Mampu Pecut Lebih 500 Kilometer Sejam Dalam Mada Empat Saat, Toyota Perkenalkan GR Supra Funny Car

Share

Bagi peminat sukan permotoran kelajuan merupakan faktor sangat penting buat mereka. Apatah lagi bila berbicara dalam sukan automotif seperti perlumbaan drag. Kereta yang direka untuk berlumba dalam kategori ekstrem ini dikenali memiliki kelajuan sangat tinggi.

Terbaru, Toyota memperkenalkan kereta lumba drag rekaan terbaru untuk siri 2022 NHRA Funny Car Championship yang tampil dengan rekaan radikal. Untuk siri tahun hadapan Toyota telah mengubah penyertaannya dari kerangka model Camry kepada GR Supra.

Foto: Toyota

Pertandingan NHRA Funny Car merupakan perlumbaan drag jalan lurus sejauh 1/4 batu yang telah dimulakan pada tahun 1969. Berbeza dengan kebanyakan rekaan kereta drag biasa yang tampil runcing seperti jarum, kereta drag yang memasuki pertandingan Funny Car menampilkan bpdy karbon fiber yang menyerupai model konsional di pasaran atau dikenali sebagai production car.

Foto: Toyota
Foto: Toyota

Sejak tahun 2012, Toyota telah menyertai perlumbaan ini pada setiap tahun dengan dengan Camry Funny Car. Namun untuk edisi akan datang ia bakal tampil dengan GR Supra pada perlumbaan di Pomona, Calirfornia.

Selain Toyota beberapa jenama automotif terkenal yang turut mengambil bahagian ialah Ford bersama Mustang, Chevrolet dengan Camara dan Dodge dengan modelnya Charger.

Foto: Toyota

Walaupun mempunyai penampilan Supra dari segi estetika luarannya kereta ini sebenarnya dikuasakan dengan enjin BW enam silinder supercharged 8.2 liter V8. Ia mampu menjana sehingga lebih 11,000 kuasa kuda untuk pecutan tayar gergasinya di bahagian belakang.

Difahamkan GR Supra Funny Car ini mapmu memeceut sehingga 530 km/j dalam tempoh empat saat sahaja. Ia satu catatan yang sangat luar biasa. Buat anda peminat perlumbaan drag pastinya cukup teruja jika berpeluang melihat sendiri jentera hebat ini.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim