Gambar terbaru Mark Zuckerberg yang tampil dengan misai dan janggut telah mencuri perhatian ramai di media sosial.
CEO Meta yang selalunya tampil dengan formal, kini kelihatan sangat swag, buat netizen teruja! Malah, foto Mark ini dibanjiri pujian melambung di media sosial, semua kagum dengan transformasi gaya beliau yang fresh abis!
Namun, itu hanyalah gambar palsu palsu yang disunting seseorang pengguna media sosial. Gambar itu diambil daripada video Zuckerberg ketika dia membuat pengumuman mengenai pembantu kecerdasan buatan (AI) Meta iaitu Llama 3 pada Khamis lepas.
Tapi dari pandangan penulis memang sesuai jambang di wajah Zuckerberg.
Jadi kalau anda mahukan wajah lebih maskulin dan ‘fresh’, ini tip lebatkan janggut yang boleh anda lakukan.
Untuk mendapatkan janggut yang tebal, anda perlu mengelak daripada membentuk atau mencukur janggut di wajah anda dengan terlalu kerap.
Jika anda mahukan gaya stubble, ianya amat mudah. Caranya adalah anda tidak perlu bercukur selama beberapa hari dan anda memilikinya dengan cara yang paling mudah dan hanya memerlukan penjagaan asas sahaja untuk memastikan gaya itu kekal.
Pertumbuhan janggut merupakan suatu komitmen bagi diri anda. Anda perlu membiarkan janggut anda tumbuh tanpa sebarang gangguan selama empat hingga enam minggu.
Selepas enam minggu, anda boleh menggunting janggut anda untuk mengemaskannya apabila ianya telah matang dan anda boleh mula membentuk janggut dengan gaya yang diinginkan anda apabila ia telah berkembang sekurang-kurangnya 1 atau 1½ inci.
Sama seperti rambut anda, janggut anda juga memerlukan penjagaan dan perhatian yang kerap. Anda perlu membasuh janggut anda menggunakan pencuci muka mild
bersama air suam dua kali sehari. Ini akan mempercepat pertumbuhan rambut.Juga, gunakan syampu ringan di janggut anda dua atau tiga kali seminggu untuk memastikan rambut bersih dan bebas daripada makanan yang sesat dan zarah lain. Selepas mencuci, gunakan sedikit perapi untuk menjaga rambut yang kuat dan memberikan penampilan yang penuh dan tebal.
Untuk merangsang pertumbuhan rambut di muka anda, mengurut secara teratur adalah suatu keharusan. Mengurut wajah anda akan meningkatkan peredaran darah ke kawasan tersebut dan membantu nutrien mencapai folikel rambut sehingga rambut tumbuh lebih cepat dan lebih tebal. Ini akan memberikan rupa janggut yang lebih lengkap dan lebih maju.
Untuk menyediakan minyak urut, anda boleh menggabungkan 1 sudu makan minyak zaitun, minyak jojoba dan minyak badam manis dan tambah 5 hingga 7 titis minyak pati kayu putih. Atau, anda boleh menggunakan campuran 2 hingga 3 sudu minyak zaitun dan beberapa titis minyak kayu putih.
Selamat mencuba! Semoga penampilan anda bertambah macam Mark Zuckerberg.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.