Cara Kenal Pasti Kerosakan Timing Belt & Kenali Perbezaannya Dengan Timing Chain

Share

Tanyalah mana-mana pemilik kereta atau kenderaan. Di antara jenis kerosakan yang boleh membuatkan darah mereka berderau ialah timing belt rosak atau putus. Ini kerana apabila kerosakan pada komponen ini berlaku ia boleh menyebabkan kerosakan yang sangat teruk dan pemilik perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk baikinya.

Buat anda yang memiliki kereta berusia 2 atau tiga tahun ke atas, perkara seperti ini perlu diberikan perhatian yang cukup baik. Salah satu persoalan yang mungkin anda tertanya-tanya atau tidak berapa pasti adalah bilakah masanya atau perlu untuk tukar timing belt?

MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari pakar automotif, Proshox Garage

dari Johor Bahru menerusi satu hantaran mereka di Facebook.

Kalau anda ingin tahu jawapan dan penjelasan yang cukup mantap dari pakar ini, ikuti perkongsian mereka di bawah!

——————————————

Tahukah anda terdapat 2 jenis timing dalam sistem enjin kita. Ia adalah timing belt dan juga timing chain.

TIMING CHAIN

Tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring. Timing chain boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga 400,000 km atau lebih. Timing chain terletak di dalam enjin. Jadi ia terendam sekali dengan minyak enjin.

Selagi minyak enjin (minyak hitam) ditukar mengikut jadual dan menjaga kuantitinya dalam enjin, lagi lama rantai tersebut boleh bertahan. Pastikan anda ikuti cara penjagaan minyak hitam yang betul.

Foto: carsofmalaysia.com

TIMING BELT

Ia perlu ditukar setiap kali 90,000 km atau 100,000 km dan kos menggantikan belting yang baru agak mahal. Jika anda menggunakan Perodua Viva, ia lebih mahal dari timing belt Proton Wira.

Kebiasaannya Timing Belt tidak bagi apa-apa tanda atau hint bila ia nak putus. Tiba-tiba saja ia boleh putus dengan sendiri. Sesetengah enjin, ia akan berbunyi. Untuk memastikan bunyi tersebut berpunca dari timing belt, anda jiruskan sedikit air paip pada timing belt yang sedang berputar.

Jika bunyi hilang semasa dibahasahi air tersebut, maka memang timing belt kereta anda wajib segera diganti.

Apabila timing belt putus, ia akan melibatkan kos yang sangat tinggi kerana komponen-komponen dalam enjin banyak yang akan rosak, patah dan retak. Jadi pastikan anda tukar timing belt tepat pada masanya.

Mechanic man photo created by senivpetro – www.freepik.com

Timing belt – 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun!

** timing belt direkomen tukar 60000km atau 100000km bergantung kepada jenis belt yg dipakai. GEARBOX ATF (Automatic Transmission Fluid) mesti atau pun paling bagus tukar 20000km, GEARBOX CVT (Continuously Variable Transmission) jangan main-main mesti tukar selalu pada 20000 ke 30000km.
Selain dari kereta Honda bengkel kami pon buat untuk model kereta Proton, Perodua , Toyota & Nissan.

——————————————————-

Semoga perkongsian dari Proshox Garage memberikan anda manfaat sebaiknya.

Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah ya!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim