Mungkin di antara ada merupakan pembaca dan pengikut setia MASKULIN sejak bertahun-tahun lamanya.

Dan pastinya anda kenal dengan nama Kim Rahim atau Shahir Rahim yang pernah menerajui jenama MASKULIN sebagai editor tidak berapa lama dahulu.

Perkongsiannya tentang perjalanan bagaimana dirinya melakukan transformasi luar biasa bukan sahaja memberikan inspirasi kepada kami selaku rakan sekantor, malah ia juga mendapat perhatian daripada orang luar.

Ikuti perkongsian perjalanan bagaimana dia menurunkan berat badan dengan salah satu daripadanya ialah meminum teh hijau sebelum tidur! Ikuti perkongsiannya di bawah!


Perkongsian ini saya tulis kerana semakin ramai yang gemar jalani kehidupan secara lebih sihat sejak kebelakangan ini. Memang benar, bila anda seorang yang bertubuh besar atau dalam bahasa lainnya ‘gemuk’ sedikit sebanyak meninggalkan kesan juga persepsi negatif sesetengah individu kepada diri anda. (Mungkin ini perasaan sensitif orang seperti kami sahaja yang pernah lalui fasa obesiti suatu masa dahulu)

Ini adalah di antara soalan yang sering ditanya kepada saya.

Mantan Editor Maskulin Kongsi Tip Minum Teh Hijau, Dari Pinggang 40 Ke Saiz 31!

Kenapa nak kuruskan badan?

Dahulu saya mempunyai berat sekitar 113kg, kehidupan sebagai pelajar di semester akhir membuatkan saya terfikir untuk merubah. Lagi setahun saya mahu bekerja, tak kan saya perlu bawa sikap dan tabiat lama di alam pekerjaan nanti? Di situ saya mahukan transformasi dalam hidup, saya timbang berat saya di Mid Valley sewaktu berjalan-jalan, terkejut dan tidak sangka saya boleh seberat itu. Mana tidaknya saya boleh habiskan sekotak 24 biji donut Big Apple hanya seorang diri!

Mantan Editor Maskulin Kongsi Tip Minum Teh Hijau, Dari Pinggang 40 Ke Saiz 31!

Ads

Mula berdiet?

Pada mulanya memang sangat susah nak berdiet, tipulah saya katakan saya tak pernah rasa berputus asa. Tetapi bila  mengenangkan badan di fitting room sewaktu nak membeli baju, saya kembali bersemangat. Pada bulan pertama apa yang saya lakukan adalah dengan set gol untuk turun sebanyak 2 kg setiap bulan. Jika turun lebih dari itu lagilah saya gembira. Hanya dalam tempoh 4 bulan saya boleh turun hampir 8 kg.

Apa yang saya makan sewaktu berdiet adalah segala benda yang tidak berasaskan‘NASI’. Saya cuba elak mengambil karbohidrat itu selama hampir setahun.

Pagi : Saya ambil roti sebelum ke kuliah

Tengah hari : Saya makan lauk sahaja asalkan bukan yang bergoreng

Malam : Saya akan ambil makanan berunsur sup sahaja.

Ads

Sebelum tidur : Saya akan minum secawan teh hijau untuk penghadaman lebih lancar.

Mantan Editor Maskulin Kongsi Tip Minum Teh Hijau, Dari Pinggang 40 Ke Saiz 31!

Cara motivasikan diri?

Mahu kurus, sesiapa sahaja boleh bercakap, tetapi untuk disiplin adalah satu tanggungjawab yang sangat sukar. Jadi anda perlu ada motivasi untuk bawa anda pergi jauh!

1.Cari siapa ikon yang anda suka dan mahu jadi sepertinya.

Ads
  1. Saya juga teringin untuk memakai baju size M ketika itu, saya beli dan simpan di dalam almari. Saya jadikan itu sebagai pembakar semangat, alhamdulillah ia berhasil.
  2. Jangan berdiet seorang diri, cari kawan dan bersaing dengan mereka.

Mantan Editor Maskulin Kongsi Tip Minum Teh Hijau, Dari Pinggang 40 Ke Saiz 31!

Senaman

Obsesi ketika itu membuak-buak, sampai saya bersenam pagi dan petang pada mulanya. Tetapi apabila semakin sibuk dengan jadual kerja, saya akan meluangkan masa untuk bersenam setiap petang sekurangnya satu jam berjoging ataupun paling tidak 3 kali dalam seminggu. Jangan malas kerana ia akan menghilangkan momentum anda untuk terus kekal aktif.

Mantan Editor Maskulin Kongsi Tip Minum Teh Hijau, Dari Pinggang 40 Ke Saiz 31!

Sebenarnya tidak sukar untuk menurunkan berat badan bagi mereka yang berdisiplin, tetapi sangat sukar untuk mengekalkannya. Tambahan bagi mereka yang mempunyai tahap metabolisme seperti saya, mudah gemuk, mudah turun, penjagaan pemakanan sangat dititikberatkan. Diharapkan perkongsian ini boleh memberi sedikit harapan dan ilmu buat pembaca majalah Maskulin!

 

Teruskan sokongan anda bersama Maskulin!

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI