Hidup aktif memanglah satu perkara yang sangat positif. Ia bukan sahaja baik untuk fizikal tetapi mampu membentuk minda yang lebih tenang, tajam dan mendekatkan hubungan sosial seharian anda.
Tak dinafikan lelaki pada zaman sekarang sangat aktif melakukan pelbagai aktiviti mengeluarkan peluh seperti berlari, futsal, berbasikal dan juga pelbagai sukan lain.
Seiring dengan kegiatan menyihatkan ini pengambilan minuman bertenaga atau energy drink juga menjadi semakin popular di kalangan lelaki. Kalau ke pasar raya atau kedai runcit buka sahaja peti ais pasti anda boleh dapati deretan pelbagai jenama minuman tenaga ditawarkan.
Ada pelbagai perisa dan warna! Namun tahukan anda bahawa pengambilan berlebihan minuman tenaga ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.
Menerusi satu perkongsian posting oleh Public Helath Malaysia, mereka menceritakan tentang satu senario di mana seorang lelaki berusia 25 tahun dikejarkan ke bahagian kecemasan hospital selepas mengadu sakit dada dan muntah.
Apa yang menghairankan lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan tak merokok. Pemeriksaan lanjut mendapati degupan jantungnya sangat kencang dengan kadar 130 ke 140 denyutan seminit, sedangkan denyutan normal ialah antara 60 ke 100 sahaja.
Nak tahu mengapa situasi ini boleh berlaku dan apakah kaitannya dengan minuman tenaga, ikuti perkongsian Public Health Malaysia di bawah;
Pemeriksaan jantung ( ECG ) mendapati pesakit tersebut mengalami sejenis masalah denyutan jantung abnormal yang dikenali sebagai Atrial Fibrillation. Rawatan kecemasan diberikan dan degupan jantung kembali normal.
Sekiranya lewat mendapat rawatan, pesakit ini berisiko mendapat serangan jantung dan jantung boleh berhenti berdenyut!
Pertanyaan lanjut mendapati, lelaki tersebut yang bekerja sebagai pemandu lori mengambil “Minuman Tenaga” yang popular di pasaran 2 tin setiap hari.
Ini bukan kes yang asing dibahagian kecemasan. Di US, terdapat lebih 20 ribu kes setiap tahun melibatkan “Minuman Tenaga” . Selain dari serangan jantung, ada pesakit yang di kejarkan ke hospital akibat sawan, pengsan dan juga kematian.
Hal serius ini mendorong WHO untuk bersuara dan menyatakan amaran kepada masyarakat mengenai bahaya “Minuman Tenaga’.
Minuman Tenaga merupakan minuman tanpa alkohol yang mengandungi kafien, taurin, vitamin dan bahan bahan tambahan lain. Ia sering di pasarkan sebagai produk yang memberi tenaga berpanjangan, untuk menambah prestasi ahli sukan, untuk pemanduan jangka masa panjang dan juga untuk pelajar.
Pada asalnya , ia di perkenalkan oleh Jepun pada 1960 an dan semakin popular di Europe menjelang tahun 1980 an dan 90 an.
Di seluruh dunia, jualan minuman tenaga dijangkakan mencecah 12 billion pada tahun 2012 dan semakin mendapat perhatian dikalangan remaja.
Pengkaji mendapati, punca UTAMA yang menyebabkan risiko kesihatan adalah kandungan kafien yang terlalu TINGGI dalam minuman ini. Pengambilan kafien berlebihan mengakibatkan jantung berdegup dengan pantas,tekanan darah tinggi, kekurangan kalsium dalam badan, metabolic asidosis, sawan dan kematian.
Selain itu, seperti mana minuman ringan lain, minuman tenaga mengandungi gula yang cukup tinggi. Cuba bayangkan, satu tin minuman tenaga popular mengandungi 27.5 g gula! Gula yang tinggi ini menyebabkan risiko kegemukan dan penyakit metabolic lain seperti kencing manis.
Dalam kajian terkini, pengambilan Minuman Tenaga juga meningkatkan risiko strok sehingga 5 kali ganda! Kajian dari Universiti Texas menunjukkan hanya 1 tin minuman tenaga sudah cukup untuk menyebabkan penyempitan saluran darah dan meningkatkan risiko stroke dan serangan jantung,
Untuk kanak kanak dan remaja, pengambilan minuman tenaga di kaitkan dengan risiko terjebak dengan gejala negatif. Menurut kajian, remaja berisiko untuk terjebak dengan pengambilan rokok, minuman beralkohol dan dadah.
Bagi mengawal penjualan dan kandungan dalam minuman tenaga, pengkaji mencadangkan agar terdapat polisi khas bagi mengawal selia kanduangan, pemasaran dan jualan produk ini .
✅ Mengawal had pengambilan kafien yang di benarkan pada setiap hidangan
✅ Mengawal penjualan minuman tenaga untuk kanak kanak dan remaja
✅ Memberi pendidikan kepada anggota kesihatan untuk mengenal pasti gejala pesakit yang mengalami masalah “Caffeine intoxication”
✅ Mengawal pengiklanan “minuman tenaga”
Peningkatan pengambilan Minuman Tenaga di kalangan masyarakat telah melahirkan kebimbangan di kalangan pengkaji dan komuniti saintifik.
Walaupun lebih banyak kajian di perlukan untuk membuktikan bahaya minuman tenaga kepada kesihatan, masyarakat di sarankan untuk mengawal pengambilan dan mengelakkan pengambilan berlebihan.
Kanak kanak dan remaja perlu di CEGAH dari mengambil minuman ini.
Infomasi kami kongsikan, pilihan sentiasa di tangan anda.