Berhadapan dengan kontroversi yang tular sehingga menjadi bualan ramai sememangnya satu mimpi buruk buat mana-mana anak seni. Bagi pelawak dan hos popular, Nabil Ahmad, ia bukan sekadar dugaan biasa—tetapi titik paling mencabar dalam lebih 15 tahun perjalanan seninya.
Segalanya berubah dalam sekelip mata. Akibat kontroversi yang melibatkan dirinya bersama dua rakan penyampai segmen “3 Pagi Era”, iaitu Radin dan Azad Jasmin, mereka bertiga telah ‘direhatkan sementara’ daripada tugas sebagai penyampai radio.
Keputusan tersebut hadir tanpa amaran, justeru mengejutkan dan menggoncang emosinya.
“Saya menangis apabila dapat surat ‘direhatkan sementara’ selepas kami bertiga keluar dari Bukit Aman. Saya baca surat itu dan menangis di Masjid Bandar Utama berdekatan dengan rumah saya.
“Saya cakap, ‘sudah habis ke kerjaya? Saya dah kena mula jual kopi ke ni?’” luah Nabil dalam podcast AiditMyWay bersama Aidid Marcello yang dimuat naik di TikTok.
MENGGUGAT EMOSI
Lebih memilukan, keputusan itu datang ketika dirinya sedang aktif membina semula momentum kerjaya selepas pelbagai pencapaian luar biasa sebelum ini. Sebagai suami dan bapa kepada tiga orang cahaya mata, kejadian ini benar-benar menggugat kestabilan emosinya.
Ads
“Saya tak pernah tidak bekerja, kalau cuti pun sebab pergi umrah atau bercuti. Tapi kali ini, saya memang sedang bekerja dan perlukan kerja itu. Anak-anak sedang membesar, bila dapat surat macam itu, mental saya jatuh. Rasa macam tak percaya,” ujarnya.
Bagi Nabil, impaknya bukan sekadar pada nama atau reputasi, malah turut menjejaskan perancangan hidup yang telah lama disusun rapi demi masa depan anak-anaknya.
“Segala perancangan untuk anak-anak, pendidikan mereka, semuanya bergantung kepada kerjaya saya. Bila tiba-tiba terhenti, saya rasa kosong. Tiada pelan sokongan,” kongsinya jujur.
Namun begitu, dalam kegetiran, masih ada ruang untuk muhasabah diri. Dalam satu laporan media tempatan, Nabil menyifatkan tempoh ‘direhatkan’ itu sebagai satu “percutian yang menginsafkan”. Ia membuka ruang untuknya mendekatkan diri dengan masjid, mengukuhkan hubungan dengan keluarga, dan merenung kembali perjalanan hidupnya.
Ads
“Awal-awal trauma sikit tapi lama-lama, kita nampak ada kebaikan. Saya, Radin dan Azad banyak berbual dan saling memberi semangat. Isteri dan anak-anak pun jadi sumber ketenangan saya.”
Tambahnya lagi, pengalaman ini turut mengajarnya nilai toleransi dan sensitiviti dalam berinteraksi dengan masyarakat berbilang agama.
“Saya belajar dari perkara yang dulu tak tahu. Sekarang saya sedar, dan lebih berhati-hati. Macam mana kita tak mahu agama kita dipersenda, begitu juga agama orang lain,” katanya.
Kini, Nabil membuka lembaran baharu – bukan hanya untuk bangkit semula dalam dunia seni, malah turut menyimpan hasrat untuk menceburi bidang perniagaan demi kelangsungan hidup dan kestabilan masa depan.
Sebagaimana yang dibuktikan oleh Nabil, ujian tidak semestinya penamat. Kadangkala, ia permulaan kepada versi diri yang lebih kuat, lebih matang, dan lebih bersedia.
Kredit: AiditMyWay
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pening dengan kisah dunia sekarang ni. Elok-elok lelaki nak jadi perempuan kan. Kalaulah korang ingat dulu viral kisah usahawan muda, Safiey Ilyas pernah menggegarkan seluruh rakyat Malaysia apabila dia ingin kembali ke pangkal jalan berubah daripada seorang ‘mak nyah’ menjadi lelaki semula. Namun, perubahan Safiey itu tidak bertahan lama apabila dia dikatakan kembali semula menjalani kehidupan lamanya. Dan makin melampau-melampau jadinya.
Baru-baru ini, Safiey sekali lagi mengejutkan rakyat Malaysia apabila didakwa ingin membuat pembedahan membesarkan payudara di Bangkok berdasarkan foto terbarunya yang dikongsi tempoh hari. Ternyata, tindakan Safiey itu mengundang kritikan netizen yang menganggapnya sebagai mempersendakan agama.
Ini respon Safiey Ilyas mengenai insiden tersebut:
Hari ini, Safiey telah memuat naik sebuah foto beserta kapsyen di Instagramnya untuk membalas semula tomahan masyarakat terhadap keputusannya itu. Dia berkata semasa dia menjadi ‘mak nyah’ dulu, tiada seorang pon yang ingin mengajaknya berhijrah tapi bila dia sudah berhijrah, ramai pula ‘rakan’ baru ingin menumpang ‘glamour’.
Masa ni kita jmpe sapa kawan sapa lawan. Sapa mengampu sapa penjilat. Paling sedih yg kita pernah bagi ilmu bisnes dan tolong pun ckp mcm2 dkt kita. Tp xpe lah tu bukan dosa kot. Huhu
Terdahulu, Safiey telah memuat naik gambar bersama teman lelakinya ketika berada di Bangkok. Mereka dilihat berada di salah sebuah klinik pembedahan plastik dan Safiey seolah-olah sedang memilih silikon di klinik tersebut dengan kapsyen “Final decision ”.
Harap Safiey fikir panjang dululah sebelum nak buat apa-apa. Netizen pula sebaiknya berhenti mengecam tindakan Safiey sebaliknya berusaha menariknya kembali ke pangkal jalan. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk Safiey Ilyas.
Sumber : safieyillias94
Via : Ohbulan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
1. Bila umur sudah melebihi 70 tahun risiko penyakit alzheimer 10% atau lebih. Ketika itu pengidap menjadi nyanyuk banyak kehilangan daya ingatan. Fungsi otak semakin terganggu sehingga fungsi asas saperti buang air ditandas dan seterusnya istinjak pun sudah lupus dari ingatan. Nauzubillah, Ya Allah lindungilah aku dari penyakit tua dan segala keburukkanya.
2. Sebenarnya sel otak iaitu neurons masih tumbuh bercambah serta berfungsi baik walau pun dengan meningkat umor dengan syarat orang berkenaan mengamalkan cara gaya hidup yang sihat serta aktif fizikal dan mental (neuroplasticity). Rangsangan otak dilakukan dengan pembelajaran, maklumat dan aktiviti- aktiviti kemahiran. Walaupun telah wujud jutaan jalur maklumat dan sambungan synapses, masih ada ruang untuk peningkatan.
Otak kita saperti otot, menjadi lebih kuat jika kita beri exercise dan latihan.
3. Rajin membaca quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari. Untuk mengingati ayat quran kita perlu baca berulang tidak kurang dari 40 kali. Ulang baca bila masa, ketika solat atau memandu kereta dan dimana saja kita berada.
Saya hafal beberapa surah diantaranya almulk, sajadah, asSaf, alinsan, al kiamah, separuh alwakiah dll. Kena selalu baca untuk terus ingat.
Disamping menghafal quran kanak2 perlu dilatih menghafal sifir dan bila buat kira2 dan hitungan cuba jangan bergantung kpd calculator atau komputer.
Ketika dalam sekolah rendah saya dipaksa hafal sifir satu hingga dua belas. Latihan ini munkin punca saya dapat markah A dalam matemaik dalam semua peperiksaan.
