Bukan hanya wanita, lelaki juga berdepan dengan pelbagai masalah rambut yang boleh mengurangkan keyakinan diri.
Memandangkan rambut merupakan aset nombor satu lelaki, pastinya anda ingin memastikan rambut kekal sihat dan bebas daripada sebarang masalah yang boleh merosakkan imej.
Selain keturunan, faktor pemakanan, stres, penyakit, ubat-ubatan dan gaya hidup juga boleh mempengaruhi kesihatan rambut.
Kini, semakin ramai lelaki muda terutamanya di awal usia 20-an sudah mula mengalami kehilangan rambut. Jika tidak dirawat segera, rambut anda akan menjadi teruk dan akhirnya botak.
Jadi, jangan ambil mudah dengan masalah-masalah rambut yang menghantui kaum lelaki ini.
Siapa yang tidak bimbang jika rambut semakin menipis sehingga menampakkan kulit kepala? Bimbang rambut semakin jarang dan akhirnya botak. Rambut menipis dan jarang jika tidak dirawat boleh menyebabkan helaian rambut menjadi lemah dan gugur.
Ads
Sebenarnya normal bagi setiap orang mengalami rambut gugur antara 100 hingga 150 helai sehari kerana ia merupakan kitaran semula jadi di dalam tubuh. Namun jika rambut anda gugur terlalu banyak sehingga segenggam, beri perhatian untuk mendapatkan bantuan segera daripada pakar yang bertauliah.
Jika dahulu imej botak sinonim dengan lelaki berusia, namun kini semakin ramai yang berimej botak bukan kerana fesyen semata-mata sebaliknya kerana berdepan dengan masalah rambut. Tidak dinafikan bukan semua lelaki serasi dengan imej botak. Ada yang sesuai, tak kurang juga yang nampak serba tak kena dengan imej sebegitu.
Masalah botak pada lelaki kebanyakannya disebabkan oleh faktor hormon yang disebut dihydrotestosterone (DHT) dan pengaliran darah yang kurang baik di kulit kepala. Apabila rambut baharu tidak dapat dihasilkan dan folikel rambut mati disebabkan kurang nutrisi, maka anda akan kehilangan rambut secara kekal.
3. Beruban di usia muda
Rambut beruban sebelum sampai waktunya tentu sahaja membimbangkan kaum lelaki kerana ia akan membuatkan anda rasa rendah diri. Apatah lagi jika usia anda baru sahaja mencecah 30-an tapi rambut sudah putih dan kelihatan tua.
Ads
Rambut berubah menjadi putih disebabkan oleh tahap melanin yang rendah dalam folikel rambut. Melanin merupakan sejenis pigmen yang akan memberikan warna pada rambut dan kulit. Jadi semakin kita bertambah usia, penghasilan melanin akan menjadi kurang dan akhirnya rambut mula berubah warna ke putih.
Kelemumur juga antara masalah yang turut membimbangkan kaum lelaki. Berbeza dengan wanita, kelemumur pada lelaki lebih mudah terjadi dan kelihatan di bahagian bahu. Kelemumur adalah keadaan radang yang kronik pada kulit kepala sehingga menyebabkan kulit mengelupas terutama pada bahagian kulit kepala yang paling berminyak.
Apabila kulit terkopek, kelemumur akan kelihatan. Ia disebabkan jangkitan kulat pada kulit kepala yang berpunca daripada pertumbuhan yis yang biasa ada pada kulit. Apabila terdapat radang pada kulit kepala, yis berkenaan akan berkembang sehingga berlakunya dermatitis seborea.
5. Rambut rapuh dan kering
Rambut boleh rapuh mungkin disebabkan oleh kerosakan akibat penggunaan produk penjagaan atau proses bahan kimia ketika anda meluruskan, mewarna atau mengeritingkan rambut. Selain itu, masalah kesihatan tertentu seperti Sindrom Cushing’s juga boleh menyebabkan rambut rapuh. Ia merupakan penyakit kelenjar adrenal yang menyebabkan penghasilan hormon kortisol yang berlebihan.
