Masalah-masalah Rambut Lelaki Yang Jika Tak Dirawat, Buat Anda Hilang Keyakinan Diri
Foto: Fábio Scaletta - Unsplash

Bukan hanya wanita, lelaki juga berdepan dengan pelbagai masalah rambut yang boleh mengurangkan keyakinan diri.

Memandangkan rambut merupakan aset nombor satu lelaki, pastinya anda ingin memastikan rambut kekal sihat dan bebas daripada sebarang masalah yang boleh merosakkan imej.

Selain keturunan, faktor pemakanan, stres, penyakit, ubat-ubatan dan gaya hidup juga boleh mempengaruhi kesihatan rambut.

Kini, semakin ramai lelaki muda terutamanya di awal usia 20-an sudah mula mengalami kehilangan rambut. Jika tidak dirawat segera, rambut anda akan menjadi teruk dan akhirnya botak.

Jadi, jangan ambil mudah dengan masalah-masalah rambut yang menghantui kaum lelaki ini.

Artikel berkaitan: Buat Urutan Telinga & Hidu Epal Hijau, Ini Antara Cara Untuk Mengatasi Stres

Artikel berkaitan: Sakit Leher Boleh Berlaku Disebabkan Stres & Beberapa Punca Ini

1. Rambut menipis, jarang dan gugur

Siapa yang tidak bimbang jika rambut semakin menipis sehingga menampakkan kulit kepala? Bimbang rambut semakin jarang dan akhirnya botak. Rambut menipis dan jarang jika tidak dirawat boleh menyebabkan helaian rambut menjadi lemah dan gugur.

IKLAN

Sebenarnya normal bagi setiap orang mengalami rambut gugur antara 100 hingga 150 helai sehari kerana ia merupakan kitaran semula jadi di dalam tubuh. Namun jika rambut anda gugur terlalu banyak sehingga segenggam, beri perhatian untuk mendapatkan bantuan segera daripada pakar yang bertauliah.

2. Botak

Masalah-masalah Rambut Lelaki Yang Jika Tak Dirawat, Buat Anda Hilang Keyakinan Diri
Foto: katemangostar – freepik

Jika dahulu imej botak sinonim dengan lelaki berusia, namun kini semakin ramai yang berimej botak bukan kerana fesyen semata-mata sebaliknya kerana berdepan dengan masalah rambut. Tidak dinafikan bukan semua lelaki serasi dengan imej botak. Ada yang sesuai, tak kurang juga yang nampak serba tak kena dengan imej sebegitu.

Masalah botak pada lelaki kebanyakannya disebabkan oleh faktor hormon yang disebut dihydrotestosterone (DHT) dan pengaliran darah yang kurang baik di kulit kepala. Apabila rambut baharu tidak dapat dihasilkan dan folikel rambut mati disebabkan kurang nutrisi, maka anda akan kehilangan rambut secara kekal.

3. Beruban di usia muda

Rambut beruban sebelum sampai waktunya tentu sahaja membimbangkan kaum lelaki kerana ia akan membuatkan anda rasa rendah diri. Apatah lagi jika usia anda baru sahaja mencecah 30-an tapi rambut sudah putih dan kelihatan tua.

IKLAN

Rambut berubah menjadi putih disebabkan oleh tahap melanin yang rendah dalam folikel rambut. Melanin merupakan sejenis pigmen yang akan memberikan warna pada rambut dan kulit. Jadi semakin kita bertambah usia, penghasilan melanin akan menjadi kurang dan akhirnya rambut mula berubah warna ke putih.

4. Kelemumur

Masalah-masalah Rambut Lelaki Yang Jika Tak Dirawat, Buat Anda Hilang Keyakinan Diri
Foto: cookie_studio – freepik

Kelemumur juga antara masalah yang turut membimbangkan kaum lelaki. Berbeza dengan wanita, kelemumur pada lelaki lebih mudah terjadi dan kelihatan di bahagian bahu. Kelemumur adalah keadaan radang yang kronik pada kulit kepala sehingga menyebabkan kulit mengelupas terutama pada bahagian kulit kepala yang paling berminyak.

Apabila kulit terkopek, kelemumur akan kelihatan. Ia disebabkan jangkitan kulat pada kulit kepala yang berpunca daripada pertumbuhan yis yang biasa ada pada kulit. Apabila terdapat radang pada kulit kepala, yis berkenaan akan berkembang sehingga berlakunya dermatitis seborea.

5. Rambut rapuh dan kering

Rambut boleh rapuh mungkin disebabkan oleh kerosakan akibat penggunaan produk penjagaan atau proses bahan kimia ketika anda meluruskan, mewarna atau mengeritingkan rambut. Selain itu, masalah kesihatan tertentu seperti Sindrom Cushing’s juga boleh menyebabkan rambut rapuh. Ia merupakan penyakit kelenjar adrenal yang menyebabkan penghasilan hormon kortisol yang berlebihan.

IKLAN

Bagi anda yang memiliki rambut kering, mungkin ia petanda tubuh badan anda mengalami kekurangan asid lemak Omega-3. Jadi , pastikan anda mengambil makanan bersumberkan Omega-3 yang boleh didapati pada ikan salmon, minyak ikan, kekacang dan bijirin.

6. Jerawat di kulit kepala

Jerawat di kepala boleh terjadi jika folikel rambut tersumbat akibat jangkitan bakteria. Keadaan ini biasanya dimulakan dengan benjolan kemerah-merahan dan ada ketikanya disusuli dengan nanah. Selain pedih, jerawat yang muncul di kulit kepala ini juga boleh menimbulkan rasa gatal. Jika dibiarkan tanpa rawatan, jerawat yang pecah di kulit kepala ini akan menjadi luka hingga mengakibatkan masalah lain timbul.

7. Rambut berminyak

Masalah-masalah Rambut Lelaki Yang Jika Tak Dirawat, Buat Anda Hilang Keyakinan Diri
Foto: Rafael Silva – Unsplash

Lelaki yang menyimpan rambut panjang, pastikan kesihatan rambut anda terjaga kerana rambut jenis ini mudah mengalami masalah termasuk rambut berminyak. Masalah rambut berminyak berpunca daripada hormon yang tidak stabil sehingga menghasilkan minyak yang berlebihan di tubuh badan sekali gus meningkatkan produksi minyak pada kulit kepala dan rambut. Keghairahan mengambil makanan yang berlemak, berminyak dan bergoreng secara berlebihan juga antara penyebab rambut cepat berminyak.

Kelenjar sebum kulit kepala terletak berdekatan dengan folikel rambut. Biasanya, kelenjar sebum ini akan menghasilkan sejumlah rembesan yang mencukupi untuk membentuk lemak sebagai pelindung tipis. Jika berlebihan, sebilangan besar sebum yang dihasilkan akan menyumbatkan folikel rambut dan secara beransur-ansur berkumpul di kulit kepala sehingga perkembangan proses ini terganggu. Dari sini hayat rambut akan berkurangan sehingga akhirnya timbul masalah pada rambut anda.

Sunscribe dan tonton pelbagai video Fitness di Youtube MASKULIN

Sempena kempen ‘NI Fight Against Cancer’, ikuti pengalaman kanser survivor, Dato’ Sri Nazir Tun Razak pulih daripada kanser prostat.

https://www.youtube.com/watch?v=OkmUu0aCUac

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI