Gaya Hidup

Masalah Jiran Letak Kereta Depan Rumah. Jika Dah Tegur Tak ‘Jalan’ Ini Yang Boleh Kita Lakukan

Share

Masalah jiran letak kereta depan rumah jiran hingga menghalang laluan memang rungutan biasa kita dengar bila duduk di taman perumahan.

Lagi menyakitkan hati walaupun suddah ditegur tapi masih juga tak faham dan tetap meletak kenderaan di tempat yang sama hingga susah nak keluar masuk rumah sendiri. Sudahnya ada yang berkonflik sesama jiran akibat masalah ini.

Jadi apa perlu kita buat kalau dapat jiran begini? Sebagai jiran terinaya yang berdepan dengan situasi ini saranan daripada Peguam Hartanah, Syazwan Mohd Jafri boleh kita praktikkan.

Penyelesaian bila jiran asyik parking kenderaan block pagar rumah

Lepas seharian bekerja, masalah payah keluar masuk rumah sebab ada kereta block pagar adalah perkara terakhir yang anda ingin hadapi. Namun perkara ini biasa terjadi.

Harapnya perkongsian kali ini dapat membantu sesiapa yang mengalami masalah ini.

Pening dengan jiran asyik parking kereta block pagar rumah? Ketahui hak anda sebagai jiran teraniaya!

 

Jika anda menetap di taman perumahan (landed terutamanya), pasti PERNAH MENGALAMI masalah pagar rumah dihalang oleh kereta orang lain (selalunya kereta jiran lah).

Pastinya juga menyusahkan, menyakitkan minda dan menyakitkan hati anda. Teguran secara baik tidak berkesan. Jadi apakah hak anda di bawah undang-undang? Perkongsian singkat hari ini.

HAK ANDA DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (APJ 1987)

Seksyen 48(1) APJ 1987 menyebut – adalah menjadi kesalahan bagi pemandu yang meletakkan kenderaan mereka dengan cara yang menyusahkan/menghalang pengguna lain. Jika didapati bersalah, boleh didenda minimum RM1,000.00 dan maksima RM5,000.00 ATAU penjara tidak kurang 1 tahun ATAU kedua-duanya.

HAK ANDA DI BAWAH AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKK 1955)

Selain APJ 1987, AKK 1955 juga ada menyebut tentang kesalahan letak kereta depan rumah orang. Seksyen 22 AKK 1955 menyebut – barangsiapa yang melanggar masuk perkarangan rumah dengan sengaja tanpa alasan munasabah, boleh didenda sehingga RM50.

JALAN TERAKHIR JIKA JIRAN MASIH TERUSKAN SALAHLAKU PARKING BLOCK PAGAR RUMAH

Ramai tidak tahu, sebenarnya di bawah Seksyen 48(2) APJ 1987 – pihak berkuasa seperti pegawai polis/pegawai JPJ/pegawai majlis perbandaran, dibenarkan untuk CLAMP dan TOWING kereta yang menghalang/menyusahkan orang lain. Oleh itu, semasa membuat aduan, pastikan anda maklumkan akta ini Bila tahu kereta nak kena tow, pasti jiran tidak akan ulang kesalahan sama.

KALAU ADUAN, TEGURAN TAK ‘JALAN’

INFO TAMBAHAN

Meletakkan kereta block rumah orang juga dikira sebagai kesalahan “TORT KACAU GANGGU PERIBADI”

If all else fails, anda boleh saman di mahkamah dan dapatkan Perintah Injunction (Perintah halangan) agar pelaku tidak meneruskan lagi salah laku.

KESIMPULAN

Isu ini mungkin nampak remeh tapi hakikatnya memang banyak terjadi. Perkongsian kali ni pula bukan untuk menggalakkan pergaduhan sesama jiran namun lebih kepada memberikan “awareness” tentang isu ini supaya semua pihak sama-sama elak dari lakukan kesalahan ini.

Sumber: Syaz.MJ
Peguam Hartanah Anda

 

Published by
RE