Percaya atau tidak telah dilaporkan terdapat banyak kes perceraian dan perpisahan antara pasangan berlaku kerana masalah dengkur!
Jadi adakah anda ingin biarkan perkara ini menghantui hidup hingga menjejaskan hubungan anda dengan pasangan dan ahli keluarga lain.
Terlebih dahulu anda harus faham apa itu dengkur.
Dengkur yang disertai dengan nafas yang tersekat-sekat sepanjang malam dan individu yang mengalaminya bernafas melalui mulut dan bukannya hidung.
Disebabkan individu itu mungkin mempunyai sekatan sama ada berpunca dari dalam hidung atau belakang hidung, bahagian atas tekak atau larinks, tonsil atau faktor yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat sekali gus menyumbang kepada apnea tidur.
Apa yang terjadi apabila seseorang itu tidur kemudian berdengkur dengan nafas tersekat-sekat oksigen tidak sampai sepenuhnya menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah lebih kuat untuk memastikan oksigen sampai ke seluruh tubuh.
APA ITU OSA?
Ads
Sebab itulah mengapa mereka yang menghidap Obstructive Sleep Apnea (OSA) tidak mendapat tidur yang sempurna dan masih berasa mengantuk pada waktu siang kerana tidak mendapat tidur yang sihat. Penghidapnya juga kerap sakit kepala akibat keadaan tidak cukup oksigen itu.
Dengkur boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tapi dalam banyak kes keadaan fizikal seseorang menjadi faktor penyumbang OSA. Namun masalah itu berkurangan jika mempunyai berat ideal.
Ads
Ramai kalangan penghidap OSA adalah obese yang mungkin mengalami penyempitan dalam bentuk tulang yang patah atau bengkok pada bahagian dalam atau tengah hidung, polip dalam hidung, tonsil atau lidah yang besar, leher lebih pendek dan sedikit besar atau berlemak.
Majoriti pesakit yang mengalami OSA adalah lelaki berusia 35 tahun ke atas, yang kebiasaannya berhenti mengamalkan gaya hidup sihat.
Ads
PERLU RAWATAN
Jika OSA tidak dirawat, jantung kerap bekerja keras untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh tubuh sekali gus meletakkan beban ke atas jantung, individu terbabit berisiko mendapat tekanan darah tinggi dan masalah jantung di kemudian hari.
Peluang mendapat komplikasi jantung amat tinggi jika OSA dibiarkan tanpa rawatan. Jika OSA menjadi amat teruk dan individu menghidapnya tidak mendapat rawatan walaupun mengalami sekatan nafas untuk tempoh panjang, tidak mustahil individu terbabit tidak terjaga langsung daripada tidur dan mati dengan tiba-tiba. Keadaan ini digelar apnea jantung.
Simptom OSA
Rasa mengantuk berlebihan pada waktu siang (hipersomnia)
Berdengkur dengan kuat
Mengalami episod nafas tersekat ketika tidur
Terjaga daripada tidur dengan tiba-tiba diikuti sesak nafas
Terjaga dengan mulut kering atau sakit tekak
Sakit kepala pada waktu pagi
Sukar untuk tidur (insomnia)
Sukar memberi perhatian
PERLU PEMERIKSAAN LANJUT
Mereka yang mengalami masalah dengkur perlu menjalani pemeriksaan bagi memastikan sama ada mereka mengalami OSA. Pertama sekali, mereka akan menjalani ujian polisonografi, yang bertujuan mengkaji corak tidur seseorang pesakit.
Pesakit akan dipantau sepanjang malam, yang mana corak tidurnya akan direkodkan, berapa kali mengalami apnea (nafas tersekat sambil berdengkur), berapa lama tempoh (nafas tersekat/terhenti) setiap kali gangguan itu berlaku.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bayangkan tengah anda menguap atau membuka mulut tiba-tiba mulut yang dibuka itu kaku dan tak boleh di tutup. Memang haru jadi nya. Sudah lah panik tidak boleh tutup, ditambah pula dengan panik sakit itu…
Pernahkah anda rasa seperti ini? Itu tandanya rahang anda terkehel atay lari dari landasannya. Ia terjadi apabila anda menguap besar atau memakan dalam kuantiti yang besar melebihi kemampuan mulut.
Maka benarlah kata orang tua-tua. Tutup mulut masa menguap. Cuba tahan daripada mulut menguap terlalu besar atau buka mulut terlalu besar.
Malah, jika anda mengalami muntah teruk dan prosedur dental juga boleh menyebabkan rahang terkehel. Jika ini terjadi pada anda, segera ke kecemasan. Doktor akan kembalikan rahang anda ke kedudukan asal.
Jika sekali terkena, anda berisiko untuk terkena sekali lagi. Jadi untuk mengurangkan risiko sendi rahang terkeluar dari soket!
Sumber: Public Heath Malaysia
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Gastrik adalah sejenis penyakit disebabkan ketidakseimbangan asid dan pepsin pada usus kita. Apabila seseorang itu ada penyakit ini, dia hendaklah sentiasa jaga pemakanan dan jangan skip makan seharian. Kalau sakit Gastrik ini sudah menyerang, memang sakitnya bukan calang-calang. Sesetengah orang boleh pengsan kalau ketahanan dirinya lemah untuk lawan sakit Gastrik ini.
Sekiranya ketika gastrik mula menyerang dan tiada ubat gastrik dengan anda, di bawah ini ada tersenarai beberapa makanan yang mudah didapati dalam dapur kita yang berfungsi mengurangkan sakit gastrik yang di alami.
MAKANAN UNTUK KURANGKAN SAKIT GASTRIK
1) Pisang
Pisang mengandungi Potassium yang sangat dan mempunyai nilai pH yang tinggi iaitu alkali. Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mucus. Mucus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik.
Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik.
2) Susu Sejuk
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan. Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.
3) Bunga Cengkih
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik. Selain itu, bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman. Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.
4) Halia
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai yang menanggung seksa akibat masalah sembelit. Apabila sudah lama tidak membuang, badan rasa tidak selesa dan perut nampak buncit.
Jadi bagi melegakan sembelit, ada petua mudah yang boleh anda amalkan. Petua sihat dan berkhasiat ini membolehkan pencernaan anda lancar sekali gus membuatkan anda mudah untuk membuang.
Menurut Liza Salleh, perkongsian petuanya ini bukan hanya untuk orang dewasa malah sesuai diamalkan untuk kanak-kanak. Selepas mengamalkannya guna empat bahan mudah ini, masalah sembelit beliau lebih lancar dan lega.
Bagi yang ada masalah sembelit, apa kata cuba ni.
Tips Legakan Sembelit
Selamat pagi semua. Lama tak post di group ini sejak FB lama hilang dari radar, rindunyaa.
Saya nak share tips legakan sembelit hari ini, saya memang amalkan dulu, dan wow, esok atau petang tu terus lancor membuang.
Bahan-bahan:
– 7 biji buah prune
– 7 biji buah anggur hijau
– Sekotak atau secawan susu
– Air masak
Cara nak buat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar sehingga halus agar mudah untuk diminum.
3. Rasanya sangat sedap. Ada rasa lemak, rasa masam-masam.
Oh ya, untuk anak2 pun sesuai buat ini jika ada masalah sembelit, senang, bagus dan lazat! Nyum nyum gituu, ok boleh try lah ye bagi yang ada masalah sembelit, minum di waktu pagi tau ?. InsyaAllah boleh legakan sembelit.
Saya tak suka sembelit, sembelit dan lama tak membuang buat saya nampak buncit.