4. Exercise atau aktiviti fizikal selama 30 minit selain beri menfaat kpd kesihatan tubuh badan, membantu cegah penyakit kencing manis dan darah tinggi, ia juga banyak beri kebaikan kepada otak. Menambah sel2 neuron, kuatkan sambungan dan cegah kerosakkan neuron. Exercise mengeluarkan brain drive neurotrophic factor (BDNF) yg meningkatkan fungsi pembelajaran dan meluaskan pusat ingatan disamping melancarkan aliran darah keotak. Jom exercise 30 minit setiap hari.
5. Pelajari sesuatu kemahiran baru. Cari satu hobi yang kita minati dan gembira membuatnya – berkebun, pertukangan, menjahit, memasak dll. Dalam peroses membina hobi kita kena timba ilmu dalam bidang yg kita minati dan seterusnya melatih serta mempraktikan kemahiran yang baru. Dengan latihan ini otak kita sentiasa berfungsi.
6. Jauhkan multi tasking atau membuat dua kerja serentak saperti membuat panggilan telefon serta menyusun dan menyimpan barang. Pasti kita akan lupa di mana kita letak barang tersebut.
7. Cukup tidur, 5 hingga 7 jam setiap malam. Tidur menguatkan sambungan saraf (synapses) dan seterusnya meningkatkan proses pembelajaran dan ingatan.
Kajian keatas kanak selepas tidur siang hari ketajaman otak meningkat. Orang dewasa yang amalkan tidur sekejap siang hari (power nap) meningkat daya fungsi otaknya.
8. Amalan mencatit dalam buku nota kecil setiap perkara yang baru dipelajari dalam bentuk ringkas atau points memang dapat meningkatkan ingatan kita. Saya memang amalkan tabiat ini dan saya dapati orang jepun dan korea juga berbuat demikian.
Saperti imam Shafie bila dengar kuliah dari gurunya sering guna jari tangan kanan untuk menulis nota pada tapak tangan kirinya. Lepas itu dia bolih mengingat semula segala yang dicaritkan ditapak tangan.
Satu kajian keatas kanak yang bertabiat melukis tentang perkara2 yang baru dipelajari didapati berjaya dapat markah tinggi dalam ujian.
Buku coretan saya
9. Makan terbaik untuk otak.
Makanan yang berkhasiat dan berzat yang mentah serta segar dari sayur dan buah sangat penting bagi pertumbuhan sel otak dan myelin sheath. Kurangkan gula, karbohaidrat, fast dan junk foods kerana meracuni sel otak.
9.1 Kunyit dan kari dikatakan mencegah timbunan amyloids dalam yg menyebabkan alhzeimer. Membersihkan salurdarah dalam otak. Meningkatkan ingatan, meningkatan pertumbuhan sel2 neuron.
9.2 Celery, peppers dan carrots mengandungi luteolin yg mencegah kerosakkan sel neuron.
9.3 Broccoli dan cauliflour serta kuning telor mengandungi choline iaitu amino asid yg meningkatkan fungsi kognitif, pembelajaran dan ingatan. Cegah tindakan racun otak.
9.4 Kacang walnut, macademia dan almond nuts, ikan makeral dan salmon mengadungi omega 3/ DHA, phytosterol dan antioxidant. Meningkat fungsi otak dan pemulihan sel otak.
9.5 Pisang, sayur hijau dan beans mengandungi magnesium yg berfungsi mempercepat transmisi maklumat2. Magnesium meningkatkan aliran darah kedalam otak. Kajian keatas kanak yg diberi makan pisang waktu sarapan kecerdasan otak mereka melonjak.
9.6 Daging lembu adalah sumber B12 yg penting bagi pertumbuhan sel2 otak.
9.7 Blue berries mengandungi antioxidant dan phyto kimia yg meningkatkan pembelajaran pemikiran dan ingatan. Serta mengurangkan kerosakkan sel2 otak.