Ads
Bagi anda yang memiliki rambut kering, mungkin ia petanda tubuh badan anda mengalami kekurangan asid lemak Omega-3. Jadi , pastikan anda mengambil makanan bersumberkan Omega-3 yang boleh didapati pada ikan salmon, minyak ikan, kekacang dan bijirin.
6. Jerawat di kulit kepala
Jerawat di kepala boleh terjadi jika folikel rambut tersumbat akibat jangkitan bakteria. Keadaan ini biasanya dimulakan dengan benjolan kemerah-merahan dan ada ketikanya disusuli dengan nanah. Selain pedih, jerawat yang muncul di kulit kepala ini juga boleh menimbulkan rasa gatal. Jika dibiarkan tanpa rawatan, jerawat yang pecah di kulit kepala ini akan menjadi luka hingga mengakibatkan masalah lain timbul.
Lelaki yang menyimpan rambut panjang, pastikan kesihatan rambut anda terjaga kerana rambut jenis ini mudah mengalami masalah termasuk rambut berminyak. Masalah rambut berminyak berpunca daripada hormon yang tidak stabil sehingga menghasilkan minyak yang berlebihan di tubuh badan sekali gus meningkatkan produksi minyak pada kulit kepala dan rambut. Keghairahan mengambil makanan yang berlemak, berminyak dan bergoreng secara berlebihan juga antara penyebab rambut cepat berminyak.
Kelenjar sebum kulit kepala terletak berdekatan dengan folikel rambut. Biasanya, kelenjar sebum ini akan menghasilkan sejumlah rembesan yang mencukupi untuk membentuk lemak sebagai pelindung tipis. Jika berlebihan, sebilangan besar sebum yang dihasilkan akan menyumbatkan folikel rambut dan secara beransur-ansur berkumpul di kulit kepala sehingga perkembangan proses ini terganggu. Dari sini hayat rambut akan berkurangan sehingga akhirnya timbul masalah pada rambut anda.
Mungkin lelaki beranggapan semakin tebal misai atau janggut mereka, maka penampilan mereka semakin maskulin.
Anda silap! Tidak semua wanita suka lelaki berbulu lebat dan serabai.
Oleh itu lelaki haruslah rajin merapikan misai dan janggut agar sentiasa terlihat kemas. Hasilnya penampilan anda akan nampak smart, bersih dan segak khususnya di mata kaum wanita!
Jom belajar tip dan teknik mudah untuk bercukur ini!
1. Bersihkan wajah terlebih dahulu
Rehatkan kulit wajah sekurang-kurangnya 10 minit selepas bangun tidur. Kemudian bolehlah anda mencuci wajah dengan pencuci muka yang bersesuaian. Ini dapat mengeluarkan sel-sel kulit mati sekali gus melembutkan kulit wajah anda.
2. Lembapkan wajah dengan air suam
Cara yang terbaik ialah dengan melekapkan tuala suam di bahagian yang ingin dicukur. Langkah ini amat penting untuk membuka pori-pori kulit muka dan memudahkan proses cukuran. Sapukan krim pencukur pilihan anda dengan menggunakan berus khas dan ratakan krim pencukur dengan cara putaran.
Anda seharusnya memulakan cukuran di bahagian rahang, leher dan kemudian pipi. Ini sangat penting kerana ia mengikut lengkungan wajah anda dan menggelakkan daripada terluka.
Anda juga perlu mencukur searah dengan tumbuhnya anak rambut bagi menggelakkan kulit tercedera dan cukuran juga akan kelihatan kemas. Selain itu, ia juga penting untuk memastikan anak rambut yang bakal tumbuh lebih sekata.
4. Buat pola pada kumis atau janggut
Pastikan anda mempunyai gunting kecil yang bersesuaian untuk membuat pola pada kumis atau janggut. Anda juga disyorkan agar menggunakan hair-clipper. Sentiasa mulakan dengan menggunting bahagian tepi kumis dan janggut.
5. Bilas dengan air bersih
Selepas semua selesai, bersihkan keseluruhan bahagian yang telah dicukur dengan menggunakan air bersih. Seterusnya, anda juga wajib menyapu penyegar dan pelembap. Langkah ini perlu untuk mengembalikan kelembapan dan kesegaran pada wajah anda.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap hari mungkin ada di antara anda sering mengeluh. Tak sangka masa berlalu dengan begitu cepat danperubahan fizikal pula berubah dalam sekelip mata.
