuk golongan masyarakat yang tersisih di seluruh negara.
Nampaknya RODA PANAS 2 sudah sampai ke episod ke-9. Pelbagai tema serta jenis kenderaan yang telah ditampilkan dan mendapat jumlah tontonan cukup memberangsangkan.
Ini membuktikan ramai penggemar automotif di Malaysia cukup dahagakan kandungan eksklusif seperti dipaparkan menerusi RODA PANAS 2.
Aoabila kita membicarakan tentang tentang hobi permotoran automotif, secara tidak langsung kita tidak akan dapat lari daripada membincangkan topik modifikasi. Bukan sahaja di Malaysia malah penggemar automotif di seluruh dunia memang cukup fanatik dengan aspek mofifikasi.
Menerusi modifikasi inilah mereka bukan sahaja dapat meningkatkan kemampuan prestasi kereta tetapi menyerlahkan personaliti masing-masing. Di negara kita sendiri pelbagai jenis kereta tampil dengan modifikasi hebat unik serta sentuhan tersendiri.
Inilah tema yang akan dibawa pada episod ke-9 RODA PANAS 2 pada minggu ini! Bersama hos Fizo Omar, ‘RODA PANAS 2’ menampilkan dua buah kereta yang telah melalui modifikasi mantap iaitu Toyota Supra dan Mitsubishi Lancer Evolution.
Dalam episod kali ini pakar dan jemputan pada minggu ini, Nim Azath akan berkongsi tip serta info menarik tentang modifikasi kereta. Selain berkongsi tentang jenis-jenis modifikasi yang telah dilakukan pelbagai tip serta panduan menarik akan turut dipersembahankan menerusi episod ini.
Buat anda yang ingin tahu apakah jenis modifikasi tersebut jangan lupa saksikan ‘RODA PANAS 2’ pada 13 Mac 2022 jam 6 petang di saluran Astro RIA dan platform Astro GO!
Ingat roda gempak, ingat RODA PANAS!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Salah satu perkara yang sering menghantui penunggang motosikal yang setiap hari menggunakannya ialah masalah sakit belakang. Penggunaan motosikal dalam tempoh masa yang lama atau untuk perjalanan melebihi satu jam sehari boleh memberikan kesan kepada kondisi belakang anda.
Dan masalah ini akan jadi lebih serius apabila penunggang tidak perasan bahawa abdorber atau penyerap hentakan motosikal mereka sebenarnya bermasalah dan tidak berfungsi denga baik. Jika ia dibiarkan secara berterusan kondisi sakit belakang penunggang motosilal akan boleh menjadi lebih serius. Malah jika berlarutan boleh menyebabkan kecederaan seperti slip disc!
Selain itu, jika menggunakan absorber yang masih elok, ia menjamin perjalanan anda dalam keadaan selamat. Selain itu, ia juga untuk mengelakkan kemalangan terjadi disebabkan kesilapan sendiri yang lupa untuk lakukan pemeriksaan ke atas motor.
Untuk mengelakkan anda berdepan masalah sakit belakang serius amatlah penting untuk kenal pasti sama anda penyerap hentakan motosikal anda dalam keadaan baik atau tidak. Berikut MASKULIN kongsikan bagaimana untuk perhatikan beberapa faktor.
GERAKAN DAMPER
Pertama sekali cuba tekan hendal motosikal ke bawah dan perhatikan gerakan damper. Andai kata bahagian spring melantun dengan cepat, itu bermakna penyerap tekanan atau absorber motosikal anda sudah rosak. Pergilah ke bengkel dengan segera.
MENGANJAL PERLAHAN
Penyerap tekanan sepetutnya naik menganjal dengan perlahan. Jika itu berlaku, ia menunjukkan nisbah dalam damper absorber masih dalam keadaan baik dan tiada symptom kebocoran.
Perjatikan juga pada bahagian hadapan. Jika anda dapati terdapat lelehan atau tompokan minak, seal itu harus diganti dengan segera.
TEST RIDE
Cuba tunggang motorsikal melalui jalan berlubang atau tidak rata. Jika rasa lantunan yang sangat melampau, anda disarankan untuk menukar absorber. Semakin banyak lantunan, semakin besar kerosakan komponen tersebut.
Harus diingat, jika menunggang dengan absorber yang sudah rosak, ia boleh bagi kesan dekat jentera motor serta menyakitkan badan terutama bahagian belakang badan serta pinggang.
Jika penyerap tekanan anda ada masalah seperti MASKULIN nyatakan di atas, segeralah bawa motosikal ke bengkel. Dapatkan nasihat daripada mekanik dan tukarlah penyerap tekanan yang sesuai!
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.