9.8 Extra virgin olive oil, minyak kelapa dara (VCO), fish oil dan krill oil adalah makanan2 otak yg berkesan utk mencegah penyakit alhzeimer dan nyanyuk. Makanan tersebut menggalakan pertumbuhan se otak dan myelin sheaths. Seterusnya meningkatkan fungsi2 otak termasuk ingatan. Saya minum sesudu extra virgin olive oil setiap hari.
10. Cegah stres dan rawat penyakit
Tekanan fizikal, mental dan emosi semakin berluasa pada zaman sekarang dan timbul dari pelbagai punca.
Stres meracuni sel otak dan merosakkan jalur maklumat. Fungsi otak dan ingatan menurun akibat stres.
Penyakit saperti darah tinggi dan kencing manis perlu dirawat dengan sempurna kerana bolih mengganggu aliran darah bekalan makanan dan oksijen kedalam otak dan seterusnya merosakkan fungsi otak dan ingatan.
SUMBER : FACEBOOK DR HAMID ARSHAT
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nak tampak kacak di hari raya? Yelah time rasaya la kita berjumpa kembali dengan sanak saudara dan rakan taulan tapi tak perlu la sampai kering poket atau memecahkan tabung semata-mata mahu jadi kacak bergaya. Nah ikut je 5 rutin penjagaan wajah mudah ni!
1. Bersihkan muka
Cuci muka dengan menggunakan pembersih muka yang sesuai mengikut jenis kulit anda. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kulit yang berminyak. Ini adalah langkah paling asas dalam penjagaan muka. Sabun buku yang anda gunakan pada badan anda itu bukan untuk muka tau. Sabun jenis itu mungkin terlampau kasar dan boleh menjadikan kulit muka anda kering. Cuci muka maksimum 2 kali sehari dengan pencuci muka.
2. Sental
Tanggalkan sel mati kulit wajah anda dan biarkan sel kulit baru menyinar dengan scrub. Barulah muka boleh nampak bersih dan berseri. Bukan kena pakai hari-hari pun. Anda hanya perlu scrub sekali dalam 2 atau 3 hari sahaja.
3. Melembab
Gunakan losyen. Losyen bukan sahaja bertindak sebagai pelembap, malahan bertindak sebagai pelindung kulit anda juga. Cuba gunakan losyen yang mempunyai pelindung sinaran UV lebih-lebih lagi jika pekerjaan memerlukan anda berpanas. Tak, jangan risau, tak macam perempuan pun. Cuma sekarang ini golongan wanita makin cantik dan makin pandai menjaga kecantikkan dalaman dan luaran mereka. Anda pun mesti mula juga untuk kebaikkan jangka masa panjang. Lagi sepuluh tahun takkan anda mahu pasangan anda sahaja yang awet muda, kan?
4. Jerawat jangan dipicit
Selagi boleh, tahan diri anda daripada memicit jerawat. Kadang kala geram kan, lebih-leboh lagi apabila jerawat anda itu sudah masak. Sabar saja. Tunggu dia pecah sendiri. Kalau tidak, berbekas nanti. Tapi, jika anda sudah tidak tahan sangat, pastikan tangan anda bersih ketika memicitnya. Gunakan tisu untuk mengelap sisa jerawat. Jangan bagi tisu yang sudah tercemar terkena bahagian lain muka anda tau. (Foto:
5. Rapi
Jika anda menyimpan janggut atau misai, pastikan bebulu muka anda sentiasa ditrim atau dirapi kemas dan disisir jika perlu. Macam ini barulah ‘hensem’
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mengantuk ketika memandu, apa kita boleh buat bila rasa mengantuk? Pernah ketika sedang memandu, mata rasa berat sangat? Tiba-tiba terkelip-kelip tak sedar, pandangan sudah kabur, kepala pun mula layu ke tepi.