Lebih mengharukan jika usia tidak mencecah 40-an lagi tapi wajah anda sudah menunjukkan sebaliknya. Ternyata wajah nampak lebih tua dari usia sebenar. Tapi bagaimana perkara ini boleh berlaku? Mungkin itulah yang anda sering renungi setiap kali memandang cermin setiap pagi.
Kulit wajah merupakan bahagian yang sangat sensitif. Setiap hari ktia terdedah dengan pelbagai jenis kotoran dan cahaya yang boleh membuatkan kulit jadi rosak. Ia tidak berlaku dalam masa singkat tapi perubahan itu boleh berlaku dalam masa tertentu. Sedar tidak sedar, wajah sudah mula nampak lebih tua!
Terdapat beberapa punca dan tabiat yang harus anda elak jika tidak ingin perkara di atas berlaku. Dan masih tidak terlambat untuk anda mengubahnya.
Cuba semak dan telitikan punca-punca yang menyebabkan kulit wajah nampak tua daripada usia ini.
Jika ada antaranya yang menjadi amalan anda, tinggalkan tabiat ini agar wajah anda kembali segar, bermaya dan nampak muda.
TERDEDAH CAHAYA MATAHARI BERLEBIHAN
Terlalu terdedah kepada cahaya matahari boleh merosakkan kulit sekali gus menyebabkan berlakunya penuaan kulit melalui tekanan oksidatif. Sentiasalah memakai krim pelindung wajah atau sebaiknya kurangkan aktiviti anda di luar rumah.
PERUBAHAN DALAMAN
Perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas boleh merosakkan sel-sel kulit.
GANGGUAN TEKANAN
Tekanan yang berlebihan boleh mempercepatkan penuaan otak sekali gus meningkatkan tekanan darah dan mengganggu tabiat tidur yang akhirnya merangsang proses penuaan badan secara keseluruhan.
Tidur menelungkupkan muka pada posisi yang sama di bantal setiap hari jjuga boleh mempercepatkan penuaan dan menimbulkan kedutan atau garis-garis tidur.
MASA TIDUR TAK CUKUP
Pastikan anda tidur secukupnya setiap malam. Apabila anda tidak cukup tidur atau mempunyai tidur yang tidak berkualiti, ia akan memberi banyak kesan pada kesihatan antaranya meningkatkan berat badan, menjadikan kulit pucat dan wajah nampak tua, menjejaskan sistem imun dan daya ingatan serta mengurangkan tumpuan.
TERDEDAH KEPADA PENCEMARAN
Kulit yang terdedah pada pencemaran seperti asap, habuk, kekotoran dan bahan kimia juga boleh menjadi antara punca berlakunya penuaan kulit kerana ia boleh merangsang pelepasan radikal bebas yang merosakkan kulit.
Seorang perokok tegar memiliki wajah yang kelihatan lebih tua berbanding umur sebenarnya. Merokok dan menghidu asap rokok boleh menghasilkan banyak radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit. Tabiat tidak sihat ini juga boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit antaranya penyakit jantung, kemandulan, tekanan darah tinggi dan pelbagai jenis kanser khususnya kanser paru-paru.
MASALAH OBESITI
Kebanyakan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan arthritis berkait rapat dengan berat badan berlebihan. Ia mungkin disebabkan oleh sel-sel lemak yang menggalakkan proses penuaan.
Tip 10 Minit Penjagaan Kulit Lelaki
Penjagaan kulit lelaki bukanlah sekadar anda memiliki pisau cukur dan krim mencukur kerana banyak lagi yang perlu anda pertimbangkan.
Bagi memastikan kulit wajah sentiasa bersih, sihat dan rapi, luangkan 10 minit untuk melakukan rutin penjagaan kulit ini.
1. Tinggalkan sabun
Pembersihan adalah satu-satunya perkara yang paling penting untuk muka anda. Jika anda menggunakan sabun mandi, kulit anda akan menjadi kering akibat bahan kimia di dalamnya. Gunakanlah sabun pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit anda dan sapukan dalam amaun bersaiz duit syiling untuk menghapuskan segala habuk dan kekotoran harian. Jika anda kesuntukan masa, gunakan sabun pencuci muka sewaktu mandi semasa kulit anda masih lagi basah. Tempoh Masa: 2 minit
2. Sental pun penting
Gunakan krim penyental harian bagi tujuan untuk membersihkan minyak dan kekotoran dalam liang-liang anda sekali gus menghasilkan kulit yang bersih dan licin sepanjang hari. Untuk melicinkan dan mengelakkan kulit menjadi suram, sapukan penyental pada hujung jari dan urut permukaan muka anda dengan lembut mengikut pergerakan membulat. Tempoh Masa: 3 minit
3. Jangan lupa mandi
Sabun pencuci badan kuat dengan bahan detoksifikasi dan keharuman maskulin klasik boleh mengembalikan tenaga apabila anda memerlukannya. Gunakan sabun pencuci badan yang direka untuk mencuci kekotoran dan meninggalkan perasaan bersih, segar dan sedia bertindak. Tempoh Masa: 3 minit
4. Sapuan penting pada kulit
Kulit perlu sentiasa lembap dengan SPF 15 untuk muka dan perlindungan UV untuk badan bagi mengembalikan kandungan kelembapan kulit, bagi melindungi kulit daripada sinaran merbahaya dan meredakan kerengsaan akibat bercukur. Sejukkan kulit kering anda dengan losen badan yang mengandungi vitamin E dan krim perlindungan UV bagi mengekalkan kesegaran kulit apabila anda melangkah keluar. Tempoh Masa: 2 minit
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Himalaya menggunakan herba yang terbaik di dalam setiap produknya. Bahan utama yang terdapat di dalam krim ini ialah lidah buaya yang mengawal muka dari kewujudan bakteria yang menyebabkan jerawat. Selain itu, ia juga mempunyai bahan antioksida yang tinggi untuk memperbaiki sel kulit mati. Krim yang melembapkan kulit dan mudah untuk menyerap ke dalam kulit anda ketika sapuan. Malah, ia juga sesuai untuk dipakai pada kulit ekzema.
Processed with VSCO with c6 preset
Cetaphil Moisturizing Cream 100G
Moisturizer untuk kulit kering dan sensitif
Cetaphil Moisturizing Cream mengandungi sistem superior emolien yang memberikan rasa kelegaan untuk kulit kering dan juga sensitif. Ia telah terbukti secara klinikal memberikan penghidratan segera kepada kulit dan tahan lama. Yang lebih menarik, ia mudah dan cepat menyerap ke dalam kulit dan tidak menjadikan kulit anda berminyak.
SAFI Krim Pelembap Muka 80g
Moisturizer untuk remaja dan ibu hamil
Krim pelembap ini diformulasikan dari ekstrak lidah buaya yang membantu melindungi kulit dengan memberikan nutrisi yang mencukupi untuk kulit. Sifat antibakteria yang terdapat di dalam krim ini juga turut membantu untuk mengatasi masalah kulit agar lebih sihat, lembut dan berseri. Kulit akan kelihatan lebih segar dan sempurna dengan beberapa kali penggunaan.
HADA LABO Moisturizing Cream 50g
Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi dan bebas alkohol
Krim pelembap Hada Labo ini mengandungi asid hyaluronik yang menembusi kulit untuk memelihara dan membantu mengembalikan seri kulit. Selain itu, ia turut membantu mengawal pH kulit agar seimbang dan meninggalkan kulit yang lembap dan licin.
Krim muka ini bebas dari bahan wangian, minyak mineral dan alkohol. Alami kulit yang licin dan bebas minyak dengan krim pelembap dari jenama ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cara berkesan hilangkan bau hapak dalam kereta. Bau hapak dalam kereta boleh mengganggu keselesaan pemanduan dan menjejaskan pengalaman penumpang. Bau ini biasanya berpunca daripada kelembapan, tumpahan makanan, asap rokok, atau barangan yang dibiarkan terlalu lama dalam kereta.