Selesa menjalani kehidupan serba sederhana. Meskipun kekayaan dan ‘title’ Mark Zuckerberg diketahui seluruh dunia.
Mark Zuckerberg seorang yang sangat ringkas. tidak hanya penampilan, Mark dan isterinya iaitu Priscilla Chan selesa menjalani kehidupan serba sederhana. Meskipun kekayaan mereka diketahui ramai dan tersenarai antara billionaire terkenal dunia namun kedua-duanya enggan menjalani gaya hidup mewah.
Meskipun bergelar isteri kepada jutawan teknologi yang juga Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Meta Platforms, Priscilla bukanlah wanita yang terlalu mengejar kemewahan dan barangan berjenama.
Sebaliknya, dia yang merupakan antara wanita terkaya dunia kerana kekayaan suami dianggarkan mencecah USD115.9 bilion itu tidak mengenakan sebarang aksesori mahupun perhiasan diri.
Sebaliknya hanya bersolek nipis dan memiliki sebentuk cincin emas biasa.
Mark dan Priscilla lebih mementingkan soal kebajikan khususnya bidang pendidikan dan kesihatan global. Tidak hairanlah mereka sanggup menderma sejumlah besar kekayaan yang dimiliki untuk usaha berkenaan.
Menelusuri latar belakang Priscilla, wanita ini berketurunan Amerika-China. Berdasarkan laporan South China Morning Post, dia dibesarkan di Quincy dan kedua-dua ibu bapa Priscilla tidak begitu fasih berbahasa Inggeris selain melakukan pelbagai jenis pekerjaan demi kelangsungan hidup.
Priscilla merupakan bekas doktor pediatrik yang bersara daripada kerjaya tersebut untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Chan Zuckerberg Initiative yang ditubuhkan pada Disember 2015.
Pada Mac 2023, pasangan romantis ini menerima kehadiran cahaya mata ketiga mereka yang merupakan anak perempuan diberi nama Aurelia Chan Zuckerberg.
Mark Zuckerberg dan Priscilla dikatakan bertemu di sebuah parti di Harvard pada tahun 2003 dan berkahwin ada Mei 2012. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Maxima Chan Zuckerberg dan August Chan Zuckeberg.
Priscilla ialah graduan perubatan dalam bidang pediatrik dari University of California.
POWER lah!Betul lah orang kata kan, disebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada seorang wanita yang hebat dibelakangnya…
Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
BACA: Pernah Terfikir Dapat Anak Autism Akibat Dosa Lampau, Kata-Kata Isteri Tenangkan Hati Dr Say