Sebut sahaja nama Cristiano Ronaldo pasti hampir semua orang akan mengenalinya. Pemain asal Portugal tersebut kini dianggap di antara pemain bola sepak terbaik pernah kita saksikan salam sejarah.

Deretan kejuaraan yang pernah dimenanginya bersama pasukan Real Madrid, Manchester United dan pasukan kebangsaannya, Portugal menjadi saksi kehebatan pemain sinonom dengan nombor 7 ini.

Ronaldo yang kini memasuki ke era penghujung kariernya kembali semula ke Manchester United pada tahun lalu dan menjadi antara perpindahan paling sensasi pernah disaksikan. Namun langit tidak sentiasa cerah.

“Manchester United Khianati Saya”, Ronaldo Gemparkan Dunia Bola Sepak Dengan Pengakuan Ini
Foto: ITV

Pasukan Manchester United kini bukan lagi pasukan yang digeruni terutamanya di peringkat benua Eropah.

Pertukaran jurulatih atau pengurus bersilih ganti juga menyukarkan pergerakan kariernya mengecap kegemilangan seperti dulu. Dan kini Ronaldo menyaksikan dirinya sentiasa disisihkan dari kesebelasan utama di bawah pengurus baru, Ten Hag.

Dalam satu temu bual terbaru yang cukup hangat diperkatakan oleh warganet, Ronaldo telah membuka pekung yang selama ini dipendamnya. Menerusi temu bual bersamanya pengacara popular di United Kingdom, Piers Morgan dia meluahkan perasaan kecewanya terhadap Manchester United.

IKLAN

Menerusi sedutan temu bual yang dimuat naik oleh Piers Morgan, Ronaldo berkata dirinya dikhianati oleh kelab tersebut. Malah, Ronaldo mengatakan ia adalah satu tempoh masa yang paling sukar dalam kariernya.

“Manchester United Khianati Saya”, Ronaldo Gemparkan Dunia Bola Sepak Dengan Pengakuan Ini
Foto: ITV

Tambahnya lagi, dia juga cukup jengkel kerana dijadikan ‘black sheep’ atau punca segala kepincangan yang berlaku di Manchester United sama ada di atas padang atau di luar padang. Ronaldo juga merasakan dirinya seakan dipaksa untuk keluar.

IKLAN

Bulan lalu pengurus baharu, Ten Hag telah menggantung Ronaldo kerana enggan dijadikan pemain pertukaran pada minit akhir ketika bertemu Spurs.

“Manchester United Khianati Saya”, Ronaldo Gemparkan Dunia Bola Sepak Dengan Pengakuan Ini
Foto: Reuters

Mengulas perkara itu, Ronaldo berkata dia tidak menghormati Ten Hag kerana pengurusnya itu juga tidak menunjukkan sebarang rasa hormat padanya.

“Jika anda tidak hormat pada saya, saya tidak akan sesekali hormat pada anda,” jelas Ronaldo.

IKLAN

Dijangka banyak lagi pengakuan yang akan dikongsikan oleh Ronaldo menerusi temu bual tersebut. Peminat bola terutamanya Manchester United pasti tidak sabar menonton temubual penuh tersebut. Ramai pemerhati bola sepak mengatakan karier Ronaldo bersama Manchester United kini bolehlah dikatakan telah berakhir. Adakah ia benar?

Sama-sama kita tunggu.

